script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Aktiviti: Program Lawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr.Tan Kee Kwong Ke Pahang Berjaya Bakar Semangat Ahli !

KUANTAN, 21 Nov [4.15 pm] - Program lawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr.Tan Kee Kwong (foto), hari ini berjalan lancar biarpun dalam keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Seramai 30 orang ahli baru telah menyertai PKR dalam perjumpaan Dr.Tan dengan penduduk Sg.Lembing. Selepas bersama rakyat di Sg.Lembing, Dr.Tan telah hadir di majlis Hi-Tea bersama masyarakat Cina di Restoran Tanjung, Jln Hj Ahmad Kuantan. Hampir 200 orang kaum Tionghua telah meluangkan masa hadir. Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang dilihat turut bersama ialah YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota), serta lain-lain pemimpin seperti Saudara Sim, Saudara Siew, (Timbalan Pengarah PKR) Saudara Zaidi Ahmad (Pengarah Sekteriat), Saudara Kamarul Hatta (Timbalan Ketua AMK), Saudara Mohd Raof (Wakil PAS) dan ramai lagi. Majlis telah dipengerusikan oleh Setiausaha Perhubungan PKR Pahang, Saudara Razali Alias. Majlis bermula sekitar pukul 3.30 petang dan berakhir sekitar jam 5.30 petang. Sebelah malam pula, Dr.Tan telah dibawa ke Rompin dan Tg.Gemuk bagi bertemu rakyat dan merasmikan 3 ranting baru Parti Keadilan Rakyat (PKR).

[Lawatan Dr.Tan berjaya mengukuhkan lagi kekuatan PKR di Pahang. Masyarakat kaum Tionghua amat gembira dengan perubahan yang bakal dibawa oleh Pakatan Rakyat. Ternyata sokongan terus meningkat dan saban hari semakin ramai ahli UMNO dan BN yang menyertai Pakatan Rakyat. Ini dapat dilihat dikalangan generasi muda itu sendiri sebenarnya. Kehadiran Dr.Tan dilihat jelas berjaya membakar semangat rakyat untuk terus berjuang untuk melihat perubahan dalam PRU ke 13 akan datang].
Share:

4 ulasan:

  1. INGAT KE 3,000,SETAKAT 30 PULOH POI MAIN JAUH 2 LAH ,TU PUN PDO BENGAK NAK HEBOHKAN

    BalasPadam
  2. tahanlar jugak 30 org lar sg.lembing... apa yg penting, dia org tu org umno yg masuk pkr.. bukan org pkr masuk umno.. 30 tu akan bawak lagi 300 dan 3000 menjelang PRU13 nanti..x kan meluat x paham kot

    BalasPadam
  3. cerita org tu masuk parti ni..org ni keluar parti tu, rasa2nya cerita yang sama jer sejak dulu..takat nak sebut jumlah..tak dak sapa nak percaya..kalau boleh tunjuk gambar atau video atau apa2 dokumen..baru la boleh dipercayai..tu pun kadang2 org kata..ala, tu org mereka juga..

    BalasPadam
  4. kot2 30 masuk pkr,3,000 keluar pkr,COTOH JEFRRY KATINGAN TU UMPAMA 30,OOO RIBU AHLI PKR KELUAR PKR.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.