Mayat Teoh Selesai Digali Untuk Bedah Siasat
KAJANG, 21 Nov [2.30 pm] - Kerja menggali mayat mendiang Teoh Beng Hock untuk proses bedah siasat kali kedua seperti diarahkah Mahkamah Koroner Shah Alam, selesai dilakukan jam 10.40 pagi tadi. Kerja mengeluarkan mayat itu bermula jam 9.20 pagi di tanah perkuburan Semenyih sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat, esok. Pada 9 November lalu, Mahkamah Koroner memerintahkan mayat Teoh, pembantu kepada Exco Selangor, digali membolehkan bedah siasat kedua dijalankan. Koroner Azmil Muntapha Abas juga memerintahkan bedah siasat kedua itu dilakukan Ketua Pathologi Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor dan dibantu Dr K Saravanan untuk mengambil gambar bedah siasat itu dan empat pakar forensik, di Hospital Sungai Buloh. Empat pakar forensik itu, Dr Khairul Azman Ibrahim, Dr Prashant Naresh Samberkar, Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand dan pakar forensik dilantik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
[Pasti ramai individu terutamanya yang berada di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, kini bagai cacing kepanasan. Apa tidaknya, mereka cuba membuat konspirasi dengan memberikan fakta-fakta yang berbeza sedangkan semua itu tidak masuk dek akal. Mereka cuba lari dari kenyataan sebenar bahawa Teoh memang telah dibunuh. Soalnya, siapakah tergamak membelasah mendian Teoh hingga beliau mati itu agaknya. Nama-nama suspek memang sudah ada dalam senarai. Tetapi, kenapakah pihak polis masih tidak mahu melihat kes ini adalah satu pembunuhan terancang yang dilakukan oleh mereka-mereka yang telah mendapat arahan daripada pihak atasan sebenarnya].
Bala Dedahkan Adik Najib Razak Temui Beliau
[Pasti ramai individu terutamanya yang berada di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, kini bagai cacing kepanasan. Apa tidaknya, mereka cuba membuat konspirasi dengan memberikan fakta-fakta yang berbeza sedangkan semua itu tidak masuk dek akal. Mereka cuba lari dari kenyataan sebenar bahawa Teoh memang telah dibunuh. Soalnya, siapakah tergamak membelasah mendian Teoh hingga beliau mati itu agaknya. Nama-nama suspek memang sudah ada dalam senarai. Tetapi, kenapakah pihak polis masih tidak mahu melihat kes ini adalah satu pembunuhan terancang yang dilakukan oleh mereka-mereka yang telah mendapat arahan daripada pihak atasan sebenarnya].
Bala Dedahkan Adik Najib Razak Temui Beliau
KUALA LUMPUR, 21 Nov [7.30 am] - Penyiasat persendirian P Balasubramaniam (foto), menamakan Nazim Abdul Razak sebagai datuk berbangsa Melayu yang menemuinya di The Curve, Damansara pada 3 Julai tahun lepas. Dalam satu temubual seperti yang disiarkan di laman web Free Malaysia Today, Bala berkata adik kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak itu menemuinya bersama-sama isteri di luar ruang pameran Volkswagen. Balam mendakwa pertemuan itu diaturkan oleh saudagar permaidani Deepak Jaikishan, yang disebut sebagai rakan kepada isteri Najib Abdul Razak. Dalam temubual sebelum ini, Nazim dikatakan meminta Bala supaya akur kepada arahan Deepak sekiranya Bala sayangkan keluarganya. Bala mendedahan bahawa Deepak telah membayar sejumlah RM750,000 kepadanya bagi menampung perbelanjaan beliau dan keluarga untuk meninggalkan Malaysia. Bala berkata pendedahan ini dibuat supaya ancaman terhadapnya tamat.[Kenyataan terbaru Bala ini sungguh mengejutkan kita. Tambahan pula ia dikeluarkan dalam blog Malaysia Today yang dimiliki oleh Raja Petra. Sebelum ini juga Raja Petra dikatakan hilang selepas mendedahkan beberapa akuan sumpah tentang pembabitan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantunya. Soalnya sekarang, apakah undang-undang di Malaysia masih mahu memberi "imuniti" kepada beberapa kerat individu yang menjadi suspek utama kes ini?. Kenapa terlalu sukar pihak polis dan kerajaan Malaysia untuk menangkap Bala? Bukankah ini satu usaha untuk menghalang dan menggagalkan segalanya].
Keputusan Mahkamah Terhadap SPRM Wajar
Keputusan Mahkamah Terhadap SPRM Wajar
KUALA LUMPUR, 21 Nov [7.00 am] - Keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) baru-baru ini bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak boleh lagi menyoal saiasat saksi selepas waktu pejabat disambut baik oleh semua pihak. Ramai yang menyifatkan keputusan berkenaan sebagai tindakan wajar, dan berpendapat tindakan SPRM menyoal siasat saksi melebihi waktu pejabat merupakan tekanan ke atas individu berkenan. Mahkamah Tinggi sebelum ini mengisytiharkan penahanan Tan Boon Wah oleh SPRM lebih dari waktu pejabat iaitu 15 Julai jam 9.45 pagi hingga jam 2.53 pagi keesokan harinya adalah salah. Mahkamah juga memutuskan SPRM tidak boleh lagi menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat seperti yang diamalkan sebelum ini. Keputusan itu dibuat berikutan pendedahan mendiang Teoh Beng Hock disoal siasat sepanjang malam sehingga awal pagi sebelum di jumpai mati di perkarangan ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam 16 Julai lalu. Hakim Mohamad Ariff Md. Yusof dalam penghakiman bersejarah itu berkata, tindakan menahan seorang saksi untuk disoal siasat menjangkaui waktu pejabat adalah satu penahanan secara salah di sisi undang-undang. Sehubungan itu Boon Wah berhak menerima ganti rugi penahannya.[SPRM sebenarnya telah dijadikan alat untuk pemimpin politik tertentu membalas dendam dan melempiaskan segala hawa nafsu jahat mereka. Tambahan pula bila melihat kepada apa yang berlaku di Selangor itu. Jelas sekali menggambarkan kepada kita bahawa memang ada tangan-tangan ghaib yang sedang berusaha dalam apa jua sekali pun untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim itu. Lantaran itulah, kita tidak hairan kes yang kecik tetapi siasatan SPRM begitu drastik seolah-olah ia kes yang besar dan melibatkan berjuta-juta ringgit. Justeru itu, SPRM perlu berubah mulai sekarang jika mereka mahu rakyat terus mempercayai kewujudan dan kewibawaan badan itu kelak].






bala datang lagi..bala bertimpa2 kat PAS Kelantan..ni satu lagi bala akan datang..esok lusa tah apa plak bala yg datang
BalasPadamPDO, masih lagi membuat kenyataan yg mengelirukan,pdo MENGULANG apa yg 'dikeluarkan dalam blog Malaysia Today yang dimiliki oleh Raja Petra'
BalasPadamRaja petra boleh berkata mcm2, tapi sampai sekarang belum ada apa2yg dapat di buktikan, oleh kerana tiada bukti jadi apa saja kenyataan RPK dianggap rekaan semata2 untuk menutup kesalahan2 RPK.
jadi bagaimana PDO yg ' bijak pandai ni' boleh merujuk kepada blog yg belum tentu sahihnya.?