ALOR SETAR, 25 Nov [12.35 pm] - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail (foto), menerima dengan terbuka perintah penggantungan sementara Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh. Beliau berkata keputusan penggantungan yang dibuat semalam, ada rasionalnya kerana mahkamah telah memberi alasan yang munasabah. "Mahkamah Tinggi telah membuktikan saya betul tetapi saya tidak tahu bagaimana dengan keputusan Mahkamah Rayuan nanti," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Wisma Darul Aman, di sini hari ini. kes itu mengambil masa yang lama untuk diselesaikan kerana segalanya terletak dalam bidang kuasa mahkamah. "Tetapi secara rasmi memang kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan sepatutnya ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana rakyat perlu ada wakil mereka," katanya. Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak juga menerima penggantungan sementara itu dan Kerajaan Negeri juga menerimanya dengan terbuka tanpa bantahan. Beliau berkata, sekiranya pilihan raya kecil diadakan nanti, PAS akan bersedia bertanding dengan siapa pun calon yang akan diletakkan oleh UMNO dan BN.[Perintah yang tidak wajar dilakukan akhirnya menyebelahi SPR. seolah-olah ada tangan-tangan ghaib yang memberi arahan kepada hakim Mahkamah Rayuan supaya menggagalkan hasrat untuk diadakan pilihanraya umum ke-13 bila-bila masa dari sekarang. Terdapat alasan kukuh bahawa SPR dan BN memang bersekongkol untuk mempermain-mainkan hak rakyat dan cuba menggagakan pilihanraya kecil ini nanti].
Bekas Presiden PRM, Hassan Karim Sertai PKR
KUALA LUMPUR, 25 Nov [10.32 am] - Bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Abdul Karim (foto) secara rasmi mengumumkan kemasukan beliau ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kemasukan beliau itu memberi makna baru kepada perjuangan parti. Sebagai seorang yang cukup berpengalaman dalam bidang politik, Hassan juga terkenal dengan semangat jitu memperjuangkan prinsip kepedulian rakyat. “Kemasukan Hassan Karim ini pada pandangan saya ialah tindakan yang telah dijangka kerana Hassan Karim ialah seorang pejuang yang terkenal, pejuang tokoh sosialis yang memang terbukti dari segi ketahanan dia” ujar ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf. Mengimbas kembali bertautnya hubungan di antara PRM dan Keadilan pada suatu ketika dahulu walaupun tanpa kehadiran Ketua Pembangkang adalah bukti kekuatan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat, tambahnya lagi. Ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul juga turut mengalu-alukan kemasukan Hassan ke dalam PKR. Beliau berkata persiapan PKR menawan Johor Darul Takzim semakin mantap dengan kehadiran tokoh rakyat ini. “Sebab itu ketika mana, Parti Rakyat Malaysia (PRM) bergabung dengan Keadilan ketika itu, sebenarnya pada waktu itu sudah ada kefahaman walaupun pada waktu itu Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berada di dalam penjara. Maka kemasukan Hassan Karim membuktikan sekali lagi, ianya merupakan gabungan parti-parti yang mantap". “Yang lain-lain itu saya rasa, kemasukan Hassan Karim sekali lagi membuka ruang kepada tapak permulaan Pakatan Rakyat terus berkembang di Johor"“Kita mengalu-alukan kemasukan Hassan sebagai pemimpin yang telah lama berjuang. Dia seangkatan dengan Syed Hussin Ali sebenarnya. Saya rasa ini akan memperkukuhkan lagi Keadilan khususnya di Johor” Hassan sebelum ini telah meletakkan jawatannya dalam PRM apabila usulnya agar parti komponen itu menyertai Pakatan Rakyat ditolak. Hassan telah mengemukakan usul agar PRM menyertai Pakatan Rakyat sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Kongres Nasional PRM ke-41 yang lalu.[Kemasukan Hassan Karim ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) diharap akan menjadi pemangkin ke arah kejayaan Pakatan Rakyat untuk menyerang kubu kuat UMNO di negeri Johor. Hassan telah membuat keputusan bijak, membela rakyat sejak sekian lama dan tidak langsung terpengaruh dengan berbagai desakan mahupun tawaran daripada pelbagai pihak terutamanya puak-puak UMNO BN. Adalah dijangkakan, ramai lagi pemimpin rakyat akan bersama PKR selepas ini. Semua ini timbul dari sikap untuk melihat rakyat terus dibela dan tidak diperlakukan sewenang-wenangnya oleh sebuah kerajaan yang alpa dan lalai itu].
Siasatan SPRM Terhadap Menantu MB Siap 90%
MELAKA, 25 Nov [10.30 am] - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap menantu MB Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung dakwaan salah guna kuasa ketika menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Menteri Besar Kalantan (PMBK), kini 90 peratus siap. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, berkata siasatan SPRM terhadap dakwaan itu tetap diteruskan meskipun menantunya, Ariffahmi Abdul Rahman (foto), sudah meletakkan jawatan beliau.[Tahniah diucapkan kepada SPRM kerana berjaya bertindak dengan begitu cepat untuk menyiasat menantu MB Kelantan itu. Tetapi, dalam masa yang sama kita amat terkejut SPRM begitu lambat untuk menyiasat banyak laporan penyelewengan dan rasuah yang melibatkan menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin serta pemimpin lain seperti Khir Toyo yang sudah terang lagi bersuluh terlibat dalam aktiviti tersebut selama ini].






PRM u can't fight BN alone,it's batter to joint others
BalasPadamPenyiasatan SPRM kaatas Ariffahmi
BalasPadamAb Rahman yg melibatkan kes rasuah
adalah dialu2kan sekiranya badan
itu benar2 bertanggungjawab terhadap perasuah2 tanpa mengira
warna dan kulit.
Ariffahmi merupakan menantu kpd
Tuan Guru N Aziz, jugak MB Kelantan. SPRM dgn begitu pantas
telah pun bertindak dan menyiasat
terhadap Ariffahmi. Tapi SPRM lambat bertindak terhadap menantu
Dollah BadawI, Khairy Jmaluddin yg
banyak kes2 rasuahnya dilaporkan
kpd SPRM? Kes rasuah ini dipandang
sepi olih SPRM. Bagaimana pulak kes
rasuah Annuar Musa dgn PPRTnya,
Khir Toyo dgn istananya, Rafidah
Aziz dgn APnya, Najid dgn kapal
selamnya. Mat Taib bekas MB S'gor
dgn wang berjuta2 ke Australia. Tapi SPRM pandang sebelah mata dan
sehingga kini tidak ada apa2
tindakkan yg diambil.
Kalaulah kes2 rasuah yg melibatkan
kroni2 dari UMNO, SPRM sepi tanpa
memberi apa2 kenyataan. Apatah nak
menyiasat, panggil pun tidak. Kalau
lah SPRM bersikap double standard,
sampai bila pun rasuah dinegara ini
tidak akan selesai.
Memanglah tepat jika raayat dinegara ini masih lagi sangsi
terhadap SPRM dan menganggap SPRM
sebuah badan yg ditunggangi UMNO.
SPRM kuda tunggangan 1Malaysia....
BalasPadamapa menantu nik ajis nak takut,kalau tak buat salah,janganlah gabra,peduli hal orang lain,ALLAH akan adli semua di akhirat kelak,soalnya jangan kita,terikut buat,yang salah,sendiri buat sendiri tanggonlah jangan kait dengan orang lain,berani kerana benar
BalasPadamTUNGGANG OK ,JANGAN MAIN BELAKANG DAH LER
BalasPadamTUNGGANG OK,JANGAN MAIN BELAKANG DAH LER
BalasPadam