script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Info Pahang: Tamparan Hebat Buat Puak-Puak UMNO Temerloh, Beberapa Pemimpin Bahagian Dan Cawangan Bertindak Sertai Pakatan Rakyat

TEMERLOH, 12 Nov [8.20 pm] - Pakatan Rakyat terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pahang semakin kukuh dan kuat dibawah pimpinan Pengerusi Negeri, Dato' Fauzi Abd Rahman. Terbaru, beberapa orang pemimpin UMNO Bahagian dan cawangan dekat sini telah menyertai parti itu. Satu pertemuan khas telah diadakan di Restoran Saika, Jalan Ibrahim dekat sini dan bakal membawa perubahan yang cukup besar terhadap UMNO Bahagian Temerloh khasnya dan Pahang amnya selepas ini. Beberapa buah ranting baru PKR akan ditubuhkan pada pertengahan bulan Disember 2009 ini, yang meliputi kampung-kampung sekitar DUN Lanchang, Kuala Semantan dan Mentakab. Salah seorang bekas Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh yang turut mengisi borang menyertai PKR iaitu Saudara Rosli Ismail berkata, beliau dan rakan-rakannya akan menubuhkan 4 buah ranting PKR dalam jangka terdekat ini, dan beliau dan rakan-rakannya sedang mengumpulkan rakan-rakan mereka dari UMNO dibeberapa buah taman perumahan di Taman Rimba, Bukit Bendera, Taman Saga dan Batu Kapur. Gerak gempur sedang dilakukan oleh PKR sekarang untuk menawan hati rakyat Pahang. Adalah dijangkakan, sekurang-kurangnya dua buah cawangan UMNO di DUN Lanchang akan dibubarkan. Manakala itu, Cikgu Jalaludin bin Johan, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh yang menyerahkan borang penyertaannya kedalam PKR menyatakan bahawa beliau dan rakan-rakannya akan menubuhkan beberapa buah Ranting di DUN Lanchang, dan beliau menyatakan bahawa penduduk DUN Lanchang sudah hilang keyakinan terhadap UMNO dan BN.


Cikgu Jalaludin menyerahkan borang sertai PKR. Dari kiri Sdr Omarudin Md Baki, Cikgu Mazlan, Cikgu Jalaludin, Dato' Fauzi dan Sdr Rosli Ismail

Sementara itu pula, Saudara Budri Nipah, Ketua UMNO Cawangan Teris meminta Dato' Fauzi supaya dapat mengaturkan suatu Majlis Perjumpaan diantara penduduk Lanchang khasnya dan Temerloh amnya untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tertutup. "Kami penduduk Lanchang akan menyertai Parti Keadilan Rakyat beramai-ramai setelah perjumpaan itu nanti," katanya. Dato' Fauzi didalam ucapan ringkasnya menerangkan kedudukan kewangan Negeri Pahang yang begitu lemah dan keperluan rakyat menggantikan UMNO BN di Pahang ini demi kepentingan rakyat. Kerajaan Pahang, katanya, bukan sahaja lemah dari segi kewangan dan pentadbiran, tetapi juga menyeleweng dari segi dasar khususnya dasar pemberian tanah kepada rakyat. "Rakyat yang memohon tanah seekar dua terpaksa menunggu hingga 60 tahun untuk kelulusan, sedangkan golongan korporat hanya menunggu beberapa bulan sahaja untuk kelulusan," tegas Dato' Fauzi.

[Haji Suhaimi Said
, Ahli Jawatankuasa Majlis Pimpinan PKR Pahang, yang mengaturkankan perjumpaan itu, mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan lamanya didalam UMNO kerana sudi hadir ke Majlis ringkas itu, dan diatas mandat yang diberikan oleh Pengerusi PKR Negeri Pahang beliau mengajak rakan-rakannya didalam UMNO untuk menggempur kawasan Parlimen Temerloh, dan beliau yakin bahawa Temerloh akan menjadi kubu PKR didalam masa terdekat ini, dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan merampas kawasan Parlimen Temerloh dari UMNO/BN. Tahniah diucapkan kepada semua pemimpin UMNO terbabit. Semoga dengan ini Pakatan Rakyat akan terus berani membuat perubahan untuk mengembalikan maruah rakyat kepada keadilan dan kebenaran].
Share:

9 ulasan:

  1. BUKAN MENANTU DIA YANG TAJA,DAH KENA JOLOK NAK PECAT ORANG,ADA YANG TAK KENALAH TU,GABRA....

    BalasPadam
  2. alhamdullillah!! sememang'a penduduk dilanchang mmg mengharap kan perubahan, di kampung sy jugas turut mengalami masalah dgn org2 umno karat nie, penyalahgunaan kuasa sangat2 ketara..harap pihak PR dapat merubah nasib kami di lanchang ini, terutama penduduk2 kg tradisional..

    BalasPadam
  3. alhamdullillah!! sememang'a penduduk dilanchang mmg mengharap kan perubahan, di kampung sy jugas turut mengalami masalah dgn org2 umno karat nie, penyalahgunaan kuasa sangat2 ketara..harap pihak PR dapat merubah nasib kami di lanchang ini, terutama penduduk2 kg tradisional..

    BalasPadam
  4. alhamdullillah!! sememang'a penduduk dilanchang mmg mengharap kan perubahan, di kampung sy jugas turut mengalami masalah dgn org2 umno karat nie, penyalahgunaan kuasa sangat2 ketara..harap pihak PR dapat merubah nasib kami di lanchang ini, terutama penduduk2 kg tradisional..

    BalasPadam
  5. minta SPRM pegi siasat permohonan tanah dan perjalanan fail di pejabat pejabat tanah dan di MMK..

    BalasPadam
  6. hahaha.. masuk pakatan kot2 boleh pegang jawatan.. tu yg betul...bila dah terkena baru terhegeh2 nak keluar masuk umno balik...hehehe... gila jawatan semua tu

    BalasPadam
  7. Pelatihan Solat Khusyuk

    Membuka cakrawala dan melatih anda secara langsung tahap-tahap menerima khusyu' dalam solat, menjernihkan jiwa anda, meraih ketenangan sempurna (thuma'ninah) dan pengalaman puncak (peak experience) yang mampu menghalau segala rasa cemas dan nervous.

    Banyak orang beranggapan bahawa solat khusyuk hanya dapat diraih oleh para wali atau para kaum sufi sahaja. Padahal Solat khusyuk itu mudah.

    Sebagaimana terdapat dlm Al-Qur’an, seharusnya setiap orang yang beriman ketika solat mereka dalam keadaan khusyuk. Banyak manfaat solat hanya dapat kita perolehi jika kita melakukan dengan khusyuk. Salah satunya solat akan membentuk peribadi mulia. Solat khusyuk dapat memberi kebaikan secara langsung kepada diri kita, keluarga, pekerjaan dan persekitaran

    Kursus Khusyuk Itu Mudah menggunakan kaedah pendekatan yang mudah difahami dan telah terbukti keberhasilannya. Dibimbing secara langsung oleh Ustaz Abu Sangkan, penulis buku best seller PELATIHAN SHALAT KHUSYU’, peserta akan diajak untuk meraih solat khusyuk dengan cepat.

    Jangan lepaskan peluang ini untuk mengikuti Kursus Khusyuk Itu Mudah dan laluilah nikmat hari-hari penuh kedamaian
    Daftar Segera – Tempat Terhad

    Tarikh: 21 – 22 November 2009 (Sabtu dan Ahad)
    Yuran: RM250
    HUBUNGI: SOLAT CENTER MALAYSIA:
    019 267 9294, 019 624 1965, 019 262 7304, kualalumpur@shalatcenter.com

    10 November 2009 06:18

    BalasPadam
  8. org2 gila kuasa akan cuba dapatkan kuasa..PDO operate blog bg org mabuk kuasa..fakta kurang auta banyak

    BalasPadam
  9. tahniah ...
    nampak nye pemimpin PKR pahang menjalankan kerja2 untuk memperbodohkan orang pahang, bilangan yang menyetai tak ramai tapi cerita macam sekampung yang isi borang, sembang tak seberapa tapi auta yang lebih...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.