script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Misteri Di Sebalik Tragedi Pembunuhan Altantunya, Apakah Kedua Tertuduh Azilah Serta Sirul Memang Di Gantung Atau Ke Mana Agaknya!



Kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantunya Shariibuu sedikit masa dulu telah menggemparkan seantero dunia. Nama Malaysia telah dicemari gara-gara sikap dan jenayah yang dilakukan oleh segelintir manusia yang sebenarnya tidak berperikemanusiaan. Ramai yang terkejut dengan berita terkutuk itu. Tambah menyedihkan ialah pembunuhan itu dilakukan secara terperinci dan mayatnya diletupkan bagi tujuan untuk menghilangkan segala bukti. Namun, "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua". Letupan terhadap mayat yang amat dasyat menggunakan bom "C4" itu telah berjaya juga dihidu dan dikesan oleh pihak polis selepas menerima aduan daripada orang yang berkenaan. Hasilnya, penemuan serpihan tulang mangsa disiasat dan mulalah penangkapan demi penangkapan berlaku. Kelihatan pihak polis begitu telus dan profesional menjalankan tugas mereka, hingga berjaya menjejaki dalang disebalik kejadian ngeri tersebut. Akhirnya, tertuduh dibicarakan dan akhirnya dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Namun, soalnya sekarang terdapatnya terlalu banyak kemusyiklan dan keraguan terhadap kes berprofail tinggi seperti ini. Ramai yang terkejut dengan adengan sandiwara kes pembunuhan ini sebenarnya. Apa tidaknya, tertuduh yang dijatuhkan hukuman itu adalah dua anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK), iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar. Tambah mengejutkan mereka juga adalah pegawai pengiring kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu. Kedua mereka dihukum gantung sampai mati oleh mahkamah, sedangkan dalam masa yang lain "individu yang mengarahkan" mereka membunuh langsung tidak dikenakan tindakan. Malah, pihak polis tidak pula menyiasat siapakah "sutradara" yang menyiapkan skrip pembunuhan terbabi. Bukankah ini sesuatu yang amat mengejutkan kita sebenarnya. Jika tertuduh adalah Botak Chin, Mona Fendi, Bentong Kali atau ramai lagi pembunuh bersiri , maka mungkin ia boleh diterima dan masuk dek akal sebenarnya. Namun Azilah dan Sirul adalah anggota polis UTK dan bukan pembunuh bersiri. Malah, umum mengetahui bahawa polis UTK hanya akan menjalankan tugas mengikut arahan ketua mereka.

Siapa Sebenarnya Yang Mengarahkan Tertuduh

Maka itulah, timbulnya keraguan yang munasabah siapakah sebenarnya yang mengarahkan mereka melakukan tindakan kejam tersebut. Apakah Razak Baginda? atau ada orang lain dibelakang tabir sebalik kejadian misteri ini. Anehnya, mahkamah seolah-olah mendapat arahan pula untuk mengiyakan bahawa tidak ada orang lain yang terlibat dan kedua-dua tertuduh mungkin membunuh Altantunya dengan "sukarela" tanpa mengenali wanita Monggolia tersebut. Inilah yang dikatakan misteri sebenarnya, sama juga dengan kes pembunuhan pragawati Noritta Shamsuddin beberapa tahun sebelum itu. Tertuduh, Haneef Basree dibebaskan dan hingga ke hari ini tidak ada mereka yang ditangkap serta dituduh membunuh Noritta. Apa yang ada, pihak polis hanya mengumumkan terdapatnya "lembaga misteri" yang membunuh pragawati tersebut. Apakah cukup dengan penjelasan seperti ini?. Begitu juga dengan kes Altantunya, apakah cukup untuk meyakinkan rakyat bahawa Sirul dan Azilah membunuh tanpa ada arahan oleh pihak tertentu? Kenapa pihak polis tidak menyiasat perkara ini dengan telus dan adil untuk keluarga si mati?. Tambah menyedihkan, Ketua Pendakwaraya kes berkenaan, Tun Majid Tun Hamzah pula berkata pihaknya berpuas hati dan telah membuktikan bahawa tiada orang lain terbabit dalam kes pembunuhan itu. Soalnya, benarkah tiada orang lain yang terlibat?. Atau beliau juga terpaksa mengikut skrip yang telah ditetapkan untuk membenarkan misteri ini terus menjadi tanda tanya?.

Wajarkah Tertuduh Membunuh Tanpa Sebab

Persoalan besar yang menghantui rakyat sekarang ialah siapakah yang mengarahkan kedua-dua tertuduh itu sebenarnya?. Wajarkah Sirul dan Azilah dituduh membunuh tanpa sebab? Kenapa siasatan lanjut hingga ke akar umbi dihentikan. Malah, pembebasan Razak Baginda yang dipercayai rapat dengan pemimpin tertentu juga menimbulkan banyak keraguan. Dalam perbicaraan yang dijalankan, memang terdapat hujahan berkaitan dengan desakan yang dibuat oleh Altantunya tentang komisyen yang sepatutnya beliau perolehi daripada pihak-pihak tertentu. Malah ia diakui di mahkamah, namun kenapa perkara ini tidak diselidik dengan rapi. Kenapa Altantunya meminta wang daripada pihak terbabit? Apakah sumbangan yang telah dilakukannya?. Malah, rekod perjalanannya ke negara ini juga dipercayai telah hilang. Siapakah yang mengarah pihak imigresen menghilangkan rekod tersebut. Jika tiada rekod kemasukannya, kenapa pula beliau boleh berada di Malaysia untuk beberapa hari dan tidak ditahan oleh pihak berkuasa?. Malah, kehadirannya ke negara ini juga diikuti oleh sepupunya sehinggalah ke hari beliau mati dibunuh. Ini bermakna misi kedatangan beliau ke negara ini ialah untuk mengambil sesuatu dalam bentuk wang ringgit daripada pihak tertentu. Kenapakah perkara ini tidak dibongkarkan?. Wajarkan kematian Altantunya dikatakan "mati tanpa sebab", dan pihak yang membunuhnya juga "membunuh tanpa sebab"?. Apakah jawapan ini yang mahu ditanamkan dalam hati setiap rakyat. Sedangkan satu dunia sudah mengetahui kes ini. Kenapakah ia terus disembunyikan daripada pengetahuan umum?. Apakah rakyat perlu terus diperbodohkan dengan satu tindakan tidak berperikemanusian segelintir manusia yang bertopengkan binatang. Demi kuasa, mereka sanggup lakukan apa sahaja sebenarnya. Kasihan benar melihat anak yang kehilangan ibunya gara-gara kejadian ini. Altantunya bukanlah cacing yang boleh dicincang sesuka hati. Dia adalah manusia yang perlukan pembelaan secara adil dan saksama !!

Benarkah Tertuduh Ke Tali Gantung Agaknya

Persoalan inilah yang banyak bermain dihati dan fikiran rakyat sekarang ini. Ramai dikalangan mereka yang tidak yakin lagi dengan sistem undang-undang dan kehakiman di negara kita. Kerana kuasa, yang jelas salah jadi betul dan yang betul dipersalahkan. Keadilan diperkotak-katikan oleh beberapa kerat manusia yang gila berkuasa dan takut untuk dihumbankan oleh suara rakyat. Benarkah Sirul dan Azilah bakal dihukum gantung mengikut keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah agaknya?. Bagi kita yang berada diluar, mungkin terfikir sedemikian rupa. Namun, harus diingat bahawa kedua-dua mereka telah menyumbangkan jasa yang cukup besar bagi menyelamatkan pihak-pihak tertentu. Maka, apakah mereka akan ditamatkan riwayatnya begitu sahaja sedangkan berbagai kaedah boleh digunakan untuk memastikan jasad mereka terus bernyawa. Antara langkah awal ialah memastikan kedua-dua mereka tidak dikenali oleh masyarakat umum. Caranya ialah dengan memakaikan topeng "ala ninja" setiap kali dibawa ke mahkamah ketika perbicaraan berjalan. Kononnya dengan cara ini, jika pun mereka digantung di penjara tidak siapa yang akan tahu. Melainkan jika mereka digantung "ala Saddam Hussein" yang disaksikan oleh jutaan manusia dari seluruh dunia. Ada kemungkinan juga kedua mereka bakal dilepaskan mengikut pintu belakang dan diberikan "habuan" serta dihantar ke luar negara untuk beberapa tahun. Kemudian mereka boleh balik ke negara ini dengan berwajah dan nama baru. Ini boleh dilakukan oleh pihak Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Sedangkan selama ini mereka boleh menbuat kad pengenalan untuk pengundi hantu, masakan pula untuk membuat kad pengenalan baru kepada kedua tertuduh terbabit. Akhirnya mereka bebas kembali ke negara ini, tanpa dikenali oleh sesiapa pun. Tambahan pula jika mereka menyimpan jambang dan berimej "ala Osama Laden" selepas kembali ke Malaysia nanti. Bukankah akhirnya mereka semua iaitu pihak yang melakukan pembunuhan Altantunya ini akan bebas sebebasnya tanpa perlu risau dan gundah gulana lagi. Maka itulah sebagai rakyat, kita harus memikirkan perkara ini secara rasional dan waras. Spekulasi sebegini biar pun tidak disenangi oleh pihak tertentu, namun kemungkinan besar juga ia boleh berlaku. Malah, ada kemungkinan yang digantung adalah banduan lain yang memang menanti hukuman tersebut dan bukan mereka sebenarnya. Malah, tidak ada sesiapa pun dikalangan kita yang bakal melihat hukuman tersebut dijalankan dan mengesahkan mereka adalah Sirul dan Azilah yang asli.

[Banyak keraguan dan kemusykilan dalam kes ini sebenarnya. Biarpun mahkamah telah membuat keputusan, namun keputusan tersebut boleh dipertikaikan dan jelas tidak mencerminkan keadilan yang sepatutnya. Mana mungkin orang yang mengarahkan tertuduh membunuh boleh terlepas daripada hukuman. Jelas sekali pengakuan Sirul dan Azilah bahawa mereka adalah "kambing hitam" ketika di mahkamah kian terbukti sebenarnya. Ternyata mereka tidak wajar dipersalahkan 100%, kerana mereka melaksanakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan oleh ketua mereka. Soalnya kenapa orang yang memberi arahan mahu disembunyikan. Apakah ini caranya amalah penyiasat polis yang dilakukan di Malaysia. Menyiasat untuk menutup bukti, bukan menyiasat untuk mencari bukti kes. Samalah dengan kes pembunuhan lain yang berlaku mutakhir ini iaitu Mendiang Teoh Beng Hock dan sebagainya. Siasatan dan tugas pihak terbabit ialah memadamkan bukti dan bukannya mencari bukti siapakah pembunuh sebenar. Oleh itu, kes pembunuhan Altantunya ini wajar dibuka semula bagi meyakinkan segenap lapisan rakyat tentang integriti badan kehakiman serta perundangan di negara kita].
Share:

23 ulasan:

  1. akan di serah pada pdo untuk dibela

    BalasPadam
  2. syorkan kes ini di bawa ke MONGOLIA,PDO BOLIH JADI HAKIM DISANA,DAN BUAT LAH KEPUTUSAN YANG SEADIL2NYA

    BalasPadam
  3. biasala kes profil tinggi... maka keputusannya pun tinggi tinggi juga

    BalasPadam
  4. INI SEMUA PSL DUIT...YG DI BUNUH SBB NAK KAN DUIT DAN YG MBUNUH PUN DAPAT DUIT..DUIT-DUIT!!

    BalasPadam
  5. ANAK YANG ATANTUYA ,DOKONG TU MACAM RUPA PDO JER

    BalasPadam
  6. ANTI UMNO PUNYA OTAK PENUH DENGAN TAIK DUIT,PATUTLAH SUKA CAKAP PASAL DUIT,ENGTAH2 DIBERI DUIT UNTUK SEBAR FITNAH DAN JADI KAKI SEBOT KOT,TELANG LAH DUIT HARAM TU

    BalasPadam
  7. ingatkan dah tutup buku..alahai PDO,carilah isu yg lebih panas dan hangit sikit..let's crush the evil pakatan rakyat

    BalasPadam
  8. patutlah pdo sebot ,anak dia rupanya,heh,heh kesian,mai kita kutip sorang sekupang,sedekah buat kenduri anaknya

    BalasPadam
  9. pada akulah ..altantuyes ni wajar dibunuh.kenapa
    1. perosak rumahtangga org
    2. pelacur
    3. pisau cukur
    4. talibarut komunis
    5. penghidap HIV (kalau tak bunuh
    pun dia tetap mati)

    BalasPadam
  10. nasib baik ,tak perjubur,kaki pasembor tak pa,rojak darrrr

    BalasPadam
  11. mana tok iskandar pogi..tah2 dah kat tali gantung per

    PDO,aku harap korang buat satu skuad untk siasat kedua-dua mereka nie..sebab org-org aku cakap mereka sedang bercuti kat phuket..

    sorang dah tak serupa jantan dan sorang lagi dah ada buah dada

    jgn selepas ni mereka buat pembedahan plastik..tengok2 muka sebiji tuan PDO

    BalasPadam
  12. Kat padang masyar bolehla mintak maaf sama itu altuya .... siti aminah .. ehem ehem

    BalasPadam
  13. Tu lah korang.. MELAYU MUDAH LUPA. Betul tak? Mudah sangat.. Tu altantuya yang kena bunuh, cuba kalau sedara mara korang yang kena bunuh? macama mana? Mesti korang akan cari sampai ke lubang cacing. BETUL TAK CAKAP AKU?!!!

    BalasPadam
  14. malaysia negeri islam ala koboi
    seluruh dunia telah pun tahu keputusan makamah walaupun kesnya belum di dengar
    Polis/Hakim/Pendakwa raya telah membuat scripts ala drama yng mana si gantung juga bebas,malaysia boleh.Ini akan terjadi pada DSAI Anwar,scripts hampir siap tunggu di tayangkan,malaysia wake-up,masih sokong penjenayah.

    dari negera Asian

    BalasPadam
  15. malaysia negeri islam ala koboi
    seluruh dunia telah pun tahu keputusan makamah walaupun kesnya belum di dengar
    Polis/Hakim/Pendakwa raya telah membuat scripts ala drama yng mana si gantung juga bebas,malaysia boleh.Ini akan terjadi pada DSAI Anwar,scripts hampir siap tunggu di tayangkan,malaysia wake-up,masih sokong penjenayah.

    dari negera Asian

    BalasPadam
  16. PDO ni dah takda filem baru ke? ceritalah pasal saman yg dibuat epol tu ke? atau sensasikan cite liwat idola PDO tu ke?

    BalasPadam
  17. ini lah pdo yang paling bodoh pernah ku baca,no qualiti...

    BalasPadam
  18. pdo ni memang dah tak de modal, mula la dgn wayang baru dia tapi cerita lapuk...adoiii kalau pasal cita ni ada org byr pdo, memang org yg byr pun bangang....

    BalasPadam
  19. Eloknya yang mati tu adik atau anak pompuan orang yg mengata2 PDO..

    Ada la sorang Menteri ke main ngan anak pompuan dia dan letupkan..

    Masa tu nak mintak tolong ngan tohan UMNO ka?

    BalasPadam
  20. Eloknya yang mati tu adik atau anak pompuan orang yg mengata2 PDO..

    Ada la sorang Menteri ke main ngan anak pompuan dia dan letupkan..

    Masa tu nak mintak tolong ngan tohan UMNO ka?

    BalasPadam
  21. nampak sangat cetek AKAL dan BODOH, ada ke tohan UMNO? adake patut statement Tuhan patut tu di jadikan permainan politik!!!
    sebelum meluahkan isi hati tafsir dulu dengan otak!!! jgn ter lampau TAKSUB dengan seseorg sampai sangup hilang akal

    siapa mati itu urusan Allah, kalau terlepas sini akhirat tak leh terlepas, jadi apa kes nak babitkan adik atau anak org... apa PDO ni besar sgt ker sampai tak leh kata dia... dah buat cita2 yg belum tentu betul dah tentu2 ramai yg kata...

    kalau tak betul cita2 ni dah tentu tentu PDO gan pengikut dia buat dosa free.... lain la kalau PDO ni kaki masjid, atau tak penah cita hal tepi kain org, tak pernah masuk campur aib org.... memang la salah org kalau mengata PDO! lu pikir la sendiri!!!

    BalasPadam
  22. ada otak..tetapi otak udang..ada otak tetapi letak kat kepala lutut

    kesian kat pakatan mangkok jamban,dapat ahli yg sedikit bangang..

    org komen ko pun nak komen..komen plak hamPAS

    BalasPadam
  23. http://paneh.blogspot.com/2009/05/altantuya-pm-jawab-fitnah.html

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tengku Ampuan Pahang Mencuri Perhatian Bila Duduk Bersama Graduan Lain Sebagai Seorang Pelajar Pada Majlis Konvokesyen UIAM Ke-42

GOMBAK:  “Saya masuk ke dewan ini sebagai Tengku Ampuan Pahang. Saya duduk bersama saudara dan saudari sebagai seorang pelajar. Saya melangk...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.