script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: Batalkan Keputusan Serahan Bahan Bukti, Ternyata Wujud Dalang Disebalik Kes Liwat Anwar Ibrahim vs Saiful Bukhari Itu Sebenarnya

Bagai sudah dijangka, ternyata sungguh mengejutkan bilamana Mahkamah Rayuan baru-baru ini membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintah pihak pendakwa dalam kes tersebut menyerahkan bahan bukti kepada Penasihat PKR, Anwar Ibrahim. Bahan bukti itu amatlah penting untuk peguam Anwar membuat pembelaan terhadap kes yang sedang dihadapinya. Soalnya sekarang, kenapa tiba-tiba Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan tersebut. Bukankah ini bukti wujudnya campurtangan pihak tertentu dalam kes beliau sebenarnya. Jika beginilah keadaannya, bagaimanakah seorang yang tertuduh ingin membela dirinya?. Sedangkan dalam masa yang sama pihak yang menuduh telah siap sedia dengan berbagai "bukti rekaan" yang sengaja dibuat untuk memastikan beliau didapati bersalah dalam kes ini. Tambah malang lagi bila dipercayai, bukti-bukti kes yang kini diperolehi oleh peguam Saiful adalah dihasilkan dengan kerjasama pihak polis sendiri. Ini bermakna kemenangan sudah pasti akan berpihak kepada Saiful Bukhari Azlan nanti. Apa tidaknya, mereka diarahkan menyiasat untuk mewujudkan bukti-bukti kukuh agar Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes ini. Ia amat berbahaya sebenarnya, lantaran itulah selepas Mahkamah Tinggi mengarahkan sebahagian bahan bukti itu diserahkan kepada Anwar maka tiba-tiba Mahkamah Rayuan pula menghalang dan membatalkan keputusan tersebut. Bukankah ini bermakna memang wujud konspirasi yang jelas untuk menjatuhkan Anwar itu sendiri. Sedangkan dalam masa yang sama Saiful akan dilihat "mangsa" yang memang benar-benar teraniaya dalam kes ini. Segala laporan perubatan hospital akan dinafikan, dan kemungkinan besar laporan baru akan disediakan oleh pihak terbabit. Inilah masalah besar yang menghantui rakyat sebenarnya. Keadilan dan undang-undang kini menjadi bahan mainan pihak-pihak yang berkuasa untuk terus kekal berkuasa.

Dalam pada itu, Anwar Ibrahim sendiri dilihat amat kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan tersebut. Dalam blog peribadinya, Anwar berkata "Nah sudah terang lagi bersuluh kepada kita, siapa sebenarnya yang melengah-lengahkan proses perundangan dan pembicaraan. "Mengapa gentar untuk membenarkan pasukan pembela saya memeriksa bahan bukti dan rakaman video litar? "Barangkali takut muslihat jahat didedahkan; pecah tembelang membusuk dan memualkan". Anwar juga melahirkan harapan agar perbicaraan kes beliau itu dapat berjalan lancar mengikut lunas perundangan. Beliau tidak mahu proses perundangan tersebut dihalang dan dicampurtangan pihak pemerintah. "Jangan halang proses perundangan yang sebenarnya, biarkan ianya berlangsung tanpa dicampuri dan digugat pemerintah," katanya. Kelmarin pasukan peguam pembela Anwar sekali lagi dihalang dari mendapatkan bahan bukti setelah keputusan mahkamah rayuan didakwa menyebelahi rayuan pihak pendakwa. Kesemua bahan bukti tersebut merupakan bahagian penting untuk pembelaan Anwar dan hak untuk mendapatkannya juga turut dijamin undang-undang. Pada 16 Julai lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan pihak pendakwa menyerahkan bahan bukti itu, termasuk rakaman video dan laporan perubatan kepada tertuduh. Pihak pendakwa juga diperintahkan supaya membenarkan peguam Anwar memeriksa rakaman CCTV yang didakwa tempat kejadian, bersama-sama dengan kenyataan Saiful yang mendakwa sebagai mangsa, dan saksi-saksi lain serta nota doktor. Mahkamah Tinggi juga mengarahkan supaya laporan perubatan Saiful dari Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi serta bahan bukti yang lain, yang diperlukan untuk tujuan pembelaan, diserahkan kepada Anwar. Apakah ada keadilan buat Anwar ?

[Ramai yang melihat, keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu jelas sekali mengulangi apa yang terjadi kepada Menteri Besar Perak yang sah Datuk Seri Nizar Jamaluddin dulu. Biarpun Mahkamah Tinggi telah memutuskan beliau adalah MB yang sah, namun keputusan Mahkamah Rayuan akhirnya memihak kepada Zambry Kadir. Keputusan itu pula penuh dengan keraguan, bila ia dibuat tanpa merujuk kepada kertas keputusan Mahkamah Tinggi dan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Maka itulah perkara yang sama terjadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang. Jika Nizar kehilangan kuasa di Perak, maka tidak mustahil Anwar juga akan kehilangan jawatannya dalam masa terdekat ini. Segalanya berkemungkinan jika kita melihat kepada perjalanan kes ini sekarang, yang semakin bercelaru dan haru biru].
Share:

7 ulasan:

  1. "Wamakaru wamakarallahu khairulmaakirin" - al-ayat. Sebahagian urusan adalah diluar kuasa biasa kita kerana Allah sedang menguji kebangkitan PR. Tetapi insya Allah, sebagaimana reformasi tahap pertama dulu, maka Reformasi peringkat ini juga akan meningkatkan kejayaan kita.

    BalasPadam
  2. sah pdo ni gila ,apa ada kenamengena kes dr asri dengan dsai dan saifol,memang pdo ahli neraka

    BalasPadam
  3. Kalau kita kaji sejarah lampau, banyak berlaku kebenaran itu tidak selalu memihak. kenapa? Allah sentiasa menguji kesabaran dan ketaatan kita dengan rasa bersyukur. hati kita masih terus pada keimanan. itu kemenangan yang sebenar.

    BalasPadam
  4. Kepada yang bodoh2 tu, kenalah baca sirah tentang fitnah, terutama kisah Nabi Allah Yussuf a.s. terpaksa merengkok dalam penjara selama 6 tahun, kerana fitnah seorang wanita bangsawan.

    Kalau seorang Nabi kena fitnah sedemikian rupa, apatah lagi bagi seorang bekas TPM, kepada puak2 yng menolak hukum hudud, kata mufti Perak, mereka yg menolak hukum hudud, adalah murtad.

    BalasPadam
  5. kisah nabi ALLAH YUSUF jangan lah di samakan dengan kisah buntut,tersangat jauh perbandinganya,dsai bukan nabi,manusia busuk macam kita semua

    BalasPadam
  6. Memang kita nak tengok anuar ibrahim masuk penjara lagi... tak gitu kengkawan semua...?

    Aku rasa nyawa Anuar ini panjang lagi, selagi dia hidup memang menyusahkan parti UMNO. Apa kata kita suruh hakim jatuhkan hukuman penjara pada Anuar.. sepanjang hayat supaya ahli UMNO boleh memerintah Malaysia dengan aman.

    Tapi ada berita mengatakan kalau Anuar Ibrahim dijatuhkan hukaman penjara atau apa saja dari kes liwat ini, orang yang terlibat dalam kes itu terutama polis, hakim, peguam, orang politik dan keluarga saiful akan dibom dengan c4...?

    Kalau berita itu benar, alangkah meriahnya kita dapat pegang senjata seperti polis kerana sebelum ini kita tidak berpeluang berperang seperti zaman 13hb. mei 1969....

    BalasPadam
  7. ello anon 1043,awat hang ingat anwar tu warak sampai tak dak nafsu songsang kaa..tok guru pondok pun tarok belakang pelajar pondok..itu kat sekolah pondok yg ajar agama lagi..

    aku pernah belajar kat maktab melayu kola kangsat tahun 80an..liwat meliwat bukan sesuatu yg aneh kat situ

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.