script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Kerajaan Tahu Balasubramaniam Ada Di Mana

KUALA LUMPUR, 18 Nov [5.45 pm] - Sepasukan polis dari cawangan khas berjumpa dengan penyiasat persendirian P. Balasubramaniam (foto), selama tujuh jam pada 8 Julai tahun lalu, walaupun kerajaan dan polis mendakwa Bala sudah menghilangkan diri. Ketika mendedahkan butiran lanjut mengenai kes Altantuya Shaariibuu baru-baru ini, Bala berkata pasukan cawangan khas polis itu hanya berminat untuk mengetahui dengan lebih jelas hubungan Perdana Menteri, Najib Razak dengan Altantuya seperti yang terkandung dalam akuan bersumpahnya yang dibuat pada 3 Julai. Bala memberitahu, ketua pasukan cawangan khas itu dikenali sebagai ACP Muniandy. Bala berkata, pada 7 Julai 2008, pegawai perhubungan cawangan khas di kedutaan Malaysia di Bangkok menghubunginya dan memintanya memberikan kenyataan pada keesokannya. Bala berkata, ini menunjukkan kerajaan memang mengetahui setiap pergerakannya. Di sebalik, soal siasat di Bangkok dan dua akuan bersumpah yang bercanggah antara satu sama lain yang dibuat dalam tempoh 24 jam, tidak ada sebarang arahan dibuat sama ada polis mahupun pejabat Peguam Negara supaya penyiasatan dibuat terhadap kes Altantuya. Akhbar arus perdana tidak langsung buat liputan pendedahan terbaru ini, berbeza dengan laman web yang memberi fokus utama sejak minggu lalu.

[Banyak kemusykilan yang timbul dalam kes ini sebenarnya. Sebelum ini ramai yang menyangka kehilangan Bala ada kaitan dengan kerana beliau mendapat ganjaran lumayan daripada pihak-pihak tertentu agar menarik balik akuan bersumpahnya terhadap Najib Razak dan Rosmah Mansor. Ramai yang mengatakan selepas mendapat habuan, maka Bala dihantar keluar negara untuk berehat seketika dan beliau dilarang balik ke Malaysia sehingga kesnya selesai. Namun, kini hakikatnya cukup jauh berbeza. Bala rupanya lari bagi melindungi dirinya dari sebarang musibah, selepas beliau enggan memberi kerjasama kepada pihak yang berkenaan. Makanya kes ini memang akan bertambah sensasi selepas ini].

Bicara Kes Dr.Asri Ditetapkan 5 Januari Depan

GOMBAK, 18 Nov
[11.30 am] - Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur sebentar tadi menetapkan 5 Januari depan untuk perbicaraan kes bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (foto). Tarikh itu ditetapkan selepas Dr Asri mengaku tidak bersalah dan mohon dibicara atas pertuduhan mengajar agama tanpa tauliah di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Ampang, pada 1 November lalu. Sebelum itu, Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad, menolak permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam kerana alasan kurang munasabah. Asri sebelum itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengajar agama tanpa tauliah dan mohon ia dibicarakan. Bekas Mufti Perlis itu, tiba di Mahkamah awal pagi tadi untuk menghadapi pertuduhan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah. Pendakwaan dilakukan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas jam 9 pagi. Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas MB Perlis dan Azwan Ali, Pengacara Sensasi dilihat adalah antara yang hadir bagi memberi sokongan.

[Kes yang cukup membingungkan rakyat sebenarnya. Namun, kita tidak hairan bilamana Shahidan Kassim dilihat bersama Dr.Asri. Ini kerana terdapat sumber mengatakan beliau adalah antara pengamal ajaran Wahabi "Tegar" yang dibawa oleh Dr.Asri. Malah dalam satu kes, beliau sanggup mengherdik tuan rumah semasa melawat satu kematian di Kuala Lumpur satu ketika dulu. Tatkala tuan rumah mengajak beliau makan selepas pengkebumian selesai, beliau dengan jelas mengatakan semua itu haram, termasuk bertahlil untuk si mati. Ini amat mengejutkan hadirin yang hadir ke situ. Sememangnya, ada kemungkinan Dr.Asri akan didakwa atas ajaran Wahabi yang dibawa itu sebenarnya. Beliau tidak boleh menafikan segalanya dan perlu menerima hakikat. Seperti kata Shahidan Kassim, hanya Dr.Mohd Asri Zainal Abidin itulah sahaja ulamak yang boleh dipercayai dan diterima pakai].

Share:

8 ulasan:

  1. apalah ko...betullah kata shahidan tu....
    tahlil...kenduri arwah ni..adat melayu la.....

    ko tengok sini...

    Imam Syafie Haramkan kenduri Arwah, Tahlil
    http://www.youtube.com/watch?v=ZZz93p1DiF4

    oleh : Ustaz Rasul Dahri (rasuldahri.com)
    http://www.youtube.com/watch?v=NqVl5zVuXhQ

    tengok ler u tube tu.....ok??

    BalasPadam
  2. ini lagi ..ko tengok lah...ok??

    Nabi s.a.w. diundang ke kenduri arwah?
    http://www.youtube.com/watch?v=dkrwSchf0Ko

    ASY/04/06 - Mengupah Org Solat & Membaca Quran Pd Org Mati
    http://www.youtube.com/watch?v=1n5gJ0-LnaU

    Ust Shamsuri: Kenduri arwah 04
    http://www.youtube.com/watch?v=6jT-27OTgyE
    doa melawat kematian dari surah AL_HASY ayat 10

    BalasPadam
  3. Tak faham jangan main ikut ikut . Inih al akidah suka2 main cop trademark wahabi jer dah katam ke ilmu tu.Salah sebut batal akidah... haa baru padan muka.. nak syok tambah2 amalan 60 tahun... sakit berjuta juta tahun... Nau zubillaah.. Saya ikut yang amalan rasul dan paling muktabar sahaja dan yang lain tu goodbye dgn albu2nyer.

    BalasPadam
  4. mungkin atantuya bekas teman wanita pdo juga tu sebab dia begitu sibok ngan kes ni ,aku rasa,bala ada kat rumah pdo

    BalasPadam
  5. Memang kok lu kena saman ... dengan si Saiful tu....celupar dan fakta kurang jelas, ikut hati saja luu hentam.. Kalau kita pergi ziarah kematian...tak ada kenduri dahhh...orang bersedih kita nak susahkan lagi tuan rumah...apa laa. Dah tuu...entah2 duit buat kenduri makan tu hasil peninggalan harta arwah...haram makan...dah jadi harta anak yatim...sebab tu jalan terbaik jangan makan, kalau dah lapar sangat... pi kedai mamak makan la roti canai...tak de sapa nak kata apa...Wahabi bukan mazhab noooo....

    BalasPadam
  6. Mohon PDO rujuk orang ahli agama yang mengaji kitab tafsir Ibnu Kasir (tolong jangan rujuk ahli yang dapat Master atau Phd Agama di US atau UK).

    Kalau kita tak paham bab agama, tolong jangan komen... takut-takut nanti bertukar akidah kita.

    Saya pernah rujuk dengan guru Melayu pengajar di masjid Makkah bernama Syeikh Abdul Kadir Mandili, Beliau mengingatkan saya supaya tidak berzikir dengan nada suara tinggi beramai-ramai selepas solat, tidak hidang makanan dirumah simati, tidak angkat tangan semasa doa dalam khutbah Jumaat, tidak terbalikkan tangan semasa doa tolak bala. Katanya perkara-perkara tersebut tidak diamalkan Rasullah SAW dan sahabat-sahabat muktabar...
    Rujuk youtube ni
    http://www.youtube.com/watch?v=aCsH-Qp2Hq8&feature=related

    BalasPadam
  7. P.D.O ,BUTA LAGI TULI,KALAU SHAHIDAN TU PENGIKUT DR ,ASRI ,MACAMANA YB SAARI SUGUIB DAN YB NORAIDA

    BalasPadam
  8. PDO ni bukan buta tuli,hati dan iman dia dah berjenama dan berkiblat PKR..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.