script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Penipuan Dalam Senarai Daftar Pemilih Untuk Pastikan PM Menang Selesa Di Pekan, SPR Di Gesa Segera Bersihkan Senarai Nama Pengundi

KUANTAN, 19 Nov - Timbalan Ketua AMK Pahang, Saudara Kamarul Hatta (foto), hari ini menggesa Suruhajaya Pilihan Raya (SPR), yang kononnya dikatakan "Cekap dan Telus" menyemak semula dan membersihkan senarai nama dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga Tahun 2009 (1 Julai - 30 Sept 2009) bagi Parlimen P085 (Pekan) dengan segera. Ini kerana terdapat bukti kukuh, ramai pengundi baru yang dipindahkan ke kawasan parlimen itu sejak akhir-akhir ini. Malah kebanyakan daripada mereka dilihat mempunyai alamat di utara semenanjung. Terdapat juga nama-nama pengundi yang amat diragui kesahihannya, termasuk yang didaftarkan bagi Peti Undi Sg.Miang. Sebelum ini, rakyat Malaysia pernah digemparkan dengan kewujudan satu penempatan eksklusif "orang luar" yang dibina di kawasan itu. Malah, tinjauan kami ke kawasan terbabit memang menunjukkan majoritinya daripada luar. Mereka diberikan tanah dan rumah untuk mendiami kawasan terbabit, yang dikawal ketat oleh pihak tertentu. Kehadiran mereka yang cukup ramai itu amatlah diragui dan mendapat cemuhan masyarakat setempat. Apa tidaknya, rakyat Pahang yang sudah sekian lama memohon tanah masih tidak diberi perhatian. Tiba-tiba ada orang luar dan rakyat asing terutamanya dari Myanmar dan Kemboja pula yang lebih diutamakan. Menurut penduduk setempat, kawasan penempatan itu memang sengaja diwujudkan bagi membantu undi Parlimen Pekan yang diwakili oleh Perdana Menteri, Najib Razak sendiri. Kebanjiran terlalu ramai pengundi luar yang kini berdaftar di Pekan, adalah perancangan rapi yang dibuat oleh kerajaan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam usaha memberi kemenangan besar kepada Presiden UMNO itu. Semakan daftar pemilih yang baru diedarkan itu, jelas sekali membuktikan perkara ini. Menurut Kamarul Hatta beliau amat terkejut dengan perkara ini. "Saya melihat perkara ini adalah serius. Ramai pengundi dipindahkan secara haram ke Parlimen Pekan. Malah majoritinya mempunya kad pengenalan 'o2' iaitu kod bagi negeri utara semenanjung. Malah ada juga yang mempunyai kad pengenalan kod '71' yang bermakna orang luar dan bukan rakyat Malaysia yang tulen. SPR harus memantau dan membersihkan daftar pemilih ini jika tidak mahu kewibaan mereka terus dipertikaikan oleh rakyat" katanya. Segala bukti tentang perkara ini akan didedahkan kemudian, selepas pihak kami mendapatkan dokumen yang berkaitan.

[Soalnya sekarang, dimanakah ketelusan dan kecekapan yang diperkatakan oleh pihak SPR itu sebenarnya. Ternyata SPR masih lagi bersikap "double standard" dan sengaja mahu memberikan kemenangan mudah kepada Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak dalam pilihanraya umum akan datang. Usaha yang dilakukan ini, jelas menggambarkan betapa kemaruknya SPR untuk memastikan pemimpin itu terus berkuasa hingga mereka tergamak melanggar segala amalan demokrasi berparlimen yang telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Menang dengan cara menipu amatlah "kejam dan zalim" buat rakyat, tambahan pula jika seseorang pemimpin itu memang sebenarnya telah ditolak bulat-bulat oleh rakyat itu sendiri. SPR tidak layak menjadi hakim pilihanraya , jika beginilah cara kerja mereka yang cukup jahat itu. Adalah lebih baik SPR dibubarkan terus dan digantikan dengan satu agensi lain yang lebih telus, adil dan lebih bertanggungjawab dalam memelihara keluhuran undang-undang negara].
Share:

3 ulasan:

  1. allo kamarul..cubalah buat sesuatu yang lebih bermanfaat kepada rakyat drp dok kacau kerja spr..awat,hang ingat kami org utara ni tak sayang negeri ka sampai kami nak pi negeri hang..baik kami mengundi kat kampung kami drp dok pi mengundi kat negeri hang yg penuh hutan banat tuu..hang baru main politik dua tiga tahun ,tak payah la nak ajaq SPR..dan satu lagi,yg hang nak jeles kat PM apsal?bersyukurlah..sekurang2nya PM la nie anak pahang ..hang mau ka anak penang jadi PM

    BalasPadam
  2. masalahnya, ini bukan tuduhan. tapi siap dgn bukti yg nyata. memang PM org Pahang, tapi rakyat Pahang dah tolak Najib. terpaksalah punggah org Utara mari dok sini mengundi..muka tak malu !! Nak menang sangat, pi punggah pulak org Myanmar ngan Kemboja..siap buat perkampungan haram lagi..tanah dapat sorang seekar.. hang mai tengok lar kat sini..hang mintak tanah ada dapat ka? dok pi sokong sngt tuu...hang tak jeles ka org Myanmar ngan Kemboja dpt tanah 1 ekar sorang?. Buta mata hang nii... Najib bela depa sbb nak undi..siap bagi elaun sara hidup RM500 tiap2 bulan.. ADIL Ke TAK ADIL Tu cett oiiiii?

    BalasPadam
  3. Orang yang tidak tahu beryukur..orang yg kufur nikmat Allah

    Orang yang tidak tahu mengenang budi..orang yang telah mati hati dan budinya

    Anwar dan Najib duduk semeja bersantai minum kopi

    Orang dibawah asyik berkelahi dan saling memaki..dapat apa?

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.