KUALA LUMPUR, 9 Nov [3.30 pm] - Kes saman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terhadap bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, atas dakwaan berniat jahat kerana membuat laporan polis bahawa dirinya diliwat Anwar, ditetapkan pada 28 Januari untuk pengurusan kes. Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Anisah Normah Muhammad Nor, menetapkan tarikh itu dalam kamarnya selepas kes itu disebut di hadapannya hari ini. Pada 30 Jun tahun lalu, Anwar yang juga Penasihat PKR menfailkan saman terhadap Saiful mendakwanya membuat laporan polis itu untuk satu sebab tersembunyi, di samping memburukkan dirinya dan merosakkan dirinya sebagai ahli politik. Anwar, 62, dalam pernyataan tuntutannya mendakwa Saiful, 24, tahu bahawa dakwaan liwat itu adalah palsu namun bekas pembantunya itu tetap membuat laporan polis itu pada 28 Jun tahun lalu. Anwar mendakwa akibat daripada laporan polis itu, reputasinya terjejas dan beliau mengalami penderitaan dan malu yang teramat sangat. Saiful dalam pernyataan pembelaan yang difailkan Mei lalu berkata laporan polis itu adalah bersifat justifikasi dan sekiranya laporan itu tidak benar, pihak pendakwaan tidak akan mendakwa Anwar terhadap tuduhan liwat itu. Pada 7 Ogos tahun lalu, Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful dan beliau dibebaskan dengan jaminan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin sementara menunggu perbicaraan kes. Kes liwat itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 23 Nov ini di Mahkamah Tinggi. Perbicaraan kes itu pada mulanya ditetapkan 1 Julai hingga 23 Julai lalu tetapi mahkamah menangguhkannya bagi membolehkan mahkamah mendengar beberapa permohonan yang difailkan Anwar. 3 ADUN BN Saman Kerajaan, Speaker Dan Selcat
SHAH ALAM, 9 Nov [12.34 pm] - Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) hari ini memfailkan saman pemula terhadap kerajaan Selangor, Speaker dan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) mengenai kesahihan jawatankuasa khas itu. Tiga Adun berkenaan, Raja Ideris Raja Ahmad (Sabak Bernam), Hasiman Sidom (Morib) dan Wong Koon Mun (Kuala Kubu Baharu) menfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi, di sini. Mereka memohon mahkamah membuat pengisytiharan jawatankuasa itu tidak sah dan terbatal kerana melanggar peraturan DUN serta Perlembagaan Negeri.
AMK Berdemo Desak YB Badrul Letak Jawatan
SHAH ALAM, 9 Nov [12.35 pm] - Kira-kira 50 penyokong Pakatan Rakyat mengadakan demonstrasi di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang bersidang pagi ini, bagi mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah meletak jawatan. Perhimpunan itu diketuai Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Lee Khai Loon. Badrul Hisham sebelum ini mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong Barisan Nasional (BN)
Demontrasi Kepala Lembu Bukan Didalangi UMNO
SHAH ALAM, 9 Nov [12.32 pm] - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui demonstrasi membawa kepala lembu bagi membantah pemindahan kuil ke Seksyen 23 di depan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada Ogos lalu bukan didalangi UMNO. Beliau berkata, walaupun sebahagian besar peserta demonstrasi itu disertai penyokong Umno tetapi ia tidak mewakili atau melambangkang parti itu, sebaliknya ia tindakan individu. Katanya, kerajaan negeri tidak boleh mengulas lanjut kejadian itu kerana mereka yang terbabit dengan insiden berkenaan telah didakwa di mahkamah. Beliau menjawab soalan soalan tambahan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang meminta menjelasan siapa yang dimaksudkan terbabit dalam demonstrasi itu pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini. Menjawab soalan asal Yap Ee Wah (BN-Sungai Pelek) yang bertanyakan apakah usaha yang diambil kerajaan negeri bagi mengelak kejadian itu berulang, Abdul Khalid berkata,kerajaan negeri berjaya menanggani insiden itu secara matang dan mengelak berlaku kejadian lebih buruk. Beliau secara sinis menggangap soalan Yap sebagai "pelik" dan meminta Yap "cermin diri" dan mendakwa kejadian demonstrasi itu disebabkan kegagalan kerajaan terdahulu menyelesaikan isu berkenaan."Cermin diri dulu sebelum buat soalan. Usaha ini telah lama dibangkitkan dan bukannya perkara baru," katanya.Pembuat Pintu Emas Kaabah Meninggal Dunia
MAKKAH, 9 Nov [8.35 am] - Sheikh Ahmad bin Ibrahim Badr, tukang utama yang mereka bentuk pintu emas Kaabah (foto), meninggal dunia pada usia 89 tahun di Makkah Jumaat lepas, lapor akhbar harian Arab Saudi berbahasa Inggeris, The Arab News kelmarin. Ahmad menghasilkan pintu Kaabah menggunakan emas tulen seberat 300 kilo gram atas perintah Raja Khaled pada Oktober 1979. Kerja itu dijalankan di sebuah bengkel yang dibina khusus untuk projek berkenaan. Beliau juga memperkemas dan memperindahkan lagi meezab (saluran air di atas Kaabah) dan rangka perak Hajar Aswad. Beliau mempelajari seni berkenaan daripada bapanya, pereka dan pembina asal pintu berkenaan atas perintah Raja Abdul Aziz pada 1942, lapor akhbar itu. Ibrahim dan dua saudaranya, Mahmoud dan Ibrahim Badr, membuat pintu berkenaan dengan emas tulen, mengambil masa setahun menyiapkannya. Tiang dalam dan meezab, diperbuat daripada emas 24-karat seberat 25 kg juga disiapkan dalam tempoh berkenaan. Ayat al-Quran Ya Hayy Ya Qayyum (Wahai yang Maha Hidup, Maha Mendengar) dan perkataan Allah dan Muhammad diukir pada pintu. Hasil kerja mereka termasuk rangka perak Hajar Aswad, lapor akhbar itu. Ahmad dilahirkan di kampung datuk neneknya di permukiman Qashashiya di Makkah pada 1920. Selepas belajar di sekolah al-Falah tempatan, beliau menyertai bapanya di bengkel emas dan perak pada usia 15 tahun. Ahmad bekerja di kedai bapanya Sheikh Ibrahim Badr di Goldsmiths Street sepanjang hidupnya.
[Al-Fatihah buat roh Allahyarham, betapa besarnya pahala dan ganjaran yang akan diterimanya nanti kerna tugasan beliau yang cukup istimewa itu. Bukan semua manusia di atas mukabumi ini yang layak melakukan tugasan seperti itu. Makanya, sebelum kita menghembuskan nafas yang terakhir eloklah kita bermuhasabah diri apakah kita telah melaksanakan tugasan atau kewajipan yang dituntut oleh Allah SWT ke atas semua hambanya di mukabumi ini?. Malah, apa yang lebih penting ialah mereka yang berkuasa dan mempunyai segalanya. Apakah mereka telah melaksanakan segala hukum Allah yang telah terkandung didalam kitabNya sejak dulu, kini dan selamanya?. Semua ini pasti akan menjurus kepada kehidupan kita di alam yang lain kelak. Maka, marilah sama-sama kita mengambil ikhtibar adalah segala kejadian yang dapat dilihat dengan jelas di atas mukabumi ini. Sesungguhnya Allah masih terlalu sayang kepada hambaNya yang ingin melakukan perubahan dalam hidup mereka].






khalid agen UMNO..sudah terdengar ura2 beberapa org adun keadilan akan ikut jejak yb badrul..nampaknya satu malaysia semakin berbisa
BalasPadamterdengar juga dua tiga org adun PAS akan ikut sama,apatah lagi setelah baiah mereka disahkan terpesong dan sebenarnya tidak ada dlm ISLAM..Baiah cuma wujud dizaman jahiliah
nampaknya ahli PAS semakin tertekan..
dan buat skuad jang,TAHNIAH..buat segelintir penyokong kelantan,korang nie sebenarnya geng syaitan yg selalu nik ajis dok sebut..buat onar,arak bendera PAS sepanjang jalan..mcm jakun jeer tengok
mmg jakun dari hutan banat mana entah penyokong kelantan malam tu... bodoh sombong
BalasPadamini kah rakyat yang ditarbiahkan selama 20 puluh tahun olih nick ajis,menjadi setan jalanan,bawa bendera PAS SEBAGAI LOGO BOLA SEPAK KELATAN ,DAH TERUK DAN MAKIN TERUK
BalasPadam