KUANTAN, 16 Nov [3.00 pm] - Setelah tertangguh beberapa hari, akhirnya salah seorang Editor Eksklusif Pahang Daily Online iaitu Blogger Cucumatkilau (foto), telah disoalsiasat oleh pihak polis petang tadi. Siasatan dilakukan berhubung dengan kes Saman Fitnah Saiful Bukhari Azlan sebanyak RM2 juta terhadap blog ini beberapa bulan yang lalu. Cucumatkilau dan isteri selesai memberi keterangan sekitar jam 6.20 petang. Beliau yang tiba bersama isterinya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada jam 4.30 petang telah disoal siasat oleh dua orang anggota polis berpangkat Inspektor dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman. Cucumatkilau, sebelum ini telah disoalsiasat selama lebih 6 jam berhubung dengan kes tersebut pada awal April lalu. Beliau dikatakan antara saksi utama kes berkenaan, susulan daripada 6 artikel berkaitan penyakit misteri Saiful yang disiarkan dalam blog ini satu ketika dulu. Menurut Cucumatkilau ketika ditemui, beliau amat berpuashati dengan perjalanan soalsiasat hari ini. "Saya dan isteri telah disoalsiasat berhubung siapakah pemilik blog Pahang Daily Online. Disamping itu juga pegawai terbabit turut menyiasat siapakah peguam yang akan membela saya seperti yang dimaksudkan dalam siasatan pertama dulu. Manakala isteri saya pula disabitkan dengan blog ini kerana akaun Maybanknya digunakan sebagai akaun bayaran urusan pengiklananyang diuruskan saya. Kedua-dua anggota polis terbabit juga telah membuat sesi siasatan secara berhemah dan tidak ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang proses siasatan tersebut" katanya.Menurut beliau lagi, pihak polis turut menanyakan tentang artikel berkenaan penyakit Saiful dan siapakah yang memberikan maklumat dan pengesahan tentang perkara tersebut. "Saya menerangkan bahawa artikel berkenaan adalah diperolehi melalui email pembaca dan selepas mendapatkan beberapa maklumat termasuk di Kg.Janda Baik sendiri tentang perkara berkenaan, maka barulah artikel itu disiarkan dalam blog Pahang Daily Online" tambah Cucumatkilau. Berdasarkan maklumat, kemungkinan besar beliau akan didakwa di mahkamah sekiranya pihak polis berpuas hati dengan hasil siasatan berkenaan. Ini kerana namanya sering dikaitkan dengan blog panas ini sejak awal-awal dilancarkan dulu. Sebelum ini, Saiful Bukhari dalam laporan polisnya mengatakan bahawa blog ini menfitnah beliau. Beliau telah menfailkan saman terhadap Pahang Daily Online, namun sehingga ke hari ini writ saman tersebut masih belum dihantar kepada sesiapa pun. Dalam pada itu, ketika dihubungi Cucumatkilau menyatakan bahawa beliau bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku atas kes tersebut. Beliau juga akan memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis dan amatlah berharap tidak ada insiden yang tidak diingini berlaku. Sementara itu, minggu lepas kami dimaklumkan kediaman beliau bakal disita oleh mahkamah kerana beberapa kes kewangan yang masih tertangguh. Tidak dapat dipastikan apakah tindakan itu berkaitan dengan kes ini agaknya.
[Walau apapun yang berlaku, pihak kami sudah bersedia dengan segala kemungkinan. Malah, kami amat yakin bahawa blogger terbabit akan didakwa atas kes ini. Apapun kami amatlah berharap sokongan daripada semua pihak untuk memastikan PDO terus unggul dan tidak menghadapi kesulitan atas perkara ini. Maklumat lanjut akan dilaporkan dari masa ke semasa selepas ini. Turut kelihatan hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan petang tadi ialah Saudara Ram Ponnusamy (Timbalan Pengerusi III PKR Pahang), Saudara Razali Alias (Setiusaha Perhubungan PKR Pahang), Saudara Zaidi Ahmad (Pengarah Sekteriat PKR) , Saudara Kamarul Hatta (Timbalan Ketua AMK PKR Pahang).






Anda adalah Dian yang menerangi,membuka pintu yang tertutup rapat agar dapat di lihat oleh masarakat anda kepada keborokkan dan kepincangan yang selama ini tidak terungkapkan
BalasPadam