SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAF ZAHIR BATIN DARIPADA KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE

Panas: Afdlin Shauki Mungkin Kena "Gam", Gara-Gara Gunakan Isu "Listen, Listen" Di Final Maharaja Lawak

Berita panas yang baru kami terima mengatakan Pengarah Filem dan Pelawak popular tanahair Afdlin Shauki kemungkinan besar akan berhadapan dengan tindakan tegas oleh kerajaan, susulan beliau menggunakan isu panas "Listen, Listen, Listen" semasa membuat lawak di pentas final Maharaja Lawak Mega 2012 bersama Harun Salim Bachik dan Nabil Jumaat lalu. Ramai yang terkejut apabila apabila Adflin mengunakan perkataan tersebut ketika berlawak. Malah lebih mengejutkan lagi beliau juga menggunakan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, salah seorang ahli panel pada forum "Seiringkah Mahasiswa dan Siswi dengan Politik" di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok baru-baru ini. Video berkenaan yang telah mempopularkan Sharizah Zohra dan seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di IPTA terbabit iaitu K.S Bawani. Bawani menjadi sebutan ramai apabila klip video yang menunjukkan dia sedang berhujah itu mula tersebar luas di laman-laman web, blog dan juga twitter. Tindakan Sharifah Zohra yang melarang Bawani daripada terus berhujah dengan berkata "listen, listen, listen..." sebanyak 11 kali tanpa henti telah mendapat kritikan ramai. Persoalannya, apakah Afdlin dan Boboi sedar akibat tindaka mereka itu boleh menimbulkan kemarahan kepada pihak kerajaan?. Ini kerana kes "listen,isten,listen" dilihat telah mencemarkan imej kerajaan yang dilihat menekan mahasiswa untuk bersuara. Selama ini cerita berkenaan sengaja disembunyikan, namun selepas tersebar video tersebut ia menyebabkan mahasiswa kini bangkit untuk mempertahankan hak mereka. Afdlin mungkin mendapat sokongan padu penonton terutamanya mereka yang menyokong Pakatan Rakyat dalam adengan ini. Namun, besar kemungkinan ia tidak digemari oleh pihak kerajaan dan sudah pasti satu tindakan drastik akan dilakukan terhadap beliau agaknya. Namun, harus diingat Afdlin dan Harun Salim Bachik adalah antara sebahagian artis yang telah menyertai UMNO dua tahun lalu. Makanya, tindakan mereka ini sengaja cuba untuk memalukan UMNO sebenarnya. Soalnya, apakah wajar mereka dikenakan tindakan, hanya sekadar melakonkan semula aksi panas terbabit sedangkan pelawak lain labi dasyat apabila mengayakan aksi "orang ugama" untuk menghiburkan penonton?. Apapun, sama-sama kita nantikan apakah benar makumat ini atau  sebaliknya!. Tahniah kepada Afdlin kerana berani menampilkan lawak "isu semasa panas" seperti itu. Sesiapa yang tidak sempat menyaksikan adengan tersebut sila tonton video yang dipaparkan ini.


[Apa yang pasti adengan ini amat mengejutkan ramai pihak terutamanya bagi mereka yang sudah melihat dan menonton video "Listen, Listen, Listen" di laman-laman Youtube sekarang ini. Tindakan Afdlin menggunakan isu tersebut sungguh berani sebenarnya. Tambahan pula isu berkenaan masih panas dan hangat diperkatakan mutakhir ini. Namun, andainya beliau diambil tindakan "gam" oleh media arus perdana gara-gara tindakan ini maka eloklah Afdlin bersama rakyat untuk terus berjuang. Hanya dengan rakyat beliau boleh  berkata dan mengeluarkan pandangan dengan lebih bebas dan telus. Jika masih bersama kerajaan, beliau tidak akan ke mana-mana dan pastinya akan terus ditakuk lama. Cuba lihat rakan seperjuangannya iaitu Bob Lokman yang kini semakin selesa dan diterima rakyat sejak menyertai PAS. Sama juga apa yang berlaku kepada Hairie Othman, Dayangku Intan, Abby Abady dan ramai lagi. Afdlin dilihat lebih berjiwa rakyat dari lain-lain artis. Malah, beliau juga sanggup ke Gaza untuk misi kemanusian baru-baru ini. Sedangkan jika artis lain belum tentu mampu berbuat demikian, kerana takut maut menjemput. Syabas untuk Afdlin Shauki atas keberanian beliau untuk membicarakan isu "Listen. Listen, Listen" yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Teruskan perjuangan biarpun berlainan wadah!].

2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

ramai siswa/i "penakut dan lembik" mari praktikal kat opis aku...kerana x mahu tuntut elaun praktikal bila bos kata x duit,sedangkan pekeliling dah ada, jbtn kerajaan kena bayar rm15 sehari. kerja bos la utk cari duit tu, kerajaan dah arah..maknanya kerajaan ada duit le.

Anonymous said...

Sharifah Zohra jelas menunjukan kelantangan bicaranya tanpa peduli kepada nilai dan ciri-ciri keislaman. Beliau agak rakus, ego dan pentingkan diri sendiri tanpa memikir perasaan orang lain sepertimana berlaku terhadap Bawani. Ternyata beliau sekadar berpendidikan tapi tidak intelek, baik dari segi tuturkata mahupun sikapnya dalam berintonasi bergayakan orang sombong bongkak. Kenapa beliau harus maafkan Bawani sedangkan sepatutnya beliau yang harus memohon maaf kepada Bawani. Bullshit! Afdlin tidak berkaitan untuk dihukum 'GAM' dari penyiaran. Apa salahnya isu berkenaan sekadar jadi modal lawak yang bertepatan dengan situasi semasa? Apakah ianya menyakitkan sebahagian moral bagi orang-orang yang tertentu? Hendaknya kita timbangkan dengan akal waras, bukan dengan rangsangan politik! Nak bodek biar bertempat!

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]