script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita: Bina Bangunan Tidak Ikut Spesifikasi, Dua Pelajar Maut Dan Dua Parah Bila Kenderaan Terjatuh Rempuh Dinding KB Mall Kota Bharu !!

KOTA BHARU, 7 Dis [11.43 am] - Dua penuntut sebuah kolej perubatan mati apabila sebuah kenderaan terjatuh di tingkat 3, komplek membeli belah KB Mall dekat sini pagi tadi. Mereka yang mati ditempat kejadian itu dikenali sebagai Siti Noramira Shamsuddin dan Siti Nordiana Azman dari Kolej Perubatan Masterskill. Dalam kejadian mengejutkan itu, kereta berkenaan dikatakan berada di tempat letak kereta tingkat atas bangunan berkenaan. Akibat kerosakkan, kenderaan itu ditolak untuk dihidupkan. Namun begitu pemandu berkenaan dipercayai gagal mengawal kenderaan kerana termasuk "gear" dan menekan minyak dengan laju maka ia terlanggar dinding bangunan itu. Akibatnya, dinding yang dibuat daripada batu-bata itu pecah dan kereta menjunam jatuh ke tingkat empat dan mengenai dua pelajar terbabit. Kereta tersebut difahamkan jatuh betul-betul di atas pelajar yang mati itu, ketika mereka sedang menaiki escalator. Keadaan menjadi kelam kabut dan amat membingungkan pengunjung yang berada disitu. Dalam kejadian itu juga, pemandu dan penumpang kenderaan berkenaan dipercayai cedera parah. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat berkata kejadian tersebut adalah diluar dugaan sama sekali. "Engineer sendiri tidak dapat berfikir macam mana tembuk yangbegitu kuat boleh pecah. hanya Allah yang tahu" katanya. Nik Aziz berkata demikian ketika meninjau lokasi terbabit pagi tadi. Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Abdul Rahim Hanafi pula berkata tembok setinggi 1.8 meter itu dibina tanpa tulang (kerangka besi) didalamnya maka itulah ia tidak kuku dan pecah apabila berlaku rempuhan kuat. "Sudah pasti kalau tembok itu dibina mengikut spesifikasi yang betul, kemungkinan untuk runtuh adalah sukar berlaku" katanya.
[Pihak polis perlu menjalankan siasatan yang rapi dalam kes ini, sama seperti kes titi gantung runtuh di Perak baru-baru ini. Terdapat kemungkinan besar wujudnya amalan rasuah dan penyelewengan terhadap kontraktor yang membina bangunan terbabit. Tanpa mengira politik, baik kontraktor itu orang PAS atau sebaliknya maka tindakan tegas harus diambil Amat tidak masuk akal, tembok simen yang dibina itu boleh pecah hanya dilanggar oleh sebuah kereta. Masalahnya, yang menjadi mangsa adalah orang awam. Pihak pengurusan KB Mall juga perlu mengambil perhatian serius atas kejadian serupa ini agar ia tidak berulang lagi].
Share:

4 ulasan:

  1. elok PDO buat laporan khas mengapa keputusan UPSR di temerloh menjunam tahun ini.Tahun lepas Temerloh mendapat tempat ke 3 tapi tahun ni jatuh ke tangga ke 4 di belakang Maran,Jerantut dan Kuantan.

    Menurut sumber-sumber yang dipetik daripada guru dan ibu bapa yang prihatin,sekolah yang gah dengan kategori sekolah bistari seperti SK Sri Tualang hanya 19 orang muridnya dapat 5A padahal tahun lepas 34 mendapat 5A.
    Bukan sahaja sekolah di bandar tapi sekolah di pedalan juga mengalami kemerosotan.
    Kejayaan Jerantut yang mendapat tempat ke dua tahun ni mengejutkan ramai pihak. Tahun lepas Jerantut endapat tempat ke 7.ada ibu bapa yang prihatin mencadangkan PPD Temerloh dirombak supaya prestasi akademik lebih cemerlang.

    BalasPadam
  2. Kemerosotan dalam UPSR perlu ditangani segera sebelum menjadi lebih gawat.
    Isu pendidikan merupakan isu pokok dan jadi perhatian ibu bapa.

    BalasPadam
  3. Tok iskandar.. macam nak mencari kesalahan pada PPD je.. siap cadang nak rombak.. kalau sme benda silap sket nak rombak.. mati le.. biasa la turun naik prestasi.. PPD semestinya dah berusaha menjadikan yg terbaik.. tapi bila x tercapai..jangan la marah.. kita bantu la sama2 untuk kejayaan anak bangsa kita..

    BalasPadam
  4. sebaiknya tuan yg empunyakete jgnberfikir secara rasional apakah perlu diberikan kete y

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tengku Ampuan Pahang Mencuri Perhatian Bila Duduk Bersama Graduan Lain Sebagai Seorang Pelajar Pada Majlis Konvokesyen UIAM Ke-42

GOMBAK:  “Saya masuk ke dewan ini sebagai Tengku Ampuan Pahang. Saya duduk bersama saudara dan saudari sebagai seorang pelajar. Saya melangk...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.