script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: Anwar Kecewa Hakim Tetap Tarikh Perbicaraan Tanpa Menunggu Rayuan Dapatkan Bahan Bukti Daripada Mahkamah Persekutuan !!

KUALA LUMPUR, 2 Dis [6.15 am] - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan rasa kesal dengan tindakan hakim menetapkan tarikh perbicaraan walaupun permohonannya mendapatkan bahan bukti untuk menyiapkan pembelaan beliau masih belum diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. “Hakim telah menetapkan perbicaraan dengan membelakangkan sama sekali rayuan kami bersabit perkara ini,” Anwar memberitahu pemberita. “Beliau seharusnya menghormati keputusan yang dibuat sendiri untuk memberikan kami dokumen berkenaan dan memberi masa kepada Mahkamah Persekutuan memutuskan perkara ini,” tambah Anwar. Mohd Zabidin sebelum ini meluluskan permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen tertentu daripada pendakwaraya selaras dengan peruntukan undang-undang. Bagaimanapun keputusan itu ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan kini dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan. Terdahulu, Mahkamah tinggi pagi tadi menolak permohonan Anwar untuk menggugurkan pendakwaan liwat yang dihadapi beliau. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan perbicarana Anwar Ibrahim akan bermula pada 25 Januari hingga 25 Februari tahun depan. Mohd Zabidin ketika membuat keputusan berkata hanya melalui perbicaraan penuh maka liwat benar-benar berlaku atau tidak seperti mana yang dituduh oleh pendakwaraya. Jika Anwar didapati bersalah beliau menghadapi penjara 20 tahun. Anwar berkata, keputusan tersebut menjadikan kes berkenaan sebagai kes pertama dalam sejarah kehakiman yang menyaksikan mahkamah menyebelahi pendakwaan seks dan mengenepikan bukti-bukti perubatan. “Ini adalah kes yang pertama dalam sejarah di mana mahkamah menyebelahi pendakwaan seks dan mengenepikan bukti-bukti perubatan yang menunjukan tiada kesan liwat," katanya. Sumber TVS

[Satu keputusan hakim yang cukup luar biasa dan paling bersejerah pernah didengar seantero dunia. Maknanya, selepas ini jika berlaku kejadian seorang wanita mengaku dirogol oleh seseorang individu, maka pihak polis akan terus menangkap dan menahan individu terbabit tanpa merujuk kepada laporan perubatan hospital apakah beliau benar-benar dirogol. Kemudian, bila laporan dikeluarkan oleh pakar mengatakan wanita itu tidak dirogol oleh sesiapa pun kerana bukti perubatan jelas tiada kesan kemasukan pada anunya, tetapi pihak polis tetap menerima laporan yang dibuat oleh wanita itu bahawa dia dirogol oleh suspek terbabit. Maka, suspek akan ditangkap dan dipaksa mengaku, satu perbuatan yang belum tentu dia lakukan. Sebagai bukti untuk pendakwa, DNA akan digunakan terhadap kes ini. Dalam soal ini, apakah wajar suspek dituduh sedangkan wanita itu masih suci?. Apakah logik DNA digunakan, sedangkan tiada bukti dia dirogol. Kenapa suspek ditangkap dan mahu didakwa atas kesalahan tersebut? Bukankan ini menyebabkan suspek yang menjadi mangsa dan bukan wanita terbabit sebenarnya. Kerana cakap mulut dia dirogol, apakah polis yang cukup profesional boleh menerimanya?. Sudah tentu ada udang disebalik mee kes berkenaan, atau suspek orang politik seteru kepada pihak tertentu. Inilah yang berlaku kepada Anwar sebenarnya. Keputusan mahkamah semalam, jelas sekali petanda jelas bahawa Anwar akan ke dalam sekali lagi. Sama-samalah kita lihat "Sandiwara Liwat II" ini berakhir nanti].
Share:

8 ulasan:

  1. Tuan,
    Saya amat setuju dengan pendapat tuan. Para conspirator berjaya menggunakan mahkamah untuk membinasa karier politik DSAI. Kita penyokong PR mesti cari jalan untuk membatalkan rancagan jahat pihak Umno. Jadi saya harap tuan akan mencari jalan yang paling baik untuk kita membantu DSAI dari di sumbat kedalam penjara--boleh kah DSAI ikut cara Raja Petra, supaya sembunyi di luar negara, sehingga PR membentuk kerajaan selepas PRU13.

    Hidup PR dan DSAI

    BalasPadam
  2. apapasal nak kecewa,hadapi pi saja,kalau,kamu tak lakukan,tentu ia akan kecewa apabila kita cuba lari dari tuduhan itu,konspirasi ke atau difitnah,tu soal kedua,kalau tak salah apa nak takut,masakan pokok bergoyang kalau tiada angin meniup,takkan orang tuduh sembrono kalau kita tak pernah terlibat,banyak tuduhan lain yang nak dikait,ni tuduhan meliwat,,entallah..kaki botol tetap kaki botol,kaki judi tetap kaki judi,tentu mereka terlibat,kalau tidak mengapa dikaitkan

    BalasPadam
  3. Sepatutnya DS Anuar tak perlu tangguh2 perbicaraan dan elak dari bersumpah keadaan ini beri ruang kpd musuh politik utk timbulkan keraguan dikalangan penyokong kita dah dah terbukti ada kesannya pada sokongan.

    BalasPadam
  4. dlm blog sepol bukhari..tak habis2 dia sebut pkataan "bjuang utk tegakkan keadilan..apa motifnya ..kenapa skrg baru nak bjuang kenapa tak dari dulu masa ko tuduh anwar meliwat dulu..kenapa masa tu tak bjuang ptahankan diri dari di liwat ..kot2 masa tu dia tgh berangan sedap kot..

    BalasPadam
  5. kalau tak buat apa nak takut.. Allah tetap ada...tapi naper buat berbagai2 alasan mcm org takut aje... lagipun elok la bagi tarikh sebab dah lama sgt dah dok bagi alasan...kelentong byk sgt... so harap akan diadili sebelum dijemput olehNYA.

    BalasPadam
  6. PDO dan anuar al-juburi
    klu anda tidak bersalah tidak perlulah untuk takut akan tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah....
    anda seolah-olah takut pada bayang-bayang anda sendiri....

    BalasPadam
  7. ramai jugak yang tak guna akai.. main percaya je tuduhan yang entah betul entah tidak, melainkan fitnah semata.. takat suruh sumpah2 takyah la.. buang karan je.. dah doktor dari pusrawi & HKL sahkan takde tusukan, nak kata apa lagi? takkan tusuk dengan timun kot? apa punya turr daa korang nih... - Neo

    BalasPadam
  8. betul ke dr tu? entah2 dpt suap juga... anuar org kaya katakan... jadi tak yah bising2...masuk aja perbicaraan tu... tak yah dok cari alasan lagi... kalau tak buat buat pa dok takut...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tengku Ampuan Pahang Mencuri Perhatian Bila Duduk Bersama Graduan Lain Sebagai Seorang Pelajar Pada Majlis Konvokesyen UIAM Ke-42

GOMBAK:  “Saya masuk ke dewan ini sebagai Tengku Ampuan Pahang. Saya duduk bersama saudara dan saudari sebagai seorang pelajar. Saya melangk...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.