KUANTAN - Majlis Pertauliahan Projek Keluli Bersepadu berpengeluaran 3.5 juta tan setahun milik Alliance Steel (M) Sdn Bhd (ASSB) di Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), Gebeng dekat sini petang ini.
ASSB merupakan pelabur pertama yang menyertai MCKIP dengan pelaburan lebih RM5 billion, di atas tapak berkeluasan 710 ekar.
Projek yang bermula pada awal tahun 2018 ini telah memberi banyak kesan kepada pertumbuhan ekonomi khususnya di Pahang ini antaranya menerusi penyediaan peluang kerja dan perniagaan.
Setakat ini, ASSB telah menyediakan lebih 3,600 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan anak Pahang.
Sebanyak 16.15 peratus daripada nilai pelaburannya telah dilaburkan dalam penggunaan teknologi hijau yang tentunya bersifat mesra-alam.
Antara yang turut hadir pada majlis ini ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming, dan Presiden Guangxi Beibu Gulf International Port Group Compony Ltd, Encik Zhou Xiaoxi. #PDO
# Sumber












Tiada ulasan:
Catat Ulasan