script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Lelaki Jerut, Gantung Kucing Sampai Mati Di Penjara 15 Bulan !


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang videonya tular kerana menjerut dan menggantung leher seekor kucing sehingga mati, akhirnya menerima padah apabila dihukum penjara 15 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Rohatul Akmar Abdullah menjatuhkan hukuman itu ke atas Al Azri Norhisham, 28, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.

Tertuduh yang bekerja di sebuah gerai makan didakwa secara tidak munasabah telah menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya kepada seekor kucing jantan di tangga blok A3 Jalan 4/27A Seksyen 2 Wangsa Maju, Setapak, di sini pada kira-kira 1.30 tengah hari,10 Jun lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM100,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif memohon hukuman berat mengambil kira tindakan tertuduh sangat kejam dan melampaui batas.

“Perbuatan yang dilakukan tertuduh adalah satu jenayah kerana melakukan kezaliman dan menganiayai haiwan yang tidak berdaya. Alasan tertuduh menyatakan dia dicakar dan digigit adalah tidak munasabah.

“Jika dibandingkan tertuduh merupakan seorang manusia yang dikurniakan akal fikiran yang waras, sepatutnya tertuduh tidak melakukan perbuatan tersebut terhadap haiwan itu,” katanya

Bagaimanapun, Al Azri yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia merupakan seorang anak yatim piatu.

“Saya tangkap dan gantung kucing itu sebab dia (kucing) gigit dan cakar tangan saya hingga berlubang. Saya anak yatim piatu dan kerja di gerai makan,” katanya dengan bersahaja di kandang tertuduh.

Berdasarkan fakta kes, kucing jantan bernama ‘Jebon’ milik seorang individu ditemukan mati terjerut di hadapan rumah seorang jiran.

Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah jiran pengadu, mendapati tertuduh menjerut leher kucing itu menggunakan tali rafia sebelum menggantungnya di tangga hadapan rumah jiran hingga mati dan kemudiannya beredar. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.