Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perkara itu tidak mustahil berlaku kerana hanya fahaman asing yang mengajar berhubung budaya politik kotor.
“Ini yang kita bimbang (campur tangan asing dalam urusan politik negara) dan kita minta supaya pihak berkuasa menyiasat perkara ini.
“Kita tidak mahu wujudnya campur tangan asing dalam urusan politik negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Ke-59 di Pusat Konvensyen Bukit Gambang Resort City (BGRC) di sini hari ini.
Selasa lalu, tular dalam laman sosial rakaman video intim membabitkan dua lelaki yang seorang daripadanya didakwa menteri Kabinet.
Awal pagi Rabu, lelaki yang dikaitkan dengan video tersebut tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia terlibat dalam aksi itu.
Mengulas lanjut berhubung video intim berkenaan, Abdul Hadi berkata, perkara itu perlu diserahkan kepada polis dan pihak berkuasa agama untuk melakukan siasatan lanjut.
“Masih terlalu awal untuk kita jatuhkan hukuman, kita perlu serah kepada penyiasat untuk menyiasat,” katanya. #sumber








Tiada ulasan:
Catat Ulasan