script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Video Lucah: Apakah Haziq Akan Di Gantung Keahlian PKR ?


SHAH ALAM - Keputusan status keahlian Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz susulan tuduhan insiden video seks sejenis bersama seorang menteri kanan akan ditentukan kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Amirudin Shari berkata, ini kerana kuasa tersebut terletak pada biro politik dan lembaga displin parti. 

"Itu keputusan biro politik dan lembaga displin parti namun bagi saya, parti perlu membuat keputusan.

"Ada proses perlu dilakukan dan kita kena hormati dan menjaga keadilan pada semua," katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian pusat beli-belah Central i-City di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas sekiranya terdapat cadangan penggantungan keahlian kepada Haziq dalam PKR. 

Amirudin yang merupakan Menteri Besar Selangor memberitahu mesyuarat ahli MPP akan diadakan pada bulan depan namun menyatakan tidak mengetahui sama ada usul berkaitan penggantungan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. 

"Sekiranya parti ada merasakan perlu memanggil atau membuat keputusan dengan segera (berkaitan Haziq) tetapi proses perlu dilalui," jelasnya. 

Haziq sebelum ini telah digantung tugasnya sebagai Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada Timbalan Menteri Industri Utama,  Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin susulan penyebaran dan pengakuan video seks sejenis dengan menteri kanan persekutuan. 

Lelaki berusia 27 tahun itu kemudiannya ditahan kira-kira pukul 5.30 petang semalam ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Manila, Filipina. 

Dalam pada itu, ketika ditanya gesaan supaya Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bercuti sementara daripada tugas rasminya, Amirudin sebagai 
Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor menegaskan tiada keperluan mengenainya. 

"Saya senada dan mempunyai pemikiran sama dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Mohamed Azmin perlu meneruskan kerja seperti biasa. 

"Cadangan itu hanya ingin menganggu perjalanan pentadbiran Malaysia baharu," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.