SELAMAT DATANG KE PORTAL RAKYAT PAHANG DAILY ONLINE

Isu Air Jengka 7: ADUN, NGO Dan Wakil Penduduk Jumpa PAIP


KUANTAN - Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli telah mengadakan pertemuan empat mata dengan pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) di sini hari ini.

Pertemuan yang berjalan secara aman itu adalah berkaitan dengan kontroversi isu air yang melanda Felda Jengka 7 dan Jengka 6 baru-baru ini. Sebelum ini, Shukri turut mendakwa ada unsur sabotaj dalam kes gangguan air pada setiap kali musim perayaan hari raya pada kedua-dua kawasan terbabit.


"Saya mendapat pencerahan dan maklumat lebih terperinci tentang isu air ini. Pertemuan selanjutnya akan diadakan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu yang telah sekian lama melanda para penduduk di sini", katanya.


Semalam, satu pertemuan juga telah diadakan di Pejabat ADUN Chenor berkaitan perkara ini. YB Ustaz Mujibur Rahman dan jawatankuasa MPKK Jengka 7 telah diberikan taklimat ringkas tentang isu ini oleh PAIP Maran.


Semoga isu air yang melanda kawasan ini setiap kali musim perayaan tidak akan berlaku lagi hendaknya. Penduduk sudah tidak tahan dengan senario yang berlaku. Malahan, ramai yang menganggap insiden ini tidak adil kerana kawasan lain yang mendapatkan air dari loji yang sama tidak bermasalah (Jengka 3, Jengka 4 dan Jengka 5). #PDO

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]