script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tangkis Propaganda, Muslimat PAS Perlu Kuasai Media Sosial !


KUANTAN - Muslimat PAS perlu menguasai media sosial agar dapat berperanan menangkis sebarang serangan propaganda negatif terhadap parti, kata Ketua Muslimat PAS Pusat Nuridah Mohd Salleh.

Beliau berkata ini kerana dapatan daripada post morterm PIlihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mendapati serangan media sosial merupakan faktor penyumbang tertinggi iaitu 75 peratus terhadap kekalahan PAS pada PRU14.

Beliau percaya walaupun muslimat PAS tidak ketinggalan dalam perkembangan media sosial namun masih terdapat perkara yang mereka terlepas pandang dalam perkara tersebut.

"Kita mungkin terlepas pandang peranan yang sepatutnya dimainkan muslimat menerusi media sosial hingga tidak merebut peluang dalam lapangan ini dan tidak diberikan peranan serius.

“Tiada usaha bersepadu dan berfokus, bersikap reaktif tanpa sebarang perancangan dan pendedahan dalam kemahiran menguasai media sosial khususnya dalam membuat jaringan kerjasama dengan entiti lain seperti Penerangan PAS Pusat dan Dewan Pemuda," katanya.

Nuridah berkata demikian semasa berucap pada Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS ke-59 yang dirasmikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini, hari ini.

Nuridah berkata muslimat PAS juga perlu menguasai media massa yang menjadi medium utama masyarakat memperoleh maklumat dan parti itu kini sering menghadapi pelbagai bentuk serangan propaganda.

"PAS dijaja dengan gambaran buruk sebagai parti ekstrem dan sempit. Serangan propaganda dan dakyah yang menimpa PAS sekiranya tidak ditangkis dan ditangani dengan bijak mampu mempengaruhi kaum wanita sebagai pengundi majoriti dalam pilihan raya umum," katanya.

Mengulas usaha penyatuan PAS-UMNO, Nuridah berkata agenda besar itu perlu dirancang dengan penuh teliti supaya agenda Al-Quran dan Sunnah dapat dikongsi bersama, selain Dewan Muslimat PAS lebih aktif dalam memainkan peranan untuk menyakinkan Wanita UMNO. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.