script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kukuh Kerjasama PAS-UMNO, Rangka Strategi Hadapi PRU-15


KUANTAN - Kerjasama antara PAS dan UMNO akan diperkukuhkan secara berperingkat dan dari semasa ke semasa termasuk dalam merangka strategi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, biarpun masih jauh bagi menghadapi PRU-15, namun kerjasama antara dua parti itu perlu dipertingkatkan dan kesannya dapat dilihat dalam beberapa kemenangan pada pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan sebelum ini.

“Ini (strategi hadapi PRU-15) antara kandungan dalam Piagam UMNO-Pas yang mana perkembangannya sedang dirunding secara terus menerus antara kedua-dua parti.

“Sudah tentu perbincangan akan melibatkan pelbagai aspek seperti kawasan bertanding, calon dan perundingan untuk mengambil alih kuasa pentadbiran,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Ke-59 di Pusat Konvensyen Bukit Gambang Resort City (BGRC) di sini hari ini.

Berhubung piagam itu, Abdul Hadi berkata, terserah kepada jawatankuasa teknikal kedua-dua parti untuk mengisytiharkannya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.