script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Azmin: Lembaga Displin PKR Perlu Siasat Dalang Sebar Video !


KUALA LUMPUR - Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu menyiasat dalang di sebalik penyebaran video seks yang dikaitkan dengan anggota parti itu baru-baru ini.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, jika parti mahu terus kekal relevan dan diterima rakyat, kepimpinan PKR perlu berani melakukan sesuatu berhubung perkara itu.

“Saya telah melakukan peranan saya* saya telah membuat laporan polis...biar pihak berkuasa menjalankan siasatan secara bebas tanpa sebarang campur tangan atau kenyataan politik daripada mana-mana pihak kerana saya mahu mempastikan proses ini berjalan secara profesional dan telus,” katanya.

Mohamed Azmin, yang dikaitkan dengan rakaman video berkenaan, berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri kawasan Gombak Setia di sini hari ini.

Ketika ditanya tindakan beberapa pemimpin PKR yang dilihat memberi sokongan terhadap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz yang turut dikaitkan dengan video itu, Mohamed Azmin berkata, pimpinan PKR perlu melihat perkara berkenaan.

“Saya serahkan kepada anda untuk membuat keputusan dan mentafsirkan tetapi sudah pasti ini adalah sesuatu yang membimbangkan dan kepimpinan mesti mengambil keputusan yang berani untuk menyiasat,” kata Timbalan Presiden PKR itu.

Mohamed Azmin berkata, beliau turut dimaklumkan bahawa penyebaran video seks itu tidak berlaku menerusi platform media sosial seperti Facebook dan Instagram bagi mengelak identiti pelaku dan alamat protokol internet dikesan.

Beliau menambah, sebaliknya ia disebar menerusi kumpulan WhatsApp yang mempunyai nombor-nombor ketua cabang dan juga pemimpin peringkat bawahan PKR.

Mohamed Azmin berkata, beliau sendiri tidak mempunyai nombor telefon mereka yang berada di dalam kumpulan WhatsApp berkenaan.

Mengulas pemerhatian sesetengah pihak bahawa video itu disebarkan tidak lama selepas Latheefa Koya dilantik mengetuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Anggota Parlimen Gombak itu berkata itu hanyalah persepsi. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.