script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Covid-19: 317 Kes Positif Kanak-Kanak 12 Tahun Ke Bawah !


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mencatatkan 317 kes positif COVID-19 membabitkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Justeru, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham, menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya memainkan peranan melindungi golongan berisiko terbabit daripada dijangkiti virus berkenaan.

"Daripada jumlah itu, 112 kes membabitkan kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah atau 35 peratus dan 22 kes lagi dalam kalangan bayi berusia kurang satu tahun.

"Setakat ini, tiada kes kematian positif COVID-19 dicatatkan dalam kalangan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah," katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Selangor mencatatkan bilangan kes positif tertinggi iaitu sebanyak 77 kes, diikuti Negeri Sembilan (48), Johor (46), Kuala Lumpur dan Putrajaya (28) serta Sabah (26).

Mengulas lanjut, beliau berkata, ibu bapa dan penjaga perlu memberi didikan kepada kanak-kanak supaya mereka dapat mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi termasuk memakai pelitup muka dan amalan membasuh tangan dengan sabun.

"KKM menasihatkan ibu bapa, penjaga dan ahli keluarga menjalankan tanggungjawab melindungi mereka setiap masa supaya tidak terdedah kepada virus ini.

"Masyarakat umum juga disarankan untuk sama-sama membantu melindungi kanak-kanak dan bayi dengan mengelak daripada berada dalam jarak kurang satu meter daripada mereka," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.