script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

LHDN Dakwa Rayuan BPN Di Saring Oleh 11 Buah Agensi !


CYBERJAYA - Pemohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang sebelum ini permohonan mereka ditolak terutama individu yang mempunyai syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kini boleh mengemukakan rayuan di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau secara dalam talian.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, Datuk Sabin Samitah berkata, mereka boleh ke cawangan LHDN dan mengisi borang rayuan yang diberikan di samping menyertakan sekali dokumen sokongan sebagai bukti kedudukan kewangan.

“Setiap proses permohonan atau rayuan akan melalui proses saringan yang ditetapkan dalam pangkalan data sistem LHDN khas untuk tujuan BPN," katanya dalam temu bual bersama media di sini semalam.

Beliau berkata, LHDN akan melakukan semakan silang dengan pangkalan data terkini daripada 11 agensi berkaitan termasuk SSM, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Katanya, semakan itu bertujuan mengelakkan sebarang penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sabin berkata, bagi isu pemohon yang berdaftar dengan SSM, LHDN menasihatkan mereka supaya memfailkan borang nyata cukai pendapatan masing-masing untuk mengelak isu ini berulang.

Tempoh rayuan BPN dilanjutkan sehingga 31 Mei ini dan bagi permohonan yang tidak luluskan, pemohon boleh menghantar e-mel berserta dokumen berkenaan kepada rayuanbpn@hasil.gov.my atau hadir ke mana-mana kaunter LHDN di seluruh negara. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.