script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Perlaksanaan PKPB, Peniaga Di Pahang Akur Dan Patuhi SOP


KUANTAN- Kerajaan Negeri Pahang memberi kelonggaran dengan membenarkan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan semalam.

Tinjauandi sekitar bandar Kuantan mendapati masih ada beberapa kawasan yang belum membuka operasi perniagaan mereka hanya premis seperti pasar raya, klinik, farmasi dan restoran yang dilihat beroperasi setakat ini.

Pengurus sebuah pasar raya yang mahu dikenali sebagai Siew,45, berkata,walaupun kelonggaran sudah diberikan oleh Kerajaan Negeri Pahang namun ia bukan alasan untuk tidak mematuhi SOP yang ditetapkan

Menurutnya, segala pematuhan seperti penjarakkan, suhu badan, pemakaian topeng muka, penyediaan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) serta menghadkan kemasukan pelanggan ke dalam pasar raya.

"Semua SOP ini kita patuhi dan akur, selain itu pihak kita turut merekodkan data pengunjung bersama nombor telefon mereka bagi memudahkan urusan dibuat jika berlakunya kes seperti jangkitan koronavirus (Covid-19).

"Jadi, pihak kita boleh mengesan dengan segera dengan menghubungi mereka (pelanggan) bagi saringan dapat dilakukan segera," katanya.

Beliau berkata, setakat ini berpuas hati kerana pelanggan mematuhi SOP ditetapkan dan mereka dilihat lebih mementingkan keselamatan diri.

Jelasnya, pemantauan keadaan semasa akan terus dilakukan dari segi kebersihan bagi memastikan tiada jangkitan Covid-19 bukan sahaja dalam kalangan pekerja tetapi juga pelanggan.

Peniaga kasut Ah Lee Yong, 56, pula berkata, persiapan sedang dilakukan sebelum memulakan operasi perniagaan.

Katanya, pematuhan SOP PKPB perlu dipatuhi, jika tidak peniaga akan berdepan dengan tindakan termasuk penutupan premis.

"Saya pekerja perlu buat saringan kesihatan terlebih dahulu untuk pastikan mereka benar-benar boleh bekerja, justeru saya amat penting keselamatan dari aspek kesihatan.

"Saya sudah membeli alat pemeriksaan suhu badan untuk pekerja dan pelanggan," katanya yang sibuk membuat persediaan bagi memulakan operasi perniagaan.

Sementara itu, penjawat awam, Mohd Fitri Razak, 41, berkata, kelonggaran yang diberikan kerajaan dimanfaatkan untuk membeli barang keperluan termasuk kelengkapan raya.

Menurutnya, namun penjarakkan sosial dilakukan bagi memastikan tiada jangkitan Covid-19 sepanjang berada di luar.

"Lega bila kerajaan Pahang umumkan PKPB," katanya.

Bagi pekerja swasta, Rahimah Hassan,33, pula berkata, kelonggaran yang diberikan bukan tiket untuk berseronok kerana rantaian Covid-19 masih belum diputuskan.

"Tahun ini saya beraya ala kadar sahaja, apa yang penting dapat keluar membeli barang keperluan itu sudah memadai," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.