script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kerajaan Akur Ada Golongan Yang Layak Tercicir Terima BPN


PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan menerima pandangan terdapat kemungkinan bahawa golongan yang benar-benar layak, tercicir daripada menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, berkata terdapat beberapa isu yang berbangkit seperti ada pemohon yang gagal layak disebabkan pelbagai faktor berdasarkan kepada proses semak silang antara 10 agensi terbabit.

Sebagai contoh, beliau berkata ada yang kehilangan pekerjaan tahun ini disebabkan COVID-19 dan status terkini tidak dirakam di dalam pangkalan data.

"Ada data pasangan yang belum dikemaskini. Ada juga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pengarah syarikat tetapi syarikat berstatus tidak aktif, tiada pendapatan dan sebagainya.

"Sehubungan itu, kementerian membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh rayuan BPN sehingga 31 Mei.

"Kami tidak janji semua rayuan boleh diluluskan, tetapi mana-mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, dengan bukti dokumen yang berkaitan, boleh diluluskan," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi perkongsian laporan kelima pencapaian pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang disiarkan secara langsung di akaun Facebook rasminya, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, sebelum ini sebanyak 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan BPN diluluskan selepas melalui proses semak silang oleh 10 agensi kerajaan.

Secara keseluruhannya, beliau berkata sehingga 10 Mei lalu, seramai 10.6 juta rakyat Malaysia menerima BPN.

"Dengan peruntukan sebanyak RM11 bilion, iaitu tambahan RM1 billion daripada peruntukan asal RM10 bilion, komitmen kerajaan untuk membantu rakyat memang tidak berbelah bahagi," katanya.

Beliau berkata, antara 4 hingga 10 Mei lalu, bayaran Fasa Kedua sudah bermula membabitkan 5.79 juta penerima dengan jumlah RM2.63 bilion.

"Bayaran Fasa Kedua akan diteruskan pada minggu ini. Bagi mereka yang tiada akaun bank atau berstatus Gagal Kredit, penerimaan bayaran secara tunai akan boleh dibuat daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 14 Mei.

"Ini dianggarkan akan membabitkan 800,000 penerima dengan peruntukan RM300 juta," katanya.

Tengku Zafrul berkata, daripada 8.3 juta penerima yang telah diluluskan, pencapaian pembayaran Fasa Pertama adalah pada kadar 96 peratus manakala Fasa Kedua yang sedang berjalan ini di tahap 49 peratus.

"Saya mengingatkan pegawai kementerian agar memastikan pembayaran disampaikan dengan secepat mungkin dan bayaran dijangka disempurnakan menjelang hujung minggu ini," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.