script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Polis Tidak Galak Rentas Daerah Di Pahang Sambut Aidilfitri


KUANTAN: Orang ramai di negeri ini tidak digalak melakukan pergerakan rentas daerah ketika sambutan Aidilfitri yang masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata ia berikutan kesukaran untuk memantau orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPB yang ditetapkan pihak kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, aktiviti ziarah Aidilfitri di rumah jiran dalam kawasan penempatan atau taman perumahan sama dibenarkan dengan mengawal kunjungan tetamu supaya tidak terlalu ramai.

"Aktiviti ziarah Aidilfitri antara daerah dengan daerah tidak digalakkan kerana ia membabitkan jarak jauh. Ziarah yang terbaik adalah dalam satu taman kerana kita pasti mengetahui status jangkitan COVID-19 di kawasan taman terbabit.

"Kita bimbang ziarah rentas daerah boleh mengundang penularan jangkitan wabak COVID-19 kerana kita tidak tahu tahap atau status kesihatan individu yang datang berkunjung rumah.

"Kali ini masyarakat perlu menerima hakikat bahawa sambutan Aidilfitri tidak semeriah sebelum ini kerana kita sedang berdepan dengan wabak yang belum selesai," katanya.

Beliau berkata demikian ditemui pemberita selepas melakukan Pemantauan Pematuhan SOP PKPB membabitkan beberapa premis perniagaan dan pusat beli-belah di sekitar bandar Kuantan, semalam.

Mengenai pemantauan pematuhan SOP PKPB di premis perniagaan, Mohd Noor berkata, pihak pengurusan pusat beli-belah dan premis perniagaan mematuhi garis panduan yang ditetapkan Kerajaan Pahang. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.