script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PKPB: 500 Kenderaan Cuba Rentas Negeri Di Arah Patah Balik


PUTRAJAYA: Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata sebanyak 508 kenderaan cuba merentas negeri dengan alasan untuk balik kampung ditahan di sekatan jalan raya.

Beliau berkata polis mengambil tindakan tidak membenarkan mereka merentas negeri dan meminta patah balik.

“Mesyuarat hari ini memutuskan tindakan kompaun boleh dimulakan polis.

“Tak perlulah sampai kompaun. Duit kompaun boleh diguna untuk benda lain. Jadi yang penting elak dari kompaun dan sebagainya, patuh setiap arahan dikeluarkan kerajaan,” katanya pada sidang media hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan dilanjutkan selama 4 minggu lagi sehingga 9 Jun ini.

Kawalan itu sepatutnya tamat pada 12 Mei lalu.

Maklum akan pertindihan tempoh kawalan dengan sambutan perayaan, kerajaan berkata sekatan ke atas perjalanan antara negeri masih berkuat kuasa, namun ziarah dibenarkan dalam negeri dengan had 20 orang pada setiap masa.

Ismail berkata polis juga mengenakan 146 sekatan jalan raya di sempadan negeri seluruh negara dan memeriksa 238,500 kenderaan.

“Maknanya bila kata jangan balik kampung, tolong jangan balik kampung, tapi masih lagi berlaku.

“Sekali lagi saya ingatkan sekatan jalan raya telah bermula dan tindakan diambil, sejak semalam masih lagi polis guna budi bicara dan nasihat mereka,” katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.