script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Hafarizam Hantar Representasi Kedua Timbang Pertuduhan



KUALA LUMPUR - Penasihat undang-undang UMNO Datuk Mohd Hafarizam Harun sekali lagi menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) agar menimbang semula pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta terhadapnya.

Perkara itu dimaklumkan  peguam Datuk Hasnal Rezua Merican yang mewakili Mohd Hafarizam semasa sebutan kes tersebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali hari ini.

"Sebelum ini pihak kami telah menghantar representasi tetapi ditolak oleh AGC dan kami telah menghantar representasi baharu pada minggu lepas atas alasan yang berbeza," katanya kepada pemberita.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul mengesahkan perkara tersebut.

Pada 15 Julai 2019, Mahkamah Sesyen dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa AGC telah menolak representasi yang dikemukakan Mohd Hafarizam bagi mengkaji pertuduhan terhadapnya.

Hakim Mohd Nazlan  menetapkan 3 sehingga 19 Ogos untuk perbicaraan kes itu selepas membenarkan permohonan peguam untuk menangguhkan perbicaraan berikutan dokumen-dokumen perbicaraan yang baru sahaja diterima daripada pihak pendakwaan melalui permohonan yang difailkan sebelum ini.

"Bicara bermula pada 3 hingga 6 Ogos, 10 sehingga 13 Ogos dan 17 sehingga 19 Ogos kecuali pada hari Jumaat," katanya.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan 12 hari bermula 8 Jun selama tiga minggu berturut-turut kecuali Jumaat untuk perbicaraan kes peguam itu.

Pada 21 Feb tahun lepas, Mohd Hafarizam, 48, mengaku tidak bersalah  atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA)  2001.

Dia didakwa mendeposit dua  keping cek daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bernilai RM11.5 juta ke dalam akaun bank milik firma guamannya, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak,  antara 16 April dan 4 Nov 2014.

Bagi pertuduhan kedua, peguam itu didakwa  mendeposit cek bernilai RM3.5 juta daripada Najib ke dalam akaun sama pada 12 Feb 2015.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di cawangan CIMB, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini mengikut Seksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001. #sumber


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.