script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Pahang: Pelajar Hilang Ketika Mandi Manda Di Pantai Balok Semalam Dijumpai Tengahari Tadi

KUANTAN 15 Feb [6.01] - Mayat pelajar yang hilang ketika mandi bersama 11 rakannya di Pantai Balok di sini, semalam ditemui tersangkut di celahan batu, hari ini. Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd. Jasmani Yusof (foto) berkata, mayat Mohd. Azhar Fhaiz Mohd. Azlan, 17, dari Bandar Seri Permaisuri, Kuala Lumpur ditemui pada pukul 12.45 tengah hari oleh sekumpulan penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kira-kira 100 meter dari tempat dia dilapor hilang. Beliau berkata, mayat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tasik, Cheras itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat. Dalam kejadian pada kira-kira pukul 3.30 petang semalam, Mohd. Azhar Fhaiz bersama rakan-rakannya mandi di pantai itu ketika bercuti sempena Tahun Baru Cina. Lima daripada mereka dihanyutkan ombak dan empat daripadanya diselamatkan oleh orang ramai.

[Tahniah kita ucapakan kepada pihak Tentera Laut Diraja Malaysia yang akhirnya berjaya menemui pelajar terbabit. Semoga apa yang berlaku ini akan menjadi pengajaran kepada semua pihak agar lebih berhati-hati, bukan sahaja di jalanraya pada musim cuti perayaan begini. Malah juga perlu berhati-hati ketika berada di tempat-tempat pelancongan terutamannya pantai. Ini kerana ketika ramai orang sedang berpusu-pusu di lokasi terbabitlah, terkadang kita tidak menyedari ahli keluar atau rakan-rakan kita alami musibah].

Share:

Kontroversi: Kenyatan Ketua Wanita UMNO Johor Mahu Menyelamatkan Gadis Terlanjur Dikhuatiri Menggalakkan Lagi Perlakuan Maksiat Itu Sendiri

Sungguh mengejutkan mendengar kenyataan Ketua Wanita UMNO Johor, Senator Sharifah Azizah Syed Zain (foto) yang berkata bahawa mereka bersedia menghulurkan bantuan untuk mana-mana wanita yang terlanjur dan berhasrat untuk membuang bayi mereka. Menurut beliau, pergerakan itu meminta mereka yang sudah terlanjur supaya tidak mengambil jalan singkat dengan melakukan pembuangan bayi sebaliknya menghubungi Wanita UMNO Johor bagi mendapatkan bantuan. "Mereka jangan takut-takut untuk menghubungi Wanita UMNO Johor bagi membolehkan kami menghulurkan bantuan dan seterusnya menyelesaikan segala permasalahan yang mereka hadapi,” katanya. Katanya lagi, Wanita UMNO Johor dan Barisan Nasional (BN) telah menyediakan pelbagai kemudahan dan tempat yang sesuai untuk menempatkan ibu serta bayi bagi menghindari mereka daripada terjebak dalam kegiatan pembuangan bayi. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kegiatan pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini termasuk kejadian penemuan mayat bayi lelaki yang sudah terbakar dalam sebuah tong sampah di Kuala Krai, Kelantan, dua hari lepas. Biar apa pun kenyataan Syarifah ini, sebenarnya ia jelas mengundang masalah sebenarnya. Niat yang baik jika tidak kena pada tempatnya akan menjadi buruk akhirnya. Cadangan yang dibuat ini memanglah baik kerana prihatin dengan masalah pembuangan bayi. Namun harus diingat, sepatutnya beliau mencari jalan untuk menghindari gejala maksiat itu dari terus berlaku. Bukannya memberi harapan baru kepada pelaku maksiat itu sendiri. Ini akan menggalakkan lebih ramai lagi remaja melakukan perbuatan maksiat di negeri itu sendiri sebenarnya.

[Terkadang, memang banyak berlaku niat yang baik mengundang padah. Misalnya dalam kes penagih dadah. Kerajaan sepatutnya menghapuskan saki baki penagih tegar dengan menghantar dan kuarantin mereka di mana-mana pulau supaya mereka terhapus satu persatu. Namun, apa yang dilakukan oleh kerajaan ialah membina pusat-pusat untuk penagih itu diselematkan. Kononnya mahu mereka kembali ke pangkal jalan. Namun hakikatnya, kes dadah terus meningkat dari sehari ke sehari dan gagal dibendung hingga ke hari ini. Akhirnya anak-anak remaja Melayu yang menjadi mangsa dan terus menderita dengan gejala itu. Inilah akibatnya bila niat yang baik akhirnya mengundang padah yang kian berpanjangan].
Share:

Eksklusif: Mat Ezam Bermimpi Di Siang Hari Pabila Mengatakan Tindakan Zahrain Letakkan Jawatan Serta Keluar Parti Beri Kesan Besar Kepada PKR !!

Lucu benar takala mendengar kenyataan petualang rakyat yang juga bekas pemimpin kanan PKR, Ezam Mohd Noor (foto) berhubung dengan isu perletakkan jawatan dan tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini. Menurut Ezam tindakan Zharain itu akan memberi kesan besar kepada PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya. Ini kerana katanya, bekas pemimpin PKR di Pulau Pinang itu amat rapat dengan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali gus membawa tanggapan tindakan Zahrain tersebut berasaskan faktor yang kukuh. "Saya ingin tegaskan Zahrain bukan calang-calang ahli politik, saya antara orang yang terlibat menubuhkan PKR, saya tahu semua pemimpin PKR dan saya boleh nyatakan Zahrain merupakan pemimpin PKR yang cukup matang, yang halus pertimbangan politiknya, yang berprinsip dan cukup tajam dalam pengamatan realiti dan cabaran politik. "Justeru apabila Zahrain membuat keputusan keluar parti, saya percaya ia memberi kesan yang besar kepada parti PKR," katanya dalam satu ceramah umum di Jasin malam tadi. Zahrain, yang jugas bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang mengumumkan keluar parti iumaat lepas selepas tidak berpuas hati dengan sikap Ketua Menteri Lim Guan Eng. Ezam juga percaya jejak langkah Zahrain akan diikuti oleh pemimpin lain dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

[Ezam sebenarnya buta sejarah dan bermimpi disiang hari. Beliau tidak mempunyai idea dan kekuatan untuk berkata-kata lagi. Tergamak beliau mengatakan orang seperti Zahrain yang keluar parti itu bakal memberi kesan besar kepada PKR. Beliau lupa semasa dirinya keluar parti dulu, semua orang termasuk pemimpin UMNO BN mengatakan perkara yang sama terhadap PKR. Kononnya parti itu akan menerima tamparan hebat kerana ditolak rakyat. Namun, apa yang dapat dilihat hanya Ezam dan beberapa kerat penyokong tegarnya sahaja yang keluar. Malahan keluarnya Ezam telah memberi kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat terutamanya PKR dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Maka itu, keluarnya Zahrain dan ramai lagi pemimpin PKR selepas ini sebenarnya bakal memberi kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Kita harus ingat bahawa suara rakyat itulah yang lebih penting dari kehendak beberapa kerat pemimpin yang kecewa akibat hajatnya tidak dituruti. Oleh itulah, pemimpin seperti Ezam, Zahrain dan yang lainnya wajar ditolak keluar kerana merekalah yang selama ini menjadi "gunting dalam lipatan" atau "musuh dalam selimut" yang mahu merosakkan parti itu].

Share:

Edisi Pahang: Keasyikan Mandi-Manda Sempena Cuti Tahun Baru Cina, Seorang Pelajar Dari Kuala Lumpur Di Percayai Mati Lemas Di Pantai Balok !!

KUANTAN, 14 Feb [11.45 pm] - Keseronokan 12 sahabat yang datang dari Kuala Lumpur untuk bercuti sempena Tahun Baru Cina ke sini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka dikhuatiri lemas dan empat lagi nyaris lemas ketika mandi di Pantai Balok di sini, petang tadi. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, mangsa yang dikhuatiri lemas dan hilang dalam kejadian itu ialah Mohd Azhar Fhaiz Mohd Azlan, 17, beralamat di Jalan Permasiuri 1, Bandar Seri Permaisuri, Kuala Lumpur. Menurutnya, empat yang terselamat ialah Syed Mohd Haizat Syed Mohd Nasir, Mohd Faridzul Mohd Karim, kedua-duanya berusia 20 tahun, Mohd Shah Hafiz Suhaimi, 16, dan seorang remaja perempuan belum dikenal pasti identitinya yang kesemuanya berasal dari Kuala Lumpur. "Kumpulan remaja terbabit dipercayai datang dari Kuala Lumpur untuk mandi di Pantai Balok, bagaimanapun ketika mandi, lima daripada mereka dipercayai hampir lemas," katanya. Polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira pukul 3.30 petang. Mohd Jasmani berkata, rakan-rakan mangsa yang melihat kejadian itu berusaha membantu di mana empat daripada mereka sempat diselamatkan dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk menerima rawatan. Beliau difahamkan keempat-empat remaja itu telah diberikan rawatan dan berada dalam keadaan stabil. Beliau berkata, seramai 50 anggota termasuk pegawai terdiri daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah melancarkan operasi mencari Mohd Azhar Fhaiz. Menurutnya, sehingga operasi mencari ditamatkan pada pukul 7.30 malam tadi, mangsa masih gagal ditemui dan operasi tersebut dijangka disambung pukul 8 pagi esok.

[Inilah akibatnya akibat terlalu asyik bermandi manda antara lelaki dan perempuan tanpa mengira batasan hukum-hakam, akhirnya malapetaka berlaku. Dipercayai 12 sahabat itu datang dari Kuala Lumpur dan bersantai di Kuantan, sambil mandi di Pantai Balok. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku, tambahan pula ada remaja perempuan turut menyertai kumpulan terbabit. Masakan kedua orang tua mereka membiarkan anak perempuan bawah umur menyertai rakan-rakan mereka untuk berkelah sejauh itu?. Bukankah ini amat berbahaya di samping keselamatan diri remaja terbabit. Inilah juga akibat daripada sikap ibubapa yang langsung tidak mahu mengambil tahu ke mana anak mereka pergi. Sanggup membiarkan anak gadis mereka diusung ke sana sini tanpa halangan. Semoga kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi dan ia menjadi ikhtibar kepada semua pada masa akan datang].

Share:

Gara-Gara Mengkhianati Amanah Rakyat, Nik Aziz Saran Zahrain Meletakkan Jawatan Ahli Parlimen Untuk Rakyat Berpeluang Buat Pemilihan Semula!

KOTA BHARU, 14 Feb [8.20 pm] : Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim disaran meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil di kawasan itu, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto). Beliau menyifatkan tindakan Zahrain, yang mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jumaat lalu, dan wakil rakyat yang melompat parti sebagai golongan yang mengkhianati amanah rakyat. Katanya, wakil rakyat yang bertindak demikian mesti bertanggungjawab kepada rakyat yang memilih mereka pada pilihan raya lepas dan perlu menyerahkan mandat semula kepada rakyat untuk membuat pemilihan baru. "Undi adalah amanah yang diberikan oleh rakyat, jika kita melompat ke parti baru atas sebab tertentu, maknanya kita tidak amanah kepada rakyat," katanya kepada pemberita ketika menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina oleh pengerusi syarikat perumahan SBJ terkenal di negeri itu, Datuk Tan Liang Chong, di Panji, dekat sini, hari ini. Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata demikian ketika mengulas tindakan Zahrain yang mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen Bebas setelah keluar dari PKR. Keputusan Zahrain itu dibuat kerana beliau tidak yakin dengan kerajaan pakatan pembangkang Pulau Pinang pimpinan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dianggapnya diktator dan berfikiran ala komunis. Nik Abdul Aziz berkata, isu lompat parti atau keluar parti bukan sesuatu perkara yang baru, malah ia sudah lama berlaku dalam PAS sendiri. Menurutnya, sama ada wakil rakyat yang sengaja melompat atau dilompatkan akan diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

[Kenyataan Nik Aziz nampak pedas, namun hakikatnya itulah yang patut dilakukan apabila ada ahli parlimen Pakatan Rakyat yang tiba-tiba mahu membebaskan diri mereka dari mana-mana parti politik. Rakyat tidak akan percaya mereka langsung tidak mendapat habuan daripada UMNO dan BN. Malah, kata-kata mereka juga tidak wajar dipercayai lagi. Rakyat harus menolak ke mana sahaja pergerakan pemimpin seperti ini. Zahrain jangan ingat, pengundi beliau hanyalah orang PKR sahaja, ini kerana ramai penjuang PAS yang sanggup berkorban masa, wang ringgit dan tenaga bagi memastikan beliau menang di kawasan parlimen Bayan Baru dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Jika inilah keadaan yang berlaku kepada pemimpin PKR, maka apakah petugas PAS akan berkompromi lagi dengan mereka agaknya. Maka itu, wajarlah Zahrain meletakkan jawatan!].

Share:

Edisi Pahang: Operasi Valentine Di Kuantan, JAIP Berjaya Merekodkan 46 Kes Membabitkan Pesalah Yang Berumur 16 Hingga 40 Tahun Awal Pagi Tadi

KUANTAN, 14 Feb [7.32 pm] - Seorang lelaki sanggup berlakon diserang penyakit sawan dengan mengeluarkan air liurnya bagi mengelakkan dia dicekup anggota Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kerana berkhalwat dengan pasangannya di dalam sebuah bilik hotel dalam Operasi Valentine di sini, pagi tadi. Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Bahagian Penguatkuasaan JAIP, Ahmad Rafflie Ab Malik berkata, sebelum itu pihaknya terpaksa meminta kerjasama daripada pihak polis kerana keengganan pasangan itu membuka pintu bilik hotel tersebut. "Kedegilan mereka itu menyebabkan anggota kita terpaksa meminta bantuan pihak polis untuk mengopak pintu bilik berkenaan dan setelah mencuba beberapa kali akhirnya polis berjaya mengopak pintu itu menggunakan beberapa peralatan termasuk kuku kambing," katanya. Menurut beliau, sebaik saja pintu berjaya dibuka seorang lelaki yang merupakan anggota tentera berusia 28 tahun, berpura-pura diserang penyakit sawan dalam keadaan separuh sedar sambil mengeluarkan air liurnya bagi mengaburi mata pihak berkuasa. "Ketika dicekup, lelaki yang juga suami orang terbabit berbaring atas lantai sambil berlakon seolah-olah terkena sawan manakala pasangannya yang berumur 30 tahun itu menyorok di bawah katil sambil menangis," katanya. Menurutnya, wanita yang berasal dari Pekan itu juga merupakan isteri orang di mana dia diikat jamin oleh suaminya yang sebelumnya berang dan mengamuk di pejabat JAIP di sini. Ahmad Rafflie berkata, serbuan yang bermula pukul 6 hingga 9 pagi tadi di beberapa buah hotel, pihaknya merekodkan sebanyak 46 kes melibatkan kes khalwat, minum arak dan mendedahkan anggota tubuh di khalayak ramai yang membabitkan pesalah berumur antara 16 hingga 40 tahun.

[Kesemua mereka yang ditahan berkhalwat akan didakwa mengikut Seksyen 145 (1) & (2) Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (pindaan 87) dan sabit kesalahan didenda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan meminum arak pula katanya, mereka ditahan di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (pindaan 1987) dan sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara dan enam sebatan. Kesalahan mendedahkan tubuh di khalayak ramai akan didakwa mengikut Seksyen 183 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (pindaan 1987) dan sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali].

Share:

Edisi Pahang: PAS Negeri Melakar Sejarah Apabila Mengundang Blogger Cucumatkilau Pahang Daily Dalam Ceramah Umum Di Kuantan 21 Februari Ini

KUANTAN, 14 Feb [6.00 pm] - Pertama kali dalam sejarah, PAS Pahang akhirnya memecahkan tradisi apabila mengundang penulis blog (Blogger) untuk bersama dalam program ceramah umum mereka. Jika sebelum ini PAS Pahang pernah mengundang, Chegubard (Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR) yang juga merupakan seorang blogger mengadakan ceramah, kini PAS Pahang mengundang salah seorang blogger panas Pahang Daily Online iaitu Cucumatkilau untuk bersama dalam program mereka di Markas PAS Taman Guru dekat sini. Blogger Cucumatkilau (foto) adalah salah seorang krew kami di Kuantan yang telah banyak menyumbangkan jasa bagi membawa perubahan minda rakyat di negeri ini bahkan di seluruh Malaysia. Pengalaman lebih 11 tahun dalam dunia blogger telah menyebabkan beliau terpilih sebagai calon PKR dalam pilihanraya umum ke-12 lalu untuk kerusi DUN N39 Kemayan dalam parlimen Bera. Beliau yang akan menumbuhkan sebuah NGO baru yang berorientasikan membela rakyat, kini sedang hangat dengan isu "Tanah Rizab Surau Diceroboh" yang telah disiarkan menerusi media arus perdana termasuk juga Buletin Utama TV3. Beliau tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti dan kini dalam usaha menubuhkan Majlis Tindakan Rakyat (MTR) Pahang dalam masa terdekat ini. Ceramah yang akan diadakan pada 21 Februari (Ahad) itu adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Pahang dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuantan. Turut diundang ialah YB Zaki Ibrahim, ADUN Kelaboran dan Timbalan Speaker DUN Kelantan. Semua rakyat Pahang terutamanya yang berada di sekitar Kuantan dan yang berdekatan dijemput hadir beramai-ramai bagi mendengar ceramah yang akan disampaikan oleh cucumatkilau itu nanti.

[Kami ucapkan syabad dan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Pahang (Ust Suhaimi) dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuantan (Ust Fadli) atas kesediaan untuk mengundang blogger bersama-sama menyampaikan ceramah umum kepada rakyat. Memang inilah yang ditunggu selama ini, tambahan pula blogger Cucumatkilau banyak menyimpan khazanah tentang rasuah, korupsi dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO Barisan Nasional di negeri Pahang sejak sekian lama. Selepas lebih 11 tahun berada di alam siber, maka sudah menjadi satu tanggungjawab untuk beliau kembali ke alam nyata dan bersuara di pentas ceramah selepas ini. Kepada mana-mana pihak yang ingin mengundang beliau untuk berceramah di seluruh negara bolehlah hantarkan email ke pahangdaily@yahoo.com untuk tindakan selanjut. Mengundang blogger ke pentas ceramah adalah satu penghargaan yang tidak ternilai buat mereka yang berani ke hadapan. Ramai dikalangan blogger yang hanya hebat dialam siber dan tidak berani menyatakan kebenaran di alam nyata. Oleh itu, PAS Pahang adalah pembuka jalan ke arah itu sebenarnya].
Share:

Kontroversi: Zambry Kadir Buang Tabiat, Sanggup Menganjurkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak Hari Ini !!

Apa sudah jadi dengan MB Mahkamah Perak si Zambry Kadir ini agaknya?. Apakah beliau terlalu taksub dan takut dengan suara rakyat, tiba-tiba mengadakan rumah terbuka di rumahnya. Kita tidak hairan jika rumah terbuka itu diadakan sempena Hari Raya Aidil Fitri atau Aidil Adha, tetapi Zambry rupanya mengadakan rumah terbuka Tahun Baru Cina di kediaman rasminya. Jarang kita dengan seorang pemimpin Islam mengadakan rumah terbuka untuk perayaan selain hari raya. Apa yang selalu kita lihat ialah pemimpin agama lain mengadakan majlis tersebut dan pemimpin Islam datang menziarah bagi mengeratkan sillaturrahim. Namun begitu ia berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Zambry kali ini. Beliau sendiri mengadakan rumah terbuka di kediaman rasmi Menteri Besar Perak. Apakah wajar ia dilakukan agaknya?. Atau mungkin juga Zambry Kadir sudah "gila meroyan" maka tergamak mengadakan perayaan bukan Islam di rumahnya. Kita tidak merasa janggal jika mereka mengadakan perayaan di mana-mana lokasi seperti yang dilakukan oleh kerajaan pusat sebelum ini. Atas nama semangat muhibbah dan setiakawan, maka perayaan diadakan untuk agama lain yang dihadiri oleh pemimpin Islam itu sendiri. Namun, apa yang dilakukan oleh Zambry adalah diluar batasan sebenarnya. Beliau pula mengadakan perayaan seolah-olah dia duduk dalam agama itu. Menurut laporan media hari ini "lebih 5,000 orang hadir rumah terbuka Tahun Baru Cina Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di kediaman rasminya".

[Kami menantikan kenyataan Mufti Perak tentang perkara ini. Apakah ia dibolehkan dari sudut Islam atau sebagainya. Sebelum ini, perayaan yang diadakan oleh kerajaan di peringkat nasional pun pernah ditegur oleh ulamak. Inikan pula apa yang dilakukan oleh Zambry itu. Persoalannya, kenapa beliau tergamak mengadakan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di kediamannya?. Apakah kerana takut dengan undi kaum Cina dalam pilihanraya umum akan datang? Atau sengaja mahu mencari publisiti murahan agar rakyat terutamanya kaum Cina melihat beliau juara rakyat untuk semua. Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh Zambry Kadir ini memang tidak masuk dek akal. Tiba-tiba seorang pemimpin Melayu yang kononnya beragama Islam adakan rumah terbuka agama lain pula].

Share:

Panas: Letak Jawatan Kerana Gagal Dapat Projek RM40 Juta, Zahrain Mahu Menyaman Lim Guan Eng Kononnya Ketua Menteri Itu Fitnah Beliau !!

PETALING JAYA, 14 Feb [2.45 pm] - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim (foto) yang baru sahaja meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini sedang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. "Saya dah minta peguam untuk teliti perkara ini, tengoklah nanti lepas sambutan Tahun Baru Cina mungkin beliau (Guan Eng) dapatlah (surat peguam). "Saya perlu ambil tindakan undang-undang sebab Guan Eng dah melampau, sekarang dia fitnah saya dengan isu lain pula sebab nak tutup kelemahan dia sendiri," katanya. Tindakan Zahrain untuk menyaman Guan Eng itu dibuat sebagai reaksi kepada kenyataan Guan Eng yang menyifatkan keputusannya keluar daripada PKR demi menjaga kepentingan peribadinya. Ketua Menteri itu turut mendakwa keretakan antara beliau dan Zahrain berpunca daripada keputusan kerajaan negeri menolak tender bernilai RM40 juta untuk mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort oleh sebuah syarikat RM2 yang disokong oleh Zahrain. Zahrain adalah pengerusi dan anggota lembaga Island Golf Properties iaitu anak syarikat perbadanan negeri itu, PDC. Selain itu, Setiausaha Agung DAP itu turut mempersoalkan tindakan Zahrain meletak kesemua jawatannya dalam parti, tetapi tidak sebagai Pengerusi dan Anggota Lembaga Pengarah Island Golf Properties Sdn Bhd (IGP) sedangkan jawatan itu dilantik oleh kepimpinan parti dalam pakatan pembangkang. Mengulas lanjut mengenai kedudukannya dalam IGP, Zahrain membayangkan akan turut melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah. "Saya tahu dia persoalkan kedudukan saya, tapi tunggulah sebab hari Jumaat saya baru umum keluar parti. "Mungkin lepas Tahun Baru Cina ini saya akan umumkan, tunggu sajalah," katanya.

[Apapun kenyataan yang mahu diluahkan oleh Zahrain, rakyat sebenarnya sudah tidak mahu mendengar lagi. Ternyata beliau memang kecewa akibat penolakan Lim Guan Eng terhadap syarikat RM2 atas projek RM40 juta itu. Jika tidak, masakan beliau begitu melenting dengan kenyataan Lim ini. Semua orang boleh mengatakan mereka tidak ada kepentingan dengan sebuah syarikat RM2. Soalnya kenapa Zahrain menyokong syarikat berkenaan yang baru ditubuhkan beberapa bulan sebelum itu. Bukankah ini bererti beliau akan mendapat komisyen yang dijanjikan sekiranya berjaya menyokong permohonan terbabit. Mujurlah Lim Guan Eng sedar akan permainan belakang Zahrain lalu menolaknya. Jika tidak sudah pasti masalah yang lebih besar akan berlaku selepas itu sebenarnya. Menggunakan proksi untuk memohon sesuatu projek atau tender yang besar memang sudah menjadi tradisi puak-puak UMNO BN. Namun begitu, kita tidak pula menyangka Zahrain juga bertindak demikian. Maka, wajarlah beliau menjadi ahli parlimen bebas dan lebih elok sertai UMNO selepas ini].

Share:

Kontroversi: Balasubaramaniam Tolak Cadangan SPRM Merekodkan Keterangannya Di Singapura Kerana Khuatir Akan Terperangkap Dengan Trick

Penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam menolak cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merekod keterangannya di kedutaan Malaysia di Singapura berhubung misteri pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu, kerana bimbangkan keselamatannya. Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin berkata Bala mungkin dalam dilema untuk menerima cawangan itu kerana ia mungkin satu perangkap. Peguam Bala, Americk Sidhu sebelum ini dilaporkan berkata pihaknya memang tidak akan berkompromi dalam hal membabitkan keselamatan Bala. “Tidak keterlaluan jika saya katakan itu dilema Balasubramaniam. Saya cadangkan diskusi ataupun keterangan ini direkodkan di tempat yang neutral. Di tempat yang bebas. Di Asean Sekratariat di Jakarta sebagai contoh” kata Shamsul. Ujar Shamsul, wujud perjanjian ekstradisi antara Singapura dan Malaysia yang membolehkan SPRM melakukan tindakan luar jangka termasuk menahan Bala. Bala sebelum ini diberitahu, SPRM sedia merekodkan keterangan beliau di mana sahaja tapi kemudian menetapkan untuk berbuat demikian di kedutaan Malaysia di Singapura. “Antara Singapura dan Malaysia ini ada perjanjian ekstradisi yang pada saya, itu yang merisaukan Bala dari segi keselamatan beliau. Dalam hal ini saya merasakan SPRM harus memahami perkara ini dan tidak cuba menangguk di air yang keruh” katanya lagi. Bala berada di luar negara sejak setahun lalu selepas membuat akuan bersumpah mengenai kaitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes pembunuhan Altantuya pada 2006. Akuan bersumpah itu bagaimanapun dinafikan Bala melalui akuan bersumpah kedua sehari kemudian, sebelum beliau menghilangkan diri. Baru-baru ini, Bala muncul kembali dan menegaskan akuan bersumpah pertama sahih manakala akuan bersumpah kedua dibuat atas paksaan individu yang rapat dengan Najib dan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. “Isu yang sebenarnya ialah sejauh mana SPRM itu dan kalau mereka bersedia dengan sesungguhnya, saya percaya tidak ada masalah untuk mencari tempat yang agak bebas bagi mereka merekodkan keterangan Bala" tambah beliau lagi.

[Dalam kes ini, Balasubramaniam kini boleh dikatakan sebagai "wanted" dan "rewards" yang ditawarkan kepada mana-mana rakyat Malaysia yang berjaya menangkap beliau mungkin mencecah jutaan ringgit. Lantaran itulah, beliau harus berhati-hati dengan trick yang akan dilakukan oleh mana-mana agensi dari negara ini, termasuk siasatan yang bakal dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Perncegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Umum mengetahui bahawa Teoh Beng Hock boleh mati di pejabat SPRM, apatah lagi orang seperti balak yang cukup dikehendaki ini. Langkah terbaik ialah memilih tempat berkecuali dan ia terletak dibahu SPRM. Kiranya mereka jujur dan ikhlas untuk menyelesaikan kes ini. Namun, jika mereka juga menjalankan tindakan terhadap Bala atas arahan pihak tertentu, maka sia-sia sahaja laporan diambil daripada Bala. Mana mungkin SPRM tergamak untuk menganiaya kerajaan yang membayar gaji mereka sebenarnya. Oleh itu, kes ini pasti tiada jalan penyelesaiannya dalam masa terdekat sehinggalah kerajaan pusat UMNO BN itu sendiri ditumbangkan].

Share:

Eksklusif: PM Najib Tersentak Dengan Desakan 50 Ahli Parlimen Australia Agar Kes Anwar Di Gugur, Arahkan Wisma Putra Berikan Penjelasan Segera!

Susulan tindakan lebih daripada 50 ahli Parlimen Australia termasuk anggota kerajaan memerintah dan wakil pembangkang menggesa kerajaan Malaysia agar menggugurkan tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kumpulan 50 wakil rakyat itu baru-baru ini telah menghantar satu surat menuntut agar tuduhan liwat kali kedua terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat itu digugurkan. Pengerusi Jawatankuasa Kecil Bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby (foto) menyerahkan surat itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra Salman Ahmad. Surat itu berbunyi, “adalah perlu untuk dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia bahawa pada pandangan kami sanjungan global terhadap Malaysia akan terjejas dengan tuduhan-tuduhan ke atas Anwar ini.”. Maka, akibat tersentak dengan laporan tersebut hari ini Perdana Menteri 1Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak mengarahkan Wisma Putra untuk memberi penjelasan berhubung kedudukan sebenar Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada ahli Parlimen Australia. Soalnya sekarang, apakah yang mahi dijelaskann oleh Wisma Putra berhubung dengan kes ini. Umum melihat kes Anwar adalah satu tindakan terdesak oleh kerajaan pemerintah di Malaysia dalam menghalang kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Ia disahkan lagi dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum Ke-12 lalu, selepas Anwar bebas. Kemudian, insiden rampasan kuasa di Perak menguatkan lagi hujjah tersebut. Ahli Parlimen Australia bukan mendapat maklumat dari pihak ketiga tentang kes Anwar. Mereka boleh membaca dan mengikutinya menerusi internet. Oleh itu, apa yang mahu dijelaskan oleh Wisma Putra agaknya?. Apakah mereka fikir semua manusia di dunia ini "bodoh dan bangang" seperti puak-puak UMNO BN di Malaysia. Jika kes Anwar disiasat oleh polis antarabangsa sekali pun, sudah pasti kes tersebut akan digugurkan sebenarnya.

[Kerajaan Malaysia kini semakin tersentak, akibat sokongan antarabangsa terhadap Anwar. Jika dulu dari kerajaan termasuk ulamak dan cendiakawan Islam. Kini mula merebak ke negara-negara bukan Islam seperti Australia. Kita menjangkakan, kiranya Najib gagal untuk bertindak adil dalam kes fitnah liwat Anwar ini maka sudah pasti masyarakat antarabangsa takut untuk berkerjasama atau melabur lagi di Malaysia. Kes pembunuhan Altantunya yang penuh misteri sehingga ke hari ini masih belum ada penyelesaiannya biarpun Sirul dan Azilah dihukum. Rakyat dan manusia sudah pandai menilai sesuatu kes, bukan seperti dulu lagi. Soalnya sekarang, apakah Najib akan akur dengan desakan antarabangsa ini?. Atau masih mahu terus berselindung di sebalik kuasa untuk menolak kebenaran dan keadilan dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia?]
Share:

Panas: Setiausaha Politik Menteri Kanan Di Tahan Oleh Pihak SPRM Bersama Wang Tunai RM2 Juta !

BUTTERWORTH, 14 Feb [12.00 pm] - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha politik kepada menteri kanan bersama longgokan wang tunai lebih RM2 juta. Wang tunai itu ditemui dalam longgokan wang RM5, RM10, RM50 dan RM100. Difahamkan pegawai SPRM dari Putrajaya yang menyerbu sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar pukul 3.30 petang kelmarin, turut merampas kenderaan pacuan empat roda yang didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat yang berpangkalan di Pulau Tikus dekat sini. Turut disita ialah sebuah kereta BMW yang didaftarkan di bawah nama individu dari Sarawak. Tidak dapat dipastikan dari mana suspek memperoleh wang tunai sebanyak itu dan tujuan menyimpannya. Sebelum ini, akuan bank suspek telah dibekukan bagi tujuan siasatan SPRM. Pada 13 Disember lalu, SPRM menyiasat seorang setiausaha politik yang dikatakan mengumpulkan berjuta-juta ringgit nilai hartanah dalam tempoh yang singkat. Pegawai penyiasat juga memperoleh arahan untuk menahan dan membekukan beberapa hartanah termasuk kereta dan rumah mewah bagi membantu siasatan di awah Akta Pengubahan Wang Haram.

Laporan itu turut menyebut, suruhanjaya itu menyita sekurang-kurangnya empat kereta mewah dan empat rumah mewah yang dipercayai milik setiausaha politik berkenaan yang berusia 30-an. Selain itu, SPRM turut menyiasat pembelian beberapa hartanah di sekitar Lembah Klang yang dikatakan sebagai balasan meluluskan beberapa projek bernilai jutaan ringgit. Pegawai penyiasat turut mengenal pasti beberapa individu berkaitan kes terbabit dan akan memanggil mereka membantu siasatan tidak lama lagi. Satu pasukan khas dari ibu pejabat SPRM Putrajaya mula menyiasat kes berkenaan selepas mendapat maklumat bahawa setiausaha politik itu hidup mewah di luar kemampuannya. Difahamkan bahawa siasatan berkenaan di antara kes-kes berprofail tinggi yang sedang dibongkar hasil maklumat dan laporan daripada orang ramai. Pegawai kanan menteri itu mula dijejaki selepas dakwaan bahawa dia memiliki hartanah hasil peranannya sebagai orang tengah dalam projek-projek bernilai jutaan ringgit. Suspek dipercayai membeli kesemua hartanah menggunakan proksi. Pengarah SPRM negeri, Latifah Md Yatim tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan tangkapan.

[Tahniah kita ucapakan atas kecepakan pihak SPRM menyiasat dan menangkap suspek tersebut. Sememangnya inilah yang senantiasa berlaku dalam negara kita, seorang ahli politik atau mereka yang rapat dengan pucuk pimpinan tertinggi negara pasti akan mengumpul wang berjuta ringgit hasil penyelewengan dan rasuah tang dilakukan oleh mereka. Penyiasatan jangan hanya tertumpu kepada setiausaha politik menteri kanan terbabit sahaja. Bagaimana pula dengan menteri terbabit?. Jika setiausaha politik boleh hidup mewah begitu, apatah lagi bossnya. Kami amat yakin pihak SPRM akhirnya terpaksa menjalankan siasatan terpilih. Mana mungkin mereka berani menyiasat menteri UMNO BN yang masih berkuasa itu. Melainkan kerajaan pusat sudah bertukar tangan selepas ini. Jika dalam keadaan sekarang, SPRM sebenarnya bertindak dalam keadaan "takut-takut" dan "tekanan". Tambahan pula kerajaan yang ada hari ini memang gemar melakukan perbuatan rasuah, penyelewengan dan sebagainya. Oleh itu, rakyat perlu membuat perubahan jika ingin membebaskan negara dari amalan rasuah yang cukup menjijikkan ini].

Share:

Edisi Pahang: Genting Highlands Masih Destinasi Pelancongan Popular, Lebih 7 Juta Pelancong dari Seluruh Dunia Telah Dicatat Pada Tahun Lepas !!

KUANTAN, 14 Feb [11.20 am] - Pusat peranginan Genting Highlands merupakan destinasi paling popular di Pahang dengan 70 peratus pelancong ke negeri itu berkunjung ke pusat peranginan itu tahun lepas. Berdasarkan perangkaan pelancongan negeri itu, seramai tujuh juta dariada 10 juta pelancong ke Pahang dicatatkan mengunjungi Genting Highlands tahun lepas. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita negeri, Dato' Shafik Fauzan Sharif (foto), berkata negeri itu mensasarkan 10 juta pelancong tahun ini dengan menawarkan 10 pakej terbaik. Tawaran pakej itu meliputi 10 destinasi terbaik di negeri itu iaitu Genting Highlands, Cameron Highlands, Fraser Hill. Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, Kuala Lipis (bandar bersejarah dan warisan), Taman Negara, Pulau Tioman, Rompin (Billfish-Sports Fishing), Pekan (Bandar Diraja) dan Cherating (Surfing Paradise).

[Kerajaan Negeri Pahang digesa juga untuk membangunkan Malay Town di bandar Kuantan sebagai destinasi pelancongan utama ke bandar itu. Peniaga Melayu yang dilihat "hidup segan mati tak mahu" akibat kekurangan pelancong menyebabkan rezeki mereka semakin menyusut. Mana janji pihak tertentu untuk membawa bas-bas pelancong ke kawasan itu. Wajibkan setiap agensi pelancongan untuk menjenguk lokasi tersebut jika benar-benar ingin membantu peniaga Melayu disitu. Jika tidak kami yakin kawasan itu akan terus terpinggir satu hari nanti. YB Shafik juga diminta membangunkan kawasan sejarah kelahiran pahlawan Melayu Pahang Mat Kilau dan Tok Gajar di Pulau Tawar Jerantut sebagai destinasi pelancongan sejarah. Jadikan ia seperti Pasir Salak di Perak (Maharajalela), Kg.Duyung di Melaka (Hang Tuah) dan Padang Mat Sirat di Langkawi (Mahsuri). Sejarah pahlawan Melayu Pahang perlu dibangunkan semula, jika tidak ia akan terus layu ditelan zaman. Buat masa sekarang, Kerajaan Negeri Pahang langsung tidak memberi perhatian kawasan tersebut biar pun selepas beberapa kali dilaporkan media].

Share:

Memalukan: Si Zahrain Hashim Keluar Parti Gara-Gara Dia Kecewa Dengan Tindakan Lim Guan Eng Tidak Mahu Mengikut Kehendak Peribadinya Itu !!

Sungguh memalukan tatkala meenyaksikan laporan berita Buletin Utama TV3 malam tadi, berkaitan pengakuan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Seri Zahrain Mohammed Hashim (foto) keluar parti kerana kecewa beliau tidak mengikut kehendak Ahli Parlimen Bayan Baru itu. Lim berkata, keretakan antara beliau dan Anggota Parlimen Bayan Baru itu berpunca apabila Zahrain gagal mendapatkan kelulusan tender bernilai RM40 juta untuk mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort. Katanya, beliau tidak meluluskan tender tersebut kerana syarikat yang disokong kuat oleh Zahrain baru sahaja ditubuhkan dua bulan sebelum tender projek dikeluarkan iaitu pada akhir September 2008. "Saya rasa punca utama beliau letak jawatan ialah gagal dapat projek itu. Adakah saya diktator jika saya tidak beri kelulusan tender berjuta-juta itu kepada syarikat 'dua ringgit' itu?," katanya. Beliau menegaskan bahawa syarikat berkenaan baru sahaja ditubuhkan dan menyebabkan beliau tidak yakin dengan keupayaan syarikat untuk mengendalikan projek yang bernilai lebih RM40 juta itu. "Saya rasa Zahrain masih lagi geram kerana saya tidak luluskan tender tersebut pada syarikat dua ringgit itu dan punca beliau keluar parti dengan mengatakan saya seorang diktator," katanya. Selain itu, Lim juga mempersoalkan tindakan Zahrain meletak kesemua jawatannya dalam parti, tetapi tidak sebagai Pengerusi dan Anggota Lembaga Pengarah Island Golf Properties Sdn Bhd sedangkan jawatan itu dilantik oleh kepimpinan parti dalam Pakatan Rakyat.

[Jika inilah penyebabnya Zahrain berundur maka kita harus bersyukur atas apa yang berlaku. Dia memang seorang yang tidak wajar menjadi pemimpin rakyat. Zahrain lebih mementingkan temboloknya daripada perjuangan sebenar. Tindakan Lim Guan Eng untuk tidak mengikut kehendak Zahrain adalah wajar dan perlu disokong oleh seluruh rakyat. Biarlah media arus perdana terus memainkan rentak sumbangnya dan melaporkan keretakan dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Namun, kita harus tahu bahawa semua itu adalah satu strategi untuk UMNO BN memastikan Lim tumbang di Pulau Mutiara itu. Dengan cara ini, maka mudahlah untuk mereka merampas kembali Pulau Pinang dari tangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Namun, mereka harus ingat bahawa Pulau Pinang adalah sinonim dengan Anwar Ibrahim. Malahan tindakan PM Najib Razak memperlekehkan Pak Lah dan mengagungkan Mahathir sebagai mantan PM jelas menyebabkan penyokong UMNO di negeri itu kecewa. Semoga Pakatan Rakyat terus berkuasa di sana dalam PRU-13 nanti].

Share:

Panas: Muhyiddin Beri Amaran Serta Mahu Ku Li Menilai Kedudukan Dalam UMNO Gara-Gara Cuba Menjadi Juara Rakyat Dalam Isu Royalti Minyak !

Setelah agak lama pemimpin utama kerajaan UMNO BN menyepi dengan sikap Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (foto) yang hadir dan menggunakan platform Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk menyatakan pendirian berkenaan isu royalti minyak. Maka, hari ini Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba-tiba mengeluarkan kenyataannya. Beliau kononnya kecewa dan memandang berat apa yang telah dilakukan oleh bekas Menteri Kewangan itu. "Platform yang dia (Tengku Razaleigh) gunakan itu bukanlah platform kerajaan Pusat atau platform UMNO... saya dimaklumkan ia ditaja oleh Pas. "Oleh itu sepatutnya perkara itu tidak berlaku dan kita juga ikuti banyak kenyataan yang beliau dah keluarkan dan saya lihat ada juga bertentangan dengan prinsip kerajaan dan parti,” katanya. Beliau mengulas pendirian Ku Li mengenai royalti petroleum melalui platform Pakatan Rakyat pada 28 Januari lepas di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu, Kelantan. Muhyiddin berkata, bekas Menteri Kewangan itu yang sudah dianggap veteran dan berpengalaman sepatutnya mempunyai pendirian yang tetap berhubung soal royalti minyak. "Saya tidak sesuai nak tunjuk ajar, padahal Ku Li lebih senior daripada saya dan dia lebih tahu daripada saya. "Harap teliti semula kedudukannya kerana dilihat melakukan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip parti atau yang bertentangan dengan dasar parti dan kerajaan. Jadi kini terserahlah kepada kebijaksanaan Ku Li,” katanya.

[Kenyataan terbaru Muhyiddin ini bakal menyerlahkan lagi pendirian UMNO yang kononnya mahu menjadi "Juara Rakyat". Malah, gagasan 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" juga tampak pincang. Ternyata, UMNO akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin yang cuba menjadi juara rakyat. Ku Li, hadir di Stadium Sultan Muhammad IV itu atas jemputan rakyat. Beliau menyatakan kebenaran dan mahu rakyat didahulukan dalam hal royalti minyak. Malah, beliau adalah saksi utama yang menandatangi perjanjian berkenaan ketika menjadi Menteri Kewangan dulu. Maka, eloklah beliau menjadi orang yang berhak berkata-kata dalam hal ini. Soalnya sekarang, jika benar UMNO mahu rakyat didahulukan maka Ku Li wajar disanjung dan bukannya diminta buat pendirian kedudukannya dalam parti karat itu].
Share:

Edisi Pahang: Anwar Serta Azizah Bakal Hadir Ke Konvensyen Kebangsaan Peneroka Dan Generasi Kedua Felda Kg.Temin, Jerantut 20 Februari Ini !!

TEMERLOH, 13 Feb [1.20 am] - Satu sidang media khas bagi mewar-warkan Konvensyen Kebangsaan Peneroka Dan Generasi Kedua Felda telah diadakan di sebuah Rumah Rehat Temerloh di sini semalam. Sidang media yang itu antara lain ingin memberi penjelasan dan penerangan tentang agenda majlis pada konvensyen sehari di Markas Tarbiyah PAS, Temin Jerantut hari Sabtu 20 Februari ini. Turut hadir ialah Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR Pahang, Tn.Hj Suhaimi Said dan Ketua PKR Cabang Maran, Bustamin Abu Bakar (foto). Antara lain agenda majlis yang akan diadakan pada hari tersebut ialah Pembentangan Kertas Kerja dan Perbahasan. Antara nama-nama yang tersenarai bari pembenyangan kertas kerja ialah Senator Dr.Syed Husin Ali (Timbalan Presiden PKR), Mazlan Aliman (Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda dan AJK PAS Pusat) dan Wan Rohimi Wan Daud (Peguam yang banyak mengendalikan isu-isu serta permasalah peneroka Felda. Ucaptama dan upacara perasmian akan disempurnakan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr.Wan Azizah Ismail. Pendaftaran peserta dijangka bermula seawal jam 8.00 hingga 9.00 pagi dan program berakhir sekitar jam 6.00 petang. Sementara itu, disebelah malamnya pula satu ceramah Umum Pakatan Rakyat bakal diadakan di lokasi yang sama, bermula jam 9.00 hingga 12.00 tengah malam. Antara penceramah jemputan yang dijangka akan hadir ialah Ketua Umum PKR sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang dan Naib Presiden PAS Pusat), Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang), Datuk Zaid Ibrahim (Mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Pimpinan Pusat PKR), Datuk Seri Chua Jui Meng (MPP PKR) dan YB V.Sivakumar (Speaker Dewan Undangan Negeri Perak).

[Berita baik buat warga Temerloh, Jerantut dan berhampiran, maklumat terkini menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Dr.Wan Azizah Ismail bakal hadir untuk memeriahkan lagi semangat untuk membawa perubahan buat para peneroka Felda di negeri Pahang khasnya dan Malaysia amnya.Oleh itu semua penyokong Pakatan Rakyat dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi program pada hari tersebut. Sementara itu, kami difahamkan UMNO Pahang juga akan mengadakan konvensyen mereka di Universiti Teknologi Mara (UITM) kampus Jengka pada 19 Feb ini. Perasmian bakal dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak. Bandar Pusat Jengka dengan Temin Jerantut tidaklah terlalu jauh sebenarnya. Selamat berkonvensyen].
Share:

Kontroversi: Kapal Selam KD Tunku Abd Rahman Dihantui Roh Altantunya Hingga Menyebabkan Ia Alami Dua Kerosakan Sebelum Ke Medan Perang !!

Apa sudah jadi dengan kapal selam kebanggaan negara KD Tunku Abd Rahman akhirnya gagal berfungsi dengan baik dan boleh membahayakan anggota TLDM. Ia berikutan, satu lagi kerosakan telah berjaya dikesan baru-baru ini. Menurut Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman mengalami kecacatan pada komponen (Defect High Pressure Air Blowing) yang boleh menjejaskan keselamatan kapal berkenaan jika ia menyelam. Bahagian itu menyalurkan tekanan air keluar masuk bagi membolehkan kapal selam itu menyeam. Sehubungan itu, beliau berkata kapal Scorpene sedang menjalani penyelenggaraan dan tidak dibenarkan beroperasi sekarang demi menjamin keselamatan anggota tentera yang mengendalikan kapal itu."Ia boleh selam, tapi tidak diizinkan menyelam. Memandangkan ia masih berada dalam tempoh jaminan, maka kontraktor dan pembekal akan (terlebih dahulu) memperbaiki kecacatan yang berlaku." "Kita mengesan kecacatan pada 17 Januari lalu semasa ia timbul. Ia boleh diperbaiki sekali gus menjalani ujian air tropika pada 18 Februari ini selepas mendapat sijil kelayakan," katanya.

Amat mengejutkan lagi, kerosakan tersebut bukanlah kali pertama berlaku. Menurut Abdul Aziz kerosakan itu dikesan ketika ia dilabuhkan di Teluk Sepanggar, Sabah. Katanya, ia adalah kerosakan kedua selepas kerosakan komponen Forward Seawater Cooling System (bahagian sistem penyejuk air laut) pada tahun lalu selepas aset TLDM itu menyertai Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 di Langkawi. Untuk makluman KD Tunku Abdul Rahman atau Scorpene merupakan kapal selam jenis tempur konvensional yang berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 pemusnah periuk api. Ia mampu beroperasi mengawasi perairan negara pada kedalaman 100 hingga 200 meter. Antara kelengkapan Scorpene ialah enam tiub peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak iaitu peluru berpandu anti kapal permukaan dan torpedo anti kapal selam. Isu penyelewengan dalam urusan pembelian kapal selam ini telah dihebohkan sebelum ini. Malah ada pihak yang mengaitkan urusan itu juga berkait rapat dengan Altantunya Shaariibu hingga membawa kematian wanita Monggolia tersebut. Apakah ini menunjukkan yang "roh Altantunya" senantiasa bersama Scorpene, hingga menyebabkan kapal selamm itu bila-bila masa sahaja boleh meragut nyawa anggota TLDM agaknya. Siapakah yang berani untuk berada dalam kapal selam itu, jika keadaan ini berterusan. Biarpun kerosakan yang berlaku itu adalah "minor", namun lama kelamaan ia pasti akan menjadi lebih besar dan cukup berbahaya.


[Inilah akibatnya bila membuat urusan pembelian yang menyalahi peraturan dan undang-undang. Akhirnya nyawa manusia terpaksa dipertaruhkan. Soalnya sekarang, kenapa kapal selam yang dikatakan cukup hebat dan canggih itu mengalami masalah teknikal seperti itu dalam masa yang begitu singkat. Peperangan belum terjadi, kapal selam kebanggaan negara sudah mengalami berbagai masalah. Senario ini boleh membahayakan negara sebenarnya. Musuh pasti akan tahu kelemahan kita, bila melihat apa yang berlaku. Kelengkapan ketenteraan menerusi laut gagal berfungsi dengan baik dan menunggu masa untuk dipulihkan. Apa akan terjadi kiranya, musuh bertindak ketika masalah itu berlaku?. Siapakah yang harus dipertanggungjawab dalam hal ini sebenarnya].
Share:
Share:

Kontroversi: Tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru Zahrain Hashim Letak Jawatan Dan Keluar Parti Merupakan Satu Tindakan Pengecut Serta Biadap


GEORGETOWN, 12 Feb [2.50 pm] - Pakatan Rakyat Pulau Pinang bakal berhadapan dengan kemelut yang berpanjangan, apabila Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim hari ini meletakkan semua jawatannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mengumumkan untuk keluar parti itu serta-merta serta mengisyhtiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen Bebas. Khabarnya, keputusan yang dibuat oleh Zahrain itu dibuat kerana beliau kecewa dengan pemerintahan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta tidak lagi percaya dengan perjuangan pakatan rakyat sekarang ini. Sementara itu Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali berkata, tindakan Zahrain itu jelas menunjukkan beliau takut untuk menghadapi kesan daripada perbuatannya mengkritik keras kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini. "Dia takut untuk hadapi jawatankuasa disiplin," katanya. Selain itu Syed Husin berkata, beliau menyambut baik tindakan Zahrain itu. "Saya gembira Zahrain keluar parti itu tindakan yang yang cukup baik," katanya. Dalam pada itu, Syed Husin turut mencabar pemimpin PKR lain yang digambarkan sebagai suka 'menjual diri' untuk mengikut jejak langkah Zahrain. "Opportunis lain boleh jual diri dan sertai dia (Zahrain)," katanya. Sementara itu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau kecewa dengan keputusan Zahrain Mohamed itu. Beliau tidak pernah membangkitkan lagi kenyataanya kepada parti atau Anwar sendiri mengenai perbalahannya dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini. Malah Lembaga Displin Parti masih belum memanggil beliau memberi keterangan, tiba-tiba beliau meletakkan jawatan. Inilah buktinya Zahrain memang seorang pengecut, dayus dan biadap kepada pengndinya sendiri. "Untuk menghukum Ketua Menteri dengan kata-kata kesat, kita tidak boleh terima. "Jadi beliau ditegur atas alasan itu," katanya.

[Amat memalukan bila mempunyai pemimpin seperti Zahrain ini. Memang tidak bermaruah dan cukup pengecut. Beliau belum mengadap Lembaga Displin Parti tetapi sudah menyatakan untuk meletakkan jawatan dan keluar parti. Soalnya sekarang kenapakah beliau tidak meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru itu, jika beliau benar-benar kecewa meneruskan perjuangannya?. Inilah bukti yang beliau sebenarnya telah mendapat faedah dan ganjaran yang dijanjikan selepas membuat keputusan tersebut. Apapun alasan yang diberikan, sudah tentu rakyat boleh membaca semuanya. Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota pernah berkata sebelum ini bahawa wujudnya usaha pihak tertentu untuk membeli ahli parlimen Pakatan Rakyat sekarang ini. Berapalah ganjaran RM yang diterima oleh si Zahrain itu gamaknya?].
Share:

Edisi Pahang: Isu Ceroboh Tanah Rizab Surau, Penduduk Hairan Pihak Berkuasa Tidak Berani Untuk Laksanakan Tindakan Undang-Undang !!

Keputusan Rayuan Anwar Didengar 17 Februari

PUTRAJAYA 12 Feb [2.45 pm] - Keputusan sama ada pertuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal atau digugurkan akan diumumkan oleh Mahkamah Rayuan pada 17 Februari ini.

Kerajaan Negeri Pahang Wajar Campur Tangan

KUANTAN, 12 Feb [2.30 pm] - Para penduduk Taman Atabara Perdana, Bandar Indera Mahkota (foto), kecewa dan hairan dengan tindakan pihak berkuasa tempatan yang masih tidak menjalankan penguatkuasaan terhadap premis haram yang dibina atas tanah rizab surau dekat sini. Tambah mengejutkan, biarpun beberapa kali isu tersebut telah disiarkan di media arus perdana namun ternyata ia tetap tidak menjadi halangan untuk pihak terbabit meneruskan perniagaan di tapak itu. Sabtu lalu, penduduk yang sudah terlalu marah dengan pencerobohan tanah tersebut telah mengadakan bantahan dan suara itu akhirnya didengari oleh seluruh rakyat Malaysia apabila pihak media yang terdiri daripada Utusan Malaysia, Berita Harian, Sinar Harian, Harian Metro serta beberapa buah akhbar berbahasa Cina, Tamil dan Inggeris memaparkan isu panas itu. Malahan, kontroversi itu turut dipaparkan di slot Buletin Utama TV3 selama dua hari berturut-turut awal minggu ini. Sangkaan kita, selepas perkara ini didedahkan kepada umum maka langkah drastik akan diambil bagi menyelesaikannya. Namun, ternyata sangkaan itu jauh meleset. Perniagaan haram itu masuh terus beroperasi seperti biasa, seolah-olah mereka pula berada di pihak yang benar walahl sebaliknya.

Sementara itu ketika dihubungi oleh Pahang Daily Online, Pengerusi Jawatan Kuasa Bertindak "Selamatkan Tanah Rakyat" Taman Atabara Perdana Mohd Shukri Mohd Ramli (foto), berkata beliau amat hairan melihat apa yang berlaku."Pengaruh kuasa telah mengatasi segalanya. Tiada apa yang dapat dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk memastikan rakyat mendapat hak mereka. Premis haram yang jelas diusahakan tanpa permit dan lesen itu dibiarkan terus beroperasi biarpun isu ini sedang hangat diperkatakan" katanya. Beliau juga agak hairan kerana pemilik premis terbabit masih "keras kepala" dan tidak mahu keluar dari tapak terbabit, sedangkan amat jelas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan tapak itu kepada pihak Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Surau Al-Amin taman berkenaan untuk dijadikan kegunaan keagamaan seperti surau dan sebagainya kepada penduduk setempat. "Surat tersebut membuktikan bahaya Kerajaan Negeri Pahang sendiri memberi hak kepada penduduk, lantaran itulah Lesen Pendudukan Sementara (TOL) tapak itu tidak disambung kepada individu tersebut selepas ianya berakhir pada 31 Disember 2009 yang lalu. Soalnya sekarang, kenapa beliau tidak mahu keluar dari tanah itu, sedangkan sudah jelas berdasarkan undang-undang dan akta berkaitan rakyat di kawasan ini berhak ke atas tanah terbabit" kata Shukri.

[Satu kes yang cukup memalukan sebenarnya. Tidak pernah terjadi dalam sejarah satu lot tanah rizab rumah ibadat orang Islam diceroboh sendiri oleh orang Melayu yang kononnya beragama Islam. Bayangkan jika isu ini melibatkan tanah rizab rumah ibadat kaum lain, maka sudah pasti insiden yang lebih buruk akan berlaku. Oleh itu, jalan penyelesaian yang terbaik haruslah dilakukan segera. Undang-undang dan peraturan yang sudah tertakluk dalam Akta
Kanun Tanah Negara wajar dijadikan panduan untuk menentukan siapakah pemilik sah tanah terbabit. Jika tidak, sudah pasti perkara yang diluar jangkaan pasti akan berlaku akibat gelombang kemarahan penduduk yang semakin membuak-buak sekarang ini. Laungan keramat "Juara Rakyat" dan "1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" haruslah dijadikan panduan dalam menyelesaikan kemelut yang memalukan ini]. Lagi info klik sini
Share:

Gempar: Satu Penghinaan Terhadap Umat Islam, Video Perlekehkan Azan Serta Solat Dalam Gereja Oleh Pelajar S.M St.Augustine Betong Di Kesan !!

Ramai yang terkejut dengan isu penghinaan agama Islam yang berlaku di negara kita baru-baru ini. Isu khalimah Allah, hinggalah ke isu kepala babi yang diletakkan dalam kawasan masjid. Semua ini kononnya bakal mengundang kemarahan dan perbalahan kaum di negara kita. Bermulalah tuduh menuduh antara satu sama lain. Ada pihak yang mengatakan perbuatan itu sengaja dilakukan dengan terancang oleh pihak kerajaan UMNO dan BN. Malah ada juga mengatakan, kerja itu memang dilakukan oleh "budak nakal" yang sengaja ingin menimbulkan kontorversi dan publisiti. Seolah-olah wujudnya perbalahan kaum di negara kita. Namun, hakikatnya rakyat Malaysia terus hidup utuh aman dapat tanpa sebarang kekacauan. Isu khalimah Allah dan kepala babi telah berjaya mengalih pandangan rakyat terhadap isu-isu utama di negara kita. Kini selepas kes liwat dijalankan, semua isu tersebut seakan hilang begitu sahaja. Biarpun ada tangkapan dan perbicaraan yang bakal diadakan, namun ternyata ia nampak semakin dingin. Malah "kes liwat" yang dikatakan membabitkan mantan TPM, Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari Azlan dikatakan berjaya mengatasi banyak isu-isu panas di negara kita mutakhir ini, termasuk kes Menteri Besar Perak baru-baru ini.

Namun begitu, apa yang ingin kami dedahkan kali ini ialah satu isu yang harus dianggap sensitif terhadap seluruh umat Islam di negara kita. Rupanya, ada isu penghinaan terhadap agama Islam yang lebih berat dan perlu diberi perhatian telah berlaku penghujung tahun 2009 yang lalu. Namun, dek kerana ia agak terpencil maka isu tersebut tidak diberi perhatian secara meluas oleh pihak media arus perdana. Kami bukanlah mahu mencari jalan untuk mewujudkan perbalahan atau kekacauan sebenarnya. Namun, sebagai orang Melayu yang beragama Islam maka kami juga terpanggil untuk memaparkan adengan ini agar ia dapat diberi perhatian oleh pihak berkuasa terutamanya yang menjaga kepentingan agama di negara kita. Isunya berkaitan sebilangan pelajar dari Sek.Men St.Augustine, Betong Sarawak didapati telah secara jelas menghina dan menjatuhkan maruah agama Islam di negara kita. Bukti jelas dengan paparan video di bawah, mereka menghina laungan "azan dan solat" orang Islam. Malah, kejadian yang cukup menggemparkan ini berlaku dalam sebuah gereja di sana. Sama ada perkara ini disedari atau tidak, sama-samalah kita mengambil perhatian dan iktibar atas perkara ini. Natijahnya, rakyat Malaysia perlu diajar saling hormat menghormati antara satu sama lain. Jika inilah keadaannya, maka pihak berkuasa haruslah menjalankan siasatan yang rapi untuk menahan dan mendakwa pihak terbabit. Penghinaan itu amatlah memalukan dan menjatuhkan maruah Islam. Jika kerajaan boleh menagkap dan mendakwa Blogger Aduka Taruna kerana menghina Almarhum Sultan Johor, maka mengapa tidak kepada mereka yang terlibat dengan jelas adengan ini?.


[Kami amat terkejut dengan adengan yang dilakukan ini. Mereka begitu gembira melakonkan babak-babak dalam solat sambil menghinanya. Memandangkan kejadian ini dirakam dan dilakukan oleh para pelajar Sek.Men St.Augustine Betong Sarawak, maka itu diharapkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang dipimpin Oleh TPM Muhyiddin Yassin dapat mengambil tindakan tegas atas perkara ini. Masalah yang berlaku, rakaman tersebut disiarkan dilaman Youtube. Ini menunjukkan seolah-olah mereka sengaja mahu menyakitkan hati Umat Islam di negara ini. Maka itu marilah kita bangkit menyatakan bantahan atas perkara ini. Sesungguhnya penghinaan ini amatlah keterlaluan buat kita semua. Bahkan kami amat yakin paderi dan orang Kristian sendiri tidak merestui perkara ini berlaku. Kita harus hormat antara sesama agama di negara kita. Barulah rakyat akan hidup aman dan sejahtera selamanya. !!].
Share:

Kes Liwat: Peguam Cara Negara II,Si Yusof Zainal Abidin Menegur Karpal Singh Kata Hakim Datuk Mohamad Zabidin Bin Mohd Diah Adalah Bodoh !

KUALA LUMPUR, 11 Feb [11.32 am] - Peguam Karpal Singh (foto) yang mengetuai pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu, Rabu ditegur kerana menggunakan perkataan kasar terhadap Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mengadili kes itu. Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan dalam kes itu berkata, Karpal bebas mengemukakan hujah tanpa perlu menghina hakim. "Untuk mengatakan Yang Arif berbohong adalah terlalu kasar. Walaupun kita boleh berhujah sebaik manapun untuk anak guam kita, tetapi menggunakan perkataan kasar adalah tidak wajar. "Kita boleh berbuat demikian dengan sopan dan beretika," katanya ketika berhujah semasa mahkamah mendengar permohonan pihak pembelaan supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada kes itu kononnya kerana beliau berat sebelah. Sebelum itu, Karpal berkata bahawa oleh kerana Hakim Mohamad Zabidin tidak berterus terang kerana tidak merujuk Utusan Malaysia bagi kesalahan menghina mahkamah berhubung laporan yang dianggap palsu, pihak pembelaan melihat itu sebagai "satu pembohongan oleh Yang Arif". Anwar, 63, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Pertuduhan adalah mengikut seksyen 377B Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan. Perbicaraan kes itu masuk hari keenam hari ini tetapi ditangguhkan bagi mendengar permohonan oleh pihak pembelaan itu.

[Hakim yang bijak ialah hakim yang bersikap profesional dan tidak nampak biasa dalam mengendalikan apa jua kes mahkamah yang dihakiminya. Namun, apabila seseorang hakim dilihat cenderung kepada "kontroversi" seperti kes Saiful ini, maka memang layaklah ia digelar hakim yang bodoh. Ini kerana hakim itu sanggup diperalatkan demi masa depan dan kemewahan yang bakal dikcepainya. Jika mereka bijak dan menentang arus, maka sudah pasti mereka akan ditendang oleh pemerintah yang zalim. Jika hakim tidak mahu jadi orang yang bodoh, maka lakukan tanggungjawab dengan amanah, ikhlas dan jujur. Jika tidak sudah pasti mereka dianggap bodoh kerana rela diperbodohkan !!].

Share:

Kontroversi Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah, Kes Fitnah Liwat Ditanguhkan Ke 25 Februari ini !

PUTRAJAYA 10 Feb [3.00 pm] - Mahkamah Persekutuan menetapkan 25 Februari ini bagi mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyemak semula keputusan akhir panel terdahulu yang menghalangnya mengakses semua dokumen penting pendakwaan dalam kes liwat. Tarikh itu dimaklumkan kepada pemberita oleh peguam S.N. Nair setelah pihaknya menerima faksimile daripada Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan di sini pada pukul 2.50 petang, tadi. Beliau bagaimanapun kesal atas kelewatan pendengaran semakan tersebut kerana ia akan menyebabkan perbicaraan kes liwat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ditangguhkan sedangkan ia telah ditetapkan berlangsung selama sebulan bermula 25 Januari hingga 25 Februari ini. Jumaat ini, Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Ketua Pembangkang itu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan liwat. Minggu lalu, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff dalam pertemuan dengan pihak pembelaan dan pendakwaan selama hampir sejam di kamar beliau memberi jaminan tarikh itu akan ditentukan selewat-lewatnya Jumaat lalu. Ketika itu, Karpal memohon prosiding semakan dipercepatkan bagi membolehkan beberapa persoalan undang-undang yang masih tergantung diselesaikan di peringkat tertinggi terlebih dahulu sebelum perbicaraan penuh bermula. Bagaimanapun, perbicaraan liwat dimulakan dengan mendengar keterangan saksi pendakwa pertama, Mohd. Saiful Bukhari Azlan seperti yang dijadualkan setelah Mahkamah Tinggi menolak permohonan penangguhan.

[Nampaknya kes fitnah liwat ini bertambah kontroversi bila hakim bicara sendiri pun dipertikaikan kerana kelihatan bias dalam membuat tindakan. Apakah ini gayanya hakim yang ada di Malaysia selepas kita dikejutkan dengan hakim "correct, correct,correct" dan Hakim "coklat Hacks" dulu. Ini bermakna, sistem undang-undang di negara kita tidak berubah gara-gara pihak kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan kes Hakim Linggam, biarpun siasatan telah disiapkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja itu sendiri. Maka, itulah kita tidak hairan dengan keputusan yang bakal dibuat terhadap Anwar nanti. Apapun, rakyat perlu teruskan perjuangan dan berdoa agar kes ini dapat diadili dengan sebaiknya demi sebuah perjuangan].
Share:
Share:

Gempar: Saiful Bukhari Azlan Buat Laporan Polis Mendakwa Kononya Dia Menerima Ugutan Bunuh Menerusi Laman Sosial Facebook Anwar Ibrahim!



KUALA LUMPUR 9 Feb [2.32 pm] – Saksi utama perbicaraan kes fitnah liwat yang melibatkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Saiful Bukhari Azlan hari ini membuat laporan polis mengenai ugutan bunuh yang diterimanya. Ugutan itu kononnya dipercayai ada kaitan dengan perbicaraan yang sedang berlangsung. Bekas pembantu kepada Anwar itu ditemani peguam Zamri Idrus serta bapanya iaitu Azlan Mohd. Lazim tiba di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini kira-kira pukul 12.15 tengah hari. Laporan itu dibuat terhadap seorang lelaki yang mendaftar dirinya atas nama “Anaz Zahari” di dalam laman sosial Facebook. Anaz didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan bunuh dalam laman sosial Anwar Ibrahim itu. Kenyataan itu menyebut: “Kepada rakan-rakan sekalian... Siapa-siapa yang mengenali atau pun berjumpa dengan Saiful Bukhari Azlan di mana-mana saja, anda diwajibkan membunuh beliau dengan apa cara sekalipun demi keamanan manusia sejagat”. Saiful berkata, beliau buat laporan polis kerana bimbang keselamatannya.

[Amat melucukan melihat adengan ini sebenarnya. Membuat laporan polis kononnya diugut bunuh menerusi tulisan dalam Facebook jelas sekali menunjukkan betapa ceteknya ilmu Saiful ini. Umum mengetahui sesiapa sahaja boleh menyamar dengan Facebook ini. Mereka boleh mendaftar, upload gambar dan meletakan apa sahaja pada profail peribadi masing-masing. Ia merupakan laman sosial bebas yang disertai oleh berjuta-juta manusia di seluruh dunia. Tulisan yang disiarkan juga boleh ditulis oleh sesiapa dengan syarat mereka berdaftar terlebih dahulu dengan Facebook. Maka itu, puak-puak UMNO dan sahabat Saiful boleh mendaftar di Facebook dan kemudian menggunakan nama samaran untuk menghantar mesej yang berbaur ugutan terhadap dirinya. Konon, ada orang mahu membuat tindakan jenayah terhadapnya. Ini semua adalah tektik kotor yang akan menyerlahkan lagi tahap kedangkalan mereka yang mereka cipta isu itu. Polis sudah pasti akan menyiasat tuan punya laman terbabit iaitu Anwar sendiri jika mereka tidak berjaya jejaki "Anaz Zahari" yang diperkatakan itu. Maka itu janganlah hairan dengan isu terbaru ini].

Share:

Perbicaraan Kes Fitnah Liwat Anwar Ditangguh !!



KUALA LUMPUR 9 Feb [10.36 am] - Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan lagi ke pukul 9.30 pagi esok bagi membolehkan pihak pembelaan memfailkan afidavit balasan terhadap afidavit jawapan pendakwaan berhubung permohonan Anwar supaya Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dilucutkan daripada mendengar kes itu. Karpal mengemukakan permohonan itu semalam atas alasan tidak berpuas hati dengan keputusan hakim dalam permohonan mereka agar dikenakan tindakan menghina mahkamah ke atas Utusan Malaysia yang membuat liputan kes liwat kedua Anwar kali ini. Oleh itu, hakim menangguhkan perbicaraan sehingga 9.30 pagi esok bagi membolehkan Karpal memfailkan jawapan balasnya hari ini. Dalam mengemukakan permohonannya semalam, Karpal berkata keputusan mereka itu berdasarkan rasa tidak puas hati terhadap cara hakim mengendalikan permintaan agar mengambil tindakan menghina mahkamah ke atas akhbar berkenaan. Menurut Karpal, cara hakim mengendalikan permintaan berhubung tindakan akhbar itu “membawa elemen bahaya di pihak hakim yang arif.” Karpal telah membangkitkan corak liputan Utusan Malaysia baru-baru ini.

[Ternyata rakyat juga tidak mahu mahkamah di Malaysia terus pincang dibuat dek hakim yang jelas tidak berkreadibiliti. Malah tindakan hakim menolak bulat-bulat permohonan Karpal terhadap Utusan Malaysia itu membuktikan bahawa memang beliau tidak profesional dalam tugasannya itu. Tambahan pula dengan tindakannya yang sanggup menyembah Saiful bagi melihat sendiri dan mendapatkan maklumat jelas seolah-olah dirinya itu peguam dan bukannya hakim yang mengendalikan kes ini. Oleh itu wajarlah Zabidin digantikan dengan hakim yang lebih profesional].
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.