
Kelulusan Projek Lynas Di Buat Dalam Tekanan
Pendekkata semuanya seolah-olah dibuat dalam tekanan yang melampau oleh pihak berkuasa yang mahu melihat Lynas beroperasi biar pun tahu risiko yang bakal dihadapi oleh rakyat. Akhirnya rakyat yang tidak berdosa terpalit dengan risiko yang bakal dihadapi untuk tempoh yang lama, mungkin 20 atau 30 tahun akan datang atau sampai bila-bila. Masa itu, kita mungkin sudah tidak nampak lagi "batang hidung" Menteri Besar Pahang dan barisan exconya yang ada sekarang. Malah, paling awal ialah kelibat pakar-pakar IAEA itu juga mungkin akan hilang hujung bulan ini selepas mereka mengesahkan keputusan positif pembinaan kilang Lynas itu nanti. Maka, ketika itu siapakah yang harus dipertanggungjawabkan?. Apakah tragedi hitam di Bukit Merah akan berulang kembali di Kuantan agaknya?. Rakyat sudah pasti akan terus menderita dek keputusan kerajaan yang ternyata "tidak cerdik" itu. Maka itulah, rakyat diseru terus bangkit menentang dan membuat bantahan dalam apa jua keadaan sekali pun. Kerajaan yang zalim dan tidak "mendahulukan" rakyat ini perlulah dijatuhka dalam Pilihanraya Umum akan datang. Masa sudah tiada untuk kita berkompromi dan mendengar "lawak jenaka" pemimpin mereka kononnya risiko radioaktif yang bakal dihasilkan oleh Lynas lebih rendah dari radiasi pada telefon bimbit, televisyen, matahari, bitumen track dan sebagainya. Mereka cuba memperbodohkan rakyat dengan alasan "dangkal" yang jelas tidak masuk dek akal itu. Mentaliti mereka jelas "jatuh ke tahap yang paling rendah" dek kerana terlalu seronok untuk melihat Lynas beroperasi dan menikmati hasilnya dikemudian hari.Derita Rakyat Akan Di Buktikan Pada PRU-13 Ini
TPM Tolak Memorandum Bantahan MCA Di Balok
Maka apa masalah jika pembangkang yang bangkitkan isu ini, selepas rakyat melihat parti yang sepatutnya menjuarainya iaitu UMNO BN menikus dek kerana takut dengan pemimpin atasan mereka. Mereka menyokong membabi buta dengan bayaran tertentu tanpa mengetahui apakah isu yang sepatutnya diperjuangkan. Mereka juga harus ingat bahawa bantahan Lynas turut disuarakan oleh rakan-rakan dari parti komponen BN sendiri iait MCA. Malah difahamkan MCA pernah menghantar memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin ketika beliau berkunjung ke Kuantan baru-baru ini. Memorandum yang meminta kerajaan membatalkan projek Lynas demi rakyat itu telah disorok oleh pihak terbabit daripada pengetahuan media arus perdana. Malah, memeorandum itu akhirnya di"bakul sampahkan" begitu sahaja, akibat takut perkara ini terbongkar. Ini bermakna MCA juga menyokong bantahan Lynas, soalnya kenapa ia dikatakan isu pembangkang?. Kesimpulannya, rakyat memang tidak mahu kilang Lynas beroperasi dalam apa jua cara sekali pun. Malah mereka mahu kilang itu dibawa balik ke negara asalnya iaitu Australia. Jika kerajaan negara itu pun menolak kebenaran membina kilang terbabit di negara mereka dek kerana gusar dengan risiko yang bakal melanda, maka kenapa harus kerajaan kita menerimanya?. Bukankah ini membukti memang ada sesuatu yang tidak kena dalam hal ini sebenarnya. Atau mungkin juga sokongan kuat diberikan oleh IAEA ketika ahli keluarga Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob iaitu adingnya sendiri Dato' Muhammad Shahrul Ikram Yaakob memimpin agensi itu mulai tahun 2009 hingga 2010. Maknanya, beliau berada di situ ketika isu ini sudah pun menjadi begitu kontroversi sebenarnya. Apakah kita tidak boleh kaitkan ada "udang di sebalik mee" antara mereka berdua sebenarnya?. Inilah yang perlu disedari oleh rakyat Kuantan sekarang![Semua alasan ini tidak boleh dinafikan sebenarnya, kerana umum telah mengetahui bahawa Kerajaan Negeri Pahang memang dipimpin oleh pemimpin yang mengamalkan rasuah, korupsi dan penyelewengan selama ini. Lantaran itulah kita tidak hairan Lynas begitu mudah masuk ke ke negeri ini, selepas gagal mencari tapak lain di mana-mana lokasi di seluruh dunia. Akibat kemaruk mahu mendapatkan pelaburan bagi menaikkan ekonomi negeri maka kerajaan Negeri Pahang akhirnya rela menerima industri berisiko seperti itu tanpa memikirkan bahayanya kepada rakyat. Tergamak mereka "persetankan" rakyat hanya untuk bermain "silap mata" dibelakang kita. Sedangkan kita tahu masing-masing pasti akan mendapat habuan dan keuntungan yang berterusan buat sekian lama. Inilah yang berlaku dalam industri perlombongan bijih besi yang menjadi igauan ramai pemimpin UMNO di negeri ini. Mereka tahu sekali dapat, makan lama hingga berpuluh tahun. Malah hasilnya juga lumayan dan sungguh menakjubkan. Sebab itu kita tidak hairan Kerajaan Negeri Pahang rela mengagih-agihkan banyak kuaota lombong bijih besi kepada poksi dan ahli keluarga mereka sendiri. Hasil mahsul negeri dijadikan harta "bapak mereka" sesuka hati. Inilah yang ditentang oleh pahlawan Melayu Pahang ketika zaman penjajahan British dulu. Kini ia berulang lagi, tetapi mereka yang merompak adalah "tali barut" Brtitish yang bertopengkan perjuangan Melayu dalam parti UMNO. Rakyat juga yang tertipu akhirnya. Justeru itulah mereka perlu bangkit menyatakan bantahan jika mahu generasi akan datang dapat hidup selesa, aman dan tenteram. Lakukan perubahan dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Jom Ubah Sekarang!]






















