script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Gara-Gara Melibatkan Nama Pihak Istana Dalam Kontroversi "Projek Lynas", Seorang Ustaz Telah Di Siasat Polis Dekat IPD Kuantan Semalam

KUANTAN, 22 Jun - Ini berita panas yang baru kami terima. Dipercayai seorang yang bergelar "Ustaz" telah disiasat polis gara-gara mengeluarkan kenyataan yang mengaitkan "pihak istana" dengan projek kontroversi pembinaan kilang memproses rare earth Lynas Corporation yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Kejadian dipercayai berlaku di Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Taman Chenderawasih dekat sini malam semalam. Ustaz terbabit difahamkan merupakan anak kepada seorang "tokoh agama" tersohor di bandar ini. Beliau dikatakan telah menyampaikan tazkirah Maghrib di masjid terbabit, dalam dalam kerancakan menyampaikan kuliah agamanya itu dia tersebut berkenaan isu "Lynas". Mungkin dek kerana keghairahan memberikan komen dan pandangan akhirnya beliau tersebut nama "pihak istana" terbabit yang kononnya dikaitkan dengan projek berkenaan. Lantaran itu, satu laporan polis telah dibuat oleh beberapa orang pemimpin UMNO setempat yang dipercayai turut mendengar tazkirah berkenaan. Akibat tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut, maka pihak terbabit telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan. Ustaz terbabit dilaporkan telah disiasat oleh pihak polis selama lebih tiga jam atas kenyataan terbabit. Perkara ini dipercayai telah sampai ke pengetahuan pihak istana. Malah, difahamkan juga pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) diarahkan supaya menggantung sementara Ahli Jawatankuasa Masjid berkenaan sehingga ke tarikh yang bakal dimaklumkan kemudian.

[Kami akan melaporkan seterusnya kes ini selepas mendapatkan info terkini daripada pihak yang berkenaan. Difahamkan isu ini kian kecoh di pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Tambahan pula ustaz berkenaan dikatakan hanya menggantikan slot ayahnya untuk menyampaikan tazkirah pada malam kejadian. Justeru itu, rakyat Pahang diseru agar lebih berhati-hati dengan kenyataan terutamanya yang melibatkan pihak istana dalam berbagai isu sensitif yang berlaku di negeri ini. Institusi istana perlulah dihormati walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Tindakan mengeluarkan kenyataan biar pun secara tidak sengaja akan menyebabkan berlaku kekeliruan terutamanya bagi pihak istana. Langkah terbaik ialah berhadpaan dengan kerajaan yang dipilih menerusi politik dalam isu sensitif seperti ini. Istana perlu dilihat berada diluar politik dan wajar dihormati oleh semua pihak. Memang ada banyak kedengaran pihak-pihak tertentu yang dipercayai marah kepada pihak istana, kononnya terlibat dibelakang tabir projek Lynas tersebut. Namun mereka harus ingat, selagi tiada bukti kukuh maka pihak-pihak berkenaan tidak wajar mengeluarkan kenyataan secara terbuka. Tambahan pula isu Lynas memang semakin sensitif dan cukup kontroversi sekarang].
Share:

14 ulasan:

  1. Nak tegur sikit kesilapan tatabahasa:

    "Justeru itu, rakyat Pahang diseru..." tak perlu "Justeru itu" hanya "Justeru" sebab justeru nak membawa makna "itu"

    Sekian :)

    BalasPadam
  2. Justeru itu membawa maksud bollshit to umngok bakal padam PRU13

    tk faham lagi...aku ulas sikit lg...kepada umngok siap sedia utk mampus...

    sekian

    BalasPadam
  3. hahaha above the law ker samapai dok leh nok usik dan sebut lansung,, bangang punya pdo

    BalasPadam
  4. lagi bangang and sewel kepuak umno dan penyokong2 tegarnya,yg akan mengundang bencana kpd negara di atas kerakusan pemerintahan mereka selama ini.Bahalol sungguh kepuak umnoprono ni.....

    BalasPadam
  5. salam alayk...saya ustaz yg menyampaikan kuliah tersebut...mengenai isu istana, dengan nama Allah saya tidak menyebut apatah lg menghina...yg saya sebutkan ialah masalah kepimpinan yg tidak mendengar rintihan rakyat berhubung isu Lynas...foto yg saudara tampilkan juga tidak benar kerana saya pasti dengan bilangan jamaah yg hadir dlm kuliah sy...tggungjwb menyampaikan kbenaran adalah tugas yg utama..inshallah sy akan jelaskan perkara sbenar dlm entri d blog sy dlm msa terdekat...maktabahhadith.blogspot.com

    sekadar penjelasan..sekian,syukran..:)

    BalasPadam
  6. depa ni maksum kaa?

    BalasPadam
  7. cerita sebenar di masjid cenderawasih

    http://maktabahhadith.blogspot.com/2011/06/menjawab-tuduhan-manusia-bacul.html

    BalasPadam
  8. Dapatkan fakta sebenar siapa yang membuat lapuran polis sebelum menunding jari.

    BalasPadam
  9. UMNO ni memang pantang ada ustaz sentuh soal kepimpinan negeri atau negara. Terus dicop ustaz PAS lah, ustaz pembangkang lah... Sebut pasal undang2 Islam dalam masjid pun depa sensitif. Teruk betul Melayu yg dilahirkan UMPORNO.

    BalasPadam
  10. Puak UMNO ni x ramai yg rajin solat jemaah. Yg ada dua tiga kerat tu pulak datang bukan nak dengor kuliah timba ilmu, tapi cari part yg boleh dibuat modal report polis. Kat kg aku pun lagu tu jugak puak UMNO ni. Hati busuk longkang sgt dgn Ustaz-ustaz.

    BalasPadam
  11. foto tu hanyalah gambar hiasan jer kot.... bukankah PDO ada kata akan membuat laporan terperinci kes ini.. kita tunggu jer larr... ke guaner

    BalasPadam
  12. bila orang jahil berbicara,,beginilah jadinya...sungguh kasihan sekali sama kalian.. sungguh buta hati manusia ini..kesombongan telah menutup segala kebenaran dihadapan mereka..ingatlah!seksaan ALLAH AMAT PEDIH bagi hambaNYA yang menolak kebenaran...BERTAUBATLAH!!!SEBELUM TERLAMBAT!!! SIA2 saja tuduhan seperti ni jika kemenangan dunia yg diimpikan..sama2 k0reksi diri balik.. tq.

    BalasPadam
  13. hai orang -orang umno ke pas ke ape2 parti la kan ,hangpa dah takdak keja sangat ke ?? pantang sebut sket ,dah nak repot polis .derr ,matang sket ar derr ,ce kasi incik2 polis tu keja yang mencabar sket oi .takat nak menginterview ustaz ni tak payah ar der ..lagi satu kan ,ustaz ni umur baru bape ? hangpa yang sibuk merepot tu pliz la cari lawan yang layak sket .derr yang merepot ,hangpa jangan ingt kami generasi alaf baru ni tak reti bab2 politik weh ! gua emo neh !

    BalasPadam
  14. xperlu nk besar2kn bnda yg buleh dselesaikan dgn baik...yg mendengar pulak,,jgn la nk wat spekulasi lebih2...dgar dr dua belah pihak dulu..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.