KUANTAN, 7 Jun - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) digesa tidak mengeluarkan kenyataan dangkal dan kebudak-budakan dalam mempertahankan projek kilang memproses rare earth milik Lynas Corporation yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Tindakan Adnan yang menggambarkan kononnya radiasi yang dikeluarkan oleh telefon bimbit, kereta dan bitumen track (tar) lebih tinggi dari apa yang akan dikeluarkan oleh rare earth. Tapi kononnya masih diperingkat yang boleh dikawal. Beliau juga mengatakan radiasi yang akan dikeluarkan oleh rare aarth beribu-ribu kali lebih rendah tahap radiasinya dari bitumen track (tar). Malah Adnan juga dengan bangganya mengaitkan radiasi matahari itu lebih tinggi daripada rare earth. Semua alasan dangkal ini membuktikan betapa lemahnya mentaliti Menteri Besar Pahang ini sebenarnya. Beliau menganggap rakyat semua boleh diperbodohkan seperti orang-orang UMNO BN agaknya. Malah beliau sanggup mengatakan akan menutup semua kilang di Gebeng yang katanya juga menghasilkan radioaktof, jika rakyat membantah operasi kilang Lynas itu. Soalnya sekarang, apakah Adnan berfikir rakyat boleh menerima kenyataan beliau itu agaknya. Beliau hanyalah bekas seorang guru sahaja dan tidak layak untuk mengulas tentang rare earth berasaskan akal fikirannya semata-mata. Memang benar apa yang dikata bahan-bahan terbabit juga ada radiasi, namun risikonya adalah rendah dan tidak berbahaya berbanding dengan rare earth. Memang kilang-kilang di Gebeng ada radiasi tetapi semuanya sudah terbina dan apakah kita perlu menambah lagi risiko yang telah sedia ada?.


Hanya dengan taklimat atas meja begini akhirnya Adnan terima Lynas



Hanya dengan taklimat atas meja begini akhirnya Adnan terima Lynas

Akrab, mungkin kerana pertemuan ini Adnan ikut kehendak CEO Lynas

Seiring dan sejalan, akhirnya CEO Lynas didahulukan dan rakyat diabaikan

Seiring dan sejalan, akhirnya CEO Lynas didahulukan dan rakyat diabaikan
[Kenyataan Adnan ini hanya layak dibuat dihadapan penyokongnya sahaja, tetapi bukan rakyat yang secara majoriti menolak operasi dan pembinaan kilang tersebut. Adnan sepatutnya memikirkan risiko yang bakal dihadapi oleh rakyat. Biar pun tahap radiasinya kecil, namun ia tetap berisiko dan apabila ia bertambah-tambah bukankah ia akan menjadi risiko yang besar. Oleh itu, adalah disyorkan agar Adnan belajar lagi tentang rare earth sebelum ingin mengeluarkan kenyataan yang memang jelas menunjukkan beliau ada menyembunyikan sesuatu sebenarnya. Apa yang pasti, semakin Adnan bersuara maka semakin ramai rakyat akan menolak Lynas. Malah ramai dikalangan mereka menyampah dengan "kempen Lynas" Adnan ketika berucap di Perhimpunan Pagi Kakitangan Kerajaan di Wisma Sri Pahang yang disiarkan secara langsung menerusi Radio Pahang FM pagi semalam. Adnan jelas menggunakan kesempatan itu untuk mengeluarkan hujjah dangkal yang menyebabkan rakyat semakin yakin bahawa beliau "tegakkan benang yang basah" dalam kontroversi Lynas ini].







Celaka Adnan Yaakob woi... dia ingat negeri pahang ni mak bapak dia yang punya ke?
BalasPadamtok nan telah dikambeng hitamkan oleh kambeng biri2 walaupon beliau seakan kambeng boa.jika terkena radiasi akan bertukar jadi kambeng korban.
BalasPadamProjek Lynas... ada udang di sebalik batu Pok Nan.
BalasPadamPAS... ada kutu di sebalik serban bosar engko orang tu..
BalasPadamask him to build a house in gebeng and live near there with his family,,, ,,, pay him with share...............
BalasPadamProjek yang BAGUS untuk ekonomi Pahang. Impak positif bahawa 300 pekerja peringkat bawahan diwujudkan (gaji 300 orang x RM1,000 sebulan = RM300,000 sebulan), impak ekonomi sekitar (peniaga gerai, tuan rumah dll = RM3juta sebulan. Impak negatif, harga rumah merudum 50%, dulu boleh jual RM150,00 sekarang hanya 100,000 sahaja. Rugi 50,000 x 10,000 rumah = RUGI 500 juta. Rugi pelancong tak datang sekitar Kuantan = 300,000 orang x RM1000 = RM300 juta sebulan.
BalasPadamProjek Rare Earth memang BAGUS untuk ekonomi sekitar Kuantan? Rakyat Malaysia yang bijak boleh pikir siapa yang diutamakan, dan siapa yang didahulukan...
tok nan nanti bila pencen boleh balik bentong.... padan muka orang kuantan..... kesian kat orang kuantan jugak.
BalasPadamPRU13 nanti kita kasi tukar itu MB Pahang,k...
BalasPadamlebih baik kita tukar semua sekali MB dan exco2 nyer yg samseng tuh...
BalasPadamini episod balas dendam ngan PAS,PRU lepas BN dah bungkus kat area sg.ular hingga beserah.Tahun lagi bungkus,korek dan tanam forever.
BalasPadamApa pun rakyat buat bising semua tak akan diambil berat projek itu tetap akan berjalan kerana ia tidak membawa kesan negatif kepada rakyat jadi kerajaan akan memang teruskan projek ini,INILAH PENDAPAT KERAJAAN okay
BalasPadamAlo PDO.Sebenornyeee awok yg xsekolah.kwn nengor x jer vidoe clip long nan tau dah dia ada buat home work pasai rare earth.tok siak kg kawan ckp rare earth hanya merupakan mineral yg ada atas moke bumi ni sama mcm mineral2 lain gak saperti granite iron,coper dan bermacam2 mineral yg lain.tok siak kg kawan ckp lg yg ada radiasi yelaa thourium dlm rare earth tu.xp jumlahnye kecik sgt.misalnye dlm 1000 tan rare earth tu ande entah berapa mili hon jer.tok sik kwn kabor lg utk dapatkan nisbah sebenar thorium dlm rare earth sila rujuk kitab tajul muluk.satu lg sekiranya thorium yg ada didalam rare earth tu tidak dihuraikan kesan radiasi xdak terjadi.klu xdak ramai dah org Maran mati kena radiasi bab kat Maran ada 2 butir bukit yg dikenal pasti sumber rare earth.tokki kawan dah antar test sampel batu dia kompom rare.
BalasPadamSelamat tinggal Kuantan, aku nak bawak mak bapak aku tinggal kat Los Angeles....aku tak nak jadi mangsa LYNAS, nasib korang lah tinggal kat Kuantan...hahahaha
BalasPadamorang kampung:- kau mmg bodoh bin bahlul kalau doh org maran tu maran jugok la, bodoh x habih-habih sb org maran ni banyok puok-puok UMNO sb tu la bodoh mcm babi hutan....
BalasPadamorang umno tentang duit depa paham le, tentang keselamatan mana depa paham.
BalasPadamrasuah
rasuah
rasuah
taukey china garu kepala ma...
luit, luit. luit selalu ke pau ma..
Anom june 10 2011.12.49pm. Toknyang mu. kwn bukan org maran lee... kwn org amerikano. bab tu mak ayah suruh gii sekolah lain x gii jgn monteng.dah bodoh ngalah ke cipan. buat malu ngan tok siak kg kwn jer.klu nak tulis pasai Linas klu xada ekor geology ke geofizik xpayah.baik ikut kwn noreh getah dpt gak duit.klu frust sgt xdpt lombong besi ngan long nan moh kita jumpe ustaz azizan kedah tempat wokme merentah.gebalee ke tempat org wat menda.
BalasPadam