Pages

Para Majikan 'Workshop Padang Lalang' Kuantan Anjurkan Majlis Minum Petang Membantah Lynas

KUANTAN, 2 Jun - Satu jamuan minum dibuat oleh majikan-majikan workshop di kawasan Industri Padang Lalang petang semalam. Lebih daripada 100 orang menyertai jamuan tersebut. Majikan Wai Worshop, En. Tan Meng Wei berkata, "kami membuat jamuan minum ini ...terutamanya kepada pekerja-pekerja dalam Padang Lalang, supaya mereka juga dapat menyumbangkan sedikit sebanyak tenaga supaya turut membantah Lynas bersama walaupun sibuk bekerja tiap tiap hari." Ahli Jawatankuasa Save Malaysia juga dijemput untuk promosi T-shirt dan Sticker cermin kereta yang membawa mesej "Hentikan Lynas" serta bergaul dengan para hadirin yang ada banyak tidak sedar tentang isu Lynas yang kian panas dan kritikal. Pada mula-mulanya difahamkan, teh akan disediakan, tapi pada akhirnya, air mineral dalam pack jenis cawan dihidangkan. Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh juga menghadiri jamuan ini untuk memberi sokongan. Jamuan ini berakhir pada pukul 3.30 petang dan pekerja-pekerja pun balik ke tempat kerja masing-masing. Jadi, Kempen untuk menggalakkan kesedaran umum tentang bantahan Lynas ini adalah berjaya! Rakyat berhak tahu isu Lynas sebenar dan adalah hak rakyat untuk menyuarakan tidak kepada Lynas demi kehidupan semua, asalkan tidak melanggar undang-undang.

[Lynas Advance Material Plant (LAMP) adalah Kilang pemprosesan nadir bumi yang berkemungkinan amat besar untuk memusnahkan alam sekitar dan menjejaskan kesihatan penduduk yang tinggal sekitar 30 km darinya yang berpopulasi 700 ribu orang. Namun, Lynas diberi cuti cukai selama 12 tahun dan Rakyat Malaysia pula akan terpaksa memikul tanggungjawab yang tidak munasabah, iaitu menjaga tempat simpan sisa radioaktif merbahaya untuk selama-lamanya.
Syabas dan tahniah kepada majikan workshop Padang Lalang yang turut prihatin dengan isu rakyat ini. Nampaknya, semakin ramai rakyat yang teris menyokong kempen bantah Lynas. Apakah kerajaan akan "keras kepala" untuk teruskan juga projek ini agaknya?. Jika ini berlaku pastilah pilihanraya umum akan datang akan ada kejutan besar buat UMNO BN].

12 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Miecyber berkata...

Kita tentang Lynas habis habisan...

E.coli kebal

Awanama berkata...

Ya... terbukti blogger UMNO mengarut bila mereka cakap hanya Fuziah sorang2 gila meroyan cari glamour bangkitkan isu Lynas.

Terbukti semakin banyak pihak sedar akan bahaya Lynas. Teruskan perjuangan kita sebarkan kepada rakyat tentang isu ini. UMNO BN cari nahas je menyokong Lynas ni.

Awanama berkata...

BN telah mengambil beban politik dengan isu LYNAS. Tahniah kepada CMK dan semua pejuang Anti-Lynas.

Awanama berkata...

hidup Lynas..teruskan projek Lynas...

Awanama berkata...

Aku rasa projek Lynas nih akan diteruskan jugak. Yela projek RM 700 juta tuh...xkn nk tutup lak...xkn bangunan tuh nk bg sewa wt gelanggan futsal lak.

Dengan alasan projek akan diteruskan dan akan diselia dibawah agensi tenaga atom malaysia...

cakap da jenuh komen pon da jenuh pasni kt pakat berdoa agar Allah bantu kt expecially warga kuantan yg tolak Lynas & turunkn hidayah kt penjilat kerajaan yn sokong Lynas nih.

Kita sama2 pastikan kita TUKAR kepimpinan PAHANG ni dlm PRU-13 nanti...tu jer caranya....

Allahhuakbar...

Awanama berkata...

Aku sokong kita tukar je Pemimpin dlm PRU13 nanti....

Awanama berkata...

Lynas guna 500m3 air sehari? sumber ni betul ke? kalau betul memang akan ada masalah.Bagaimana kalau tiba2 takde air 2,3 hari macam baru2 ni?

Awanama berkata...

sila jual/edar sticker stop lynas..ramai yang berminat.buat colection edarkan secara percuma..pasti ramai yang menyokong wpon takut heheh..yelah nak berdemo takut kene cotar fru..tepek kat kete pon jadila

Awanama berkata...

lynas mst dteruskan juga..hidup lynas..hidup pas..pg mampos PKR..baik pas memerintah dr PKR..Parti Kian Rosak akidah & perosak bangsa melayu..hidup Lynas..Hidup PAS..

Awanama berkata...

Apa kurangnya...
PKR Parti Kian Rosak
PAS Parti Angguk Saja
Apa lebihnya?

Hidup UMNO!
Lomg live BN!
Viva Najib!!

Awanama berkata...

Anon 10:43... cuba bagi bukti PKR rosak akidah. Nanti kalau aku bagi 100 bukti UMNO / Pemimpin UMNO rosak akidah karang tak terkata. Jangan sedap bagi nama buruk kat orang.

gladiator berkata...

tu lah tanda mahu kiamat,apabila mereka yang berkuasagileken harta dunia....same2 kite solat hajat mohon pada Yang Maha Kuasa supaya hancurkan mereka itu

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]