KUANTAN, 10 Jun - Orang ramai yang hadir untuk mendapatkan Pas masuk bagi menyaksikan Siaran Langsung rancangan Maharaja Lawak Astro di Dewan Konvensyen Sultan Hj. Ahmad Shah dekat sini petang tadi, kecewa akibat ditpu oleh pihak Astro. Rata-rata yang ditemui menyatakan kekesalan mereka akibat tindakan pihak Astro yang dilihat cuba mencari publisiti murahan dan mempermain-mainkan mereka. Difahamkan Astro memperuntukkan sebanyak 2,000 pas masuk untuk orang awam menyaksikan program tersebut malam ini. Namun, edaran yang dibuat di lokasi itu petang tadi dilihat jauh dari jangkaan. Malah, kemungkinan besar hanya sekitar 500 pas masuk sahaja yang diberikan kepada orang ramai, sedangkan lebih dari dua ribu yang hadir beratur sejak dari awal lagi untuk mendapatkan pas tersebut. Malah, ada diantara mereka yang sanggup datang sejak awal pagi untuk tujuan itu namun hampa apabila dimaklumkan "pas masuk sudah habis". Pihak Astro mewar-warkan tentang pas masuk percuma itu boleh didapati di dewan berkenaan sekitar jam 3.00 petang. Namun anehnya baru jam 3.15 pas tersebut sudah habis. Sedangkan orang yang menunggu masih ramai. Mereka sanggup beratur berjam-jam lamanya dalam panas terik untuk mendapatkan pas tersebut. Malah, ada yang terpaksa meletakkan kenderaan sehingga lebih dua kilometer untuk berjalan kaki ke lokasi terbabit juga hampa dan kecewa dengan senario yang berlaku. Tinjauan kami mendapati orang ramai mula beratur dan memenuhi kawasan itu sekitar jam 2.30 petang. Kelihatan juga para pelajar dari IPT yang berdekatan turut hadir beramai-ramai untuk berbuat demikian. Namun semuanya hampa kerana ditipu akhirnya oleh Astro.
"Saya sudah beratur sejak jam 12.00 tengahari lagi untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan peserta Maharaja Lawak beraksi secara live malam ini. Malahan saya antara yang berada di barisan hadapan dalam jarak yang begitu dekat dengan kaunter Astro. Anehnya, saya juga gagal mendapatkan pas tersebut. Apatah lagi kepada mereka yang beratur panjang di luar dewan", kata seorang surirumah yang ditemui. Beliau meluahkan isi hatinya sambil mengutuk tindakan Astro yang sengaja menyusahkan orang ramai. "Jika mereka tahu pas masuk tidak cukup, maka kenapa dihebahkan dalam TV supaya orang ramai datang ke sini. Nampak sangat Astro sengaja mahu mencari publisiti murahan kononnya rancangan mereka menarik ribuan peminat yang sanggup menyerbu untuk mendapatkan pas masuk berkenaan. Saya sanggung menggendong anak-anak kecil untuk memberi sokongan kepada Astro, tetapi terpaksa pulang dengan perasaan hampa akibat apa yang berlaku", tambah beliau lagi.
[Berlaku sedikit kekecohan ketika pihak Astro mengumumkan pas masuk sudah pun habis. Padahal mereka yang berada di dalam kawasan dewan itu sendiri belum mendapatkannya. Menurut sumber, pas masuk berkenaan sudah diberikan kepada pihak-pihak tertentu sebelum diagihkan kepada orang ramai. Lantaran itulah pas masuk tersebut tidak mencukupi. Sepatutnya Astro tidak mengedarkan pas masuk tersebut kepada pihak lain dengan begitu banyak. Jika itu caranya, lebih baik pas-pas masuk itu dihantarkan saja ke jabatan-jabatan kerajaan dan badan berkanun yang berkaitan. Tidak perlu mereka menyuruh orang ramai hadir berbondong-bondong untuk mendapatkan pas itu di lokasi berkenaan. Sepatutnya, jika Astro sudah menjangkakan bilangan pas percuma sudah tinggal sikit, maka mereka boleh menggunakan alat pembesar suara untuk mengumumkan supaya mereka yang hadir beramai-ramai itu beredar kerana pas tidak mencukupi. Bayangkan tiada seorang pun petugas Astro yang berbuat demikian, dan akhirnya orang ramai terus beratur hingga hampir satu kilometer. Bukankah ini sesuatu yang tidak wajar berlaku sebenarnya. Mereka sengaja membiarkan orang ramai beratur ditengah panas tanpa sebarang makluman. Apakah ini cara kerja Astro yang dikatakan profesional itu. Sudahlah mereka sewenang-wenangnya menaikkan harga perkhidmatan dan mengenakan bayaran tinggi untuk penyambungan sekiranya berlaku pemotongan. Kini mereka sewenangnya mempermainkan orang ramai pula. Semoga Astro bertindak dengan lebih bertimbangrasa lagi selepas ini hendaknya. Peliknya ramai pulak yang berbondong-bondong datang ke situ, kalaulah program agama begini keadaannya maka alangkah indahnya Islam di Malaysia ini sebenarnya].

ada kemungkinan astro naikkan cajnya kerana caj letrik naik.astrokan operasi 24 jam.banyak pakai letrik.lepas ni tol, kedai mamak,panggung wayang,kilang-kilang,7 eleven mungkin juga akan naik harga.orang ramai dah mula risau
BalasPadamdalam hal ni mail sabri x boleh duduk diam je.kementerian beliau inilah yang dilihat oleh rakyat kebanyakan sebagai kurang berfungsi.ada x ada sama je.baik aku ganti mail sabri,kata sorang mamat kat kedai kopi.
mak aihhhh..ramainya..sangup tunggu awai tuh..kalau ceramah agama depa semangat lagu ni alangkah indahnya...indah lagi kalau setiap waktu solat tunggu camgini..contoh subuh 5.30 tp koi 4 dah tunggu kat masjid..heheh..siap sedia untuk di hantam wakaka
BalasPadamHahaha... semua yang berator tu rasanya Melayu. Kalau tanya agama apa mesti kata Islam.
BalasPadamBab nak tengok benda bebukan nih Melayu memang juara. Nak kasi kap lam ya nga kaya memang tiada tandingannya orang Melayu ni.
Tapi kalau bab nak pegi solat kat semejid ker, hampeh.
Ini kalau yang berator dari pukol 12 tu sampai pukol 3, kat mana la diorang solat tuh ???? Nak-nak makcik yang ngendong anak. Mau mamang tak solat pasal nakkan tiket maharaja bewak.
Stupid Malays.sodopa
ape hal tu. ceramah agama ke.oii ramainye.ASTRO wat lawak jenaka rupenye.(MAKSIAT2) Kalaulah 11hb june ni cmni punya ramai indahnye warga2 kuantan mendengar ceramah Agama,Sejuk perut mak ayah.Semua warga dijemput hardir ke CERAMAH AGAMA OLEH USTAZ BADLISHAH BERTEMPAT DI MASJID NEGERIKUANTAN PAHANGPADA 1HB JUNE 2011.
BalasPadamsapalah suruh hang beratur panjang-panjang semata nak dapat tengok maharaja lawak tu.....tengok kat tv dah lah..ni sampai nak dukung anak-anak datang dari jauh..ee..apalah korang ni..ni kalau mak nampak gambar hang kat tv nanati ,,alangkah bangganya..nanti...panas===panas...
BalasPadamade surau kat atas dewan jubli tu..tp kecik jer tak muat ramai..dorang tu solat jemaah kat dalam dewan tu zohor tadi..tak da sape2 amek gambar ker..
BalasPadamzohor mende, hari ni orang solat jumaat le..
BalasPadamha..ha..ha... kena tipu dh le bila hujan siaran selalu tergendala, nak bagi pas percuma pun tipu jagak.
BalasPadamkalau pr memerintah kita guna prabola, astro2 ni tak main la.
masa tilawah peringgkat negeri pahang tempoh hari lebih banyak kerusi dari penonton...ishh..ish...malam penutup pasal sultan yg dtg bagi hadiah terpaksa mengerah askar,jabatan2 kerajaan dan bebudak sekolah asrama untuk memenuhkan dewan...x de pulak yg dtg berpusu2 cam ni..adehhh..
BalasPadamUndi le BN... nanti macam-macam hiburan ada... harga pun macam-macam harga ada...
BalasPadamtu dia orang melayu kuantan bodoh+bengong(yang ada kat situ je)kalau semangat cam ni gi majlis ilmu ok gak... kena lawak bodoh ASTRO padan muka!
BalasPadamtuan2..ini masalah iman bukan parti..bukan masalah ummat di malaysia saja tp diseluruh dunia..semakin kita jauh dgn pencipta kita semakin kita jauh dengan perintahNya..dan smakin jauh untuk beramal kerana kemanisan dan keghairahan amal telah hilang..jadi akhirnya buak maksiat jadi syok..nak amal perintah Allah jadi malas..
BalasPadamkah kah kah padan muka....aku tak simpati langsung....boleh tengok kat youtube la skrg ni...maaf cakap....bengong, tak silap aku masa diorang beratur hari ni kan, jumaat, tak hormat hari langsung...sanggup beratur dr pagi, bejalan kaki 2km utk hiburan...kesian aku, apa malaikat pencatat amalan nak tulis...
BalasPadamtapi dsyat la pas...org berebut2 nak dapat pas. sanggup beratur berdiri berjln sampai 2km utk pas...utk PAS. kalau tgk gambar semua beratur tak berBARISAN pun.
inilah hasil pemerintahan umnobeend selama 50thn,berebut melayu yg mengaku islam utk mendapatkan PAS maharaja bewak(pinjam kata kawan tadi) semata2 utk berhiburan sahaja sanggup terpacak sampai 2,3 jam pas tu sembahyang zohor plak di hari jumaat(mungkin pompuan kot),masjid surau x de plak camni tapi yg berator panjang semuanya mujoreti melayu islam,aduhai bangsaku sudah2 la tu cukup2lah ngan hiburan larooo ni meh!! kita pakat2 turun himpunan bersih2 nanti ini baru ada faedahnya drp dok leka hinggakan negara pun tonggangtebalik pun tak tahu apa2. Aduh... sudah2lah....ingat ALLAH banyak2 berkorbanLah apa saja demi ALLAH....DRP DOK JADI PAKYEKKK ASTRO NI....
BalasPadamramai lagi rupanya LEMBU kat Kuantan ni..!
BalasPadamNape melayu kalau pasal hiburan NO.1 beratur...mcm bodoh. Pasal hiburan..Jom Heboh..Melayu No.1 tapi kalau isu kesihatan sikit nya melayu kerluar bantah. Contoh isu Lynas...kawasan sekitar dimana didirikan kilang lynas terdiri dari orang melayu tapi yang datang membantah...siktnya. Kenapa?? Ini yang teman penin cari jawapan. Isu2 berkaitan dengan hak asasi manusia, isu keamanan, isu alam sekitar, isu kesihatan tiada kesedaran tapi kalu Jom heboh ka...,lawak bodoh ka...nyanyi ka...serah kepada melayu. Y. ye! YYYYYYY. Mungking UMNOporna dah jadikan mereka bagitu. kahkahkah
BalasPadamhasil tarbiah Islam hadhari selama 54tahun...dengan setiap detik jantung berdegup dipenuhi dengan " hiburan " kroni pulak mcam mana buat duit. dan rompakan secara terhormat ...pemimpin dilatih menipu secara profesional..ulamak nya bisu gila ...hasilnya hari ni ...berebut berebut untuk tikit hiburan yg disediakan oleh kroni...maka hilang lah masa sembahyang semata mata hiburan
BalasPadamkah kah kah...da beratur pjg2, patu nk complain pulak..
BalasPadamni la bahana umporno memerintah Malaysia..hiburan berlambak2...
confirm Melayu semua sb Melayu kn suka diperbodohkan...lau x, xkan Umno bole memerintah lame2....
astro ni memang tak patut dah le kita bayar bulanan dia kutip duit iklan ... yang kaya makin kaya le gitu.
BalasPadamApalah nasib MELAYU ..tak habis2 kena tipu...kesian. TAPI kalau PERGI MAJLIS ILMU YG FREE kat masjid kan bagus semangat macam ni.
BalasPadamhok yang beratyur mmg bodoh...kalau x bodoh x yah beratur panjang panjang aku dapt pree je sb aku kroni...kih kih kih padan muka semua kena tipu hidup hidup,......
BalasPadamAnonymous said...
BalasPadamtuan2..ini masalah iman bukan parti..bukan masalah ummat di malaysia saja tp diseluruh dunia..semakin kita jauh dgn pencipta kita semakin kita jauh dengan perintahNya..dan smakin jauh untuk beramal kerana kemanisan dan keghairahan amal telah hilang..jadi akhirnya buak maksiat jadi syok..nak amal perintah Allah jadi malas..
Friday, June 10, 2011 11:03:00 PM
sedara anon 11:03.00,
Kita kena ingat, memang diri sendiri perlu kita jaga, terutamanya iman, nipisnya iman mengundang perkara maksiat berlaku kepada diri kita. Jangan kita lupa faktor2 yang boleh mengikis iman, faktor luaran seperti hiburan yang melampau ini sgt2 mudah mempengaruhi kita, walaupun pakai lebai atas kepala. Bagaimana sedara2 lain disini tak kaitkan dengan pemimpin poltik semasa yang ada? sebab mmg sgt2 berkait, pemimpin yg mempunyai kuasa memerintahkan negara mempunyai akses untuk menyekat anasir2 tidak sihat.... kata-kata yang lainnya terpulang kepada diri sedara anon 11:03:00.
terima kasih.
aku tengok muke yang beratur ramai2 kebanyakannya ahli2 umno je..
BalasPadamSebenarnyer org2 yang bg komen2 diatas lagi teruk pada org yang beratur tu..senang2 jer dapat dosa.sedangkan org yang beratur tu x ade ape2 pun komen.ko org semua kene cr org yang beratur tu mintak maaf coz ngata.kalau die org x maaf alamknyer neraka jahanam ler jawabnye.
BalasPadamMelayu mudah di tipu
BalasPadamKalau pergi dengar perkara agama macam tu punya ramai, ada gak pahalanya...
BalasPadambila bab hiburan sanggup beratur tak kira panas dan hujan tapi bila bab ceramah atau program agama dah siapkan bas pun tak nak datang.... padan muka.... lu fikirlah sendiri
BalasPadam