script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Orang Ramai Adalah Di 'Jemput Hadir' Ke Festival Usahawan Muda Jom Cari Kerja Di Kolej Komuniti Kuantan, Indera Mahkota Mulai Dari 9 -10 Jun Ini

KUANTAN, 9 Jun - Orang ramai adalah dijemput hadir ke Festival Usahawan Muda "Jom Cari Kerja" bermula hari ini hingga esok (10 Jun) bertempat di Kolej Komuniti Kuantan, Bandar Indera Mahkota dekat sini. Program yang diuruskan oleh Kolej Komuniti Wilayah Timur itu diserikan dengan berbagai aktiviti menarik seperti Taklimat Pengisian Job Malaysia, Gerai Jualan Usahawan Muda, Pameran dan Demontrasi, Temuduga Terbuka serta Taklimat Kerjaya. Difahamkan, bagi memeriahkan acara itu turut diadakan sesi bersama Penyampai radio (DJ) Hot FM akan diadakan pada hari esok mulai jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Program akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato' Seri Mohammed Khaled Nordin. Justeru itu, orang ramai yang berkesempatan adalah dijemput hadir untuk mendapatkan maklumat berguna tentang kerjaya anak-anak mereka menerusi program selama dua hari ini. Festival ini bertujuan untuk menerapkan budaya semangat keusahawanan di kalangan pelajar Kolej Komuniti Wilayah Timur dan komuniti setempat serta membuka peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat negeri Pahang khususnya.

[Mulai hari ini kami akan menyiarkan apa jua aktiviti rakyat yang tidak bertujuan untuk komersial baik dari pihak kerajaan mau pun pembangkang. Ini memandangkan selepas Menteri Besar Pahang mewar-warkan blog ini di Perhimpunan Pagi Kakitangan Kerajaan dan disiarkan pula secara langsung di Radio Malaysia Pahang FM Isnin lalu maka kebanjiran pelawat dari jabatan-jabatan kerajaan di negeri ini meningkat dengan mendadak sekali. Statistik kami menunjukkan lebih 3,000 pelawat baru datang ke sini untuk mendapatkan informasi di blog ini. Justeru itu, kami dengan ini memberi ruang kepada semua pihak termasuk NGO yang berkaitan untuk membuah hebahan secara percuma di blog ini. Sila hantarkan informasi dan maklumat aktiviti anda ke pahangdaily@yahoo.com untuk tindakan].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Belanjawan Negeri Pahang 2027 Ambil Kira Keperluan Semasa, Cabaran Ekonomi Serta Harapan Rakyat Terhadap Masa Depan Negeri

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menyasarkan hasil sebanyak RM1.507 bilion bagi tahun 2027 dengan perbelanjaan mengurus berjumlah RM1.502 bi...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.