script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Ahli Parlimen Kuala Krau, Ismail Said Gila Meroyan Bila Sanggup Memarahi Wartawan Sinar Gara-Gara 'Siarkan Artikel' Tidak Menyebelahinya

TEMERLOH, 9 Jun - Dek kerana kecewa dengan laporan akhbar Sinar Harian yang melaporkan berita berkaitan Dewan Pemuda PAS Pahang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terhadap penyelewengan UMNO BN, maka wartawan akhbar terbabit dipercayai telah dimaki oleh Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Said (foto). Wartawan berkenaan dimarah oleh pemimpin itu atas laporan salahguna kuasa Pemuda UMNO Kuala Krau yang menggunakan sebuah Sekolah Menengah untuk tujuan mengadakan Mesyuarat Perwakilan Pemuda bahagian baru-baru ini. Difahamkan mesyuarat terbabit telah diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krau, yang mana Ismail adalah Ketua UMNO Bahagian itu. Tindakan Ismail ini jelas sekali membuktikan betapa angkuhnya pemimpin UMNO, hanya kerana tindakan wartawan itu menyiarkan berita yang tidak menyebelahinya. Sebelum ini kita juga digemparkan dengan tindakan Pemuda UMNO Maran membakar akhbar Sinar Harian gara-gara kecewa dengan laporan mengenai kedaifan seorang pemuda bersama isteri dan tujuh anaknya di Kampung Ulu Luit, yang dipercayai tinggal dalam sebuah rumah menyerupai "kandang kambing". Laporan bertajuk "Mahligai Kandang Kambing" yang dilaporkan akhbar itu bertarikh 8 Oktober 2010 telah mencetuskan kontroversi dan membuktikan betapa biadapnya sikap puak-puak UMNO itu sebenarnya. Kini, perkara yang sama seolah-olah berulang kembali dengan sikap yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen Kuala Krau yang juga merupakan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Difahamkan, UMNO Bahagian Kuala Krau yang diketuai oleh Ismail juga turut mengadakan Mesyuarat Agung Bahagian itu di sekolah berkenaan. Sila baca seterusnya di SINI

[Sesungguhnya apa yang berlaku ini menyerlahkan lagi sikap pemimpin UMNO. Selama ini telah banyak diperkatakan tentang penyelewengan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh mereka, terutamanya setiap kali musim pilihanraya. Penggunaan agensi dan premis kerajaan sesuka hati oleh mereka sememangnya sudah menjadi tradisi sejak sekian lama. Bagi UMNO, semua yang berkaitan dengan kerajaan adalah hak mereka. Sebaliknya bila ia mahu digunakan oleh rakyat yang tidak menyokong mereka maka berbagai tindakan akan diambil termasuk membuat kacau ganggu dan sebagainya. Tindakan menggunakan dewan sekolah untuk dijadikan lokasi mesyuarat UMNO adalah satu perbuatan yang tidak wajar dilakukan. Mesyuarat UMNO bukanlah mesyuarat PIBG, dan mereka tiada hak untuk menggunakan dengan sewenang-wenangnya. Bukankah rakyat yang menyokong pembangkang juga membayar cukai kepada kerajaan, makanya hak mereka juga perlu dihormati. Semoga apa yang berlaku di Kuala Krau ini dapat dijadikan tauladan kepada pemimpin UMNO yang lain selepas ini. Usahlah terlalu dangkal hingga tidak dapat membezakan yang mana harta parti dan yang mana hak kerajaan. Bukankah semua rakyat Malaysia membayar cukai dan bukannya puak-puak UMNO BN sahaja. Oleh itu, keadilan haruslah diberikan kepada semua pihak dan perlu dihormati].
Share:

18 ulasan:

  1. memang dasar umno penyelewengan selalu berlaku..mereka ingat harta rakyat mak bapak dial orange punya.. Apasal SPRM X siasat!!...bacul sprm ni..

    BalasPadam
  2. SPRM mgkn tau nk bunuh orng je, tp xtau cmne nk selesai kan penyelewengan dan rasuah...hakikat...diorng da lupa tugas2 hakiki diorng, tugas sampingan yg di sebok kan..

    BalasPadam
  3. cmne la bleh jd pemimpin dia ni, xde nilai profesional lgsung!!!!

    BalasPadam
  4. sebagai bekas pelajar, Ismail Said memalukan Kolej Islam Klang..

    BalasPadam
  5. MEMANG DASAR DAN TABIAT UMNO... GAH.

    BalasPadam
  6. lain kali melayu kena cerdik dan berani,kata jadi cucu mat kilau???

    BalasPadam
  7. Kalau pasal lembu sedekah untuk rakyat sibuklah SPRM nak tangkap khalid Ibrahim MB selangor, tapi kalau pasal penyelewengan kapal selam hingga berbilion duit negara SPRM buat diam je !!..nak buat macamana mahkamah dibawah umno PM ..SPRM dibawah UMNO PM..SPR dibawah UMNO ..habis rosak sistem pemerintahan-dibawah diktator negara.sepatutnya ketiga tiga Badan itu terletak dibawah Parlimen malaysia...PM umno dah jauh menyeleweng....

    BalasPadam
  8. Aku setuju tu SPRM, KEHAKIMAN, DAN SPR sepatutnya terletak dibawah parlimen malaysia barulah malaysia selamat dari penyalah gunaan kuasa oleh umno dan PM...

    BalasPadam
  9. Ya aku setuju sangat sangat!! Ayuh rakyat malaysia kita semua buat perubahan!!!

    BalasPadam
  10. Parlimen Kuala Krau dia yang punya. sukahati makbapak dialah nak buat ape! kau orang nak sibuk ape..dah kau orang yang undi dia..diam-diam dah le..

    BalasPadam
  11. oh parlimen kurau tu mak bapak dia punya patutlah kepala batu....ptuih

    BalasPadam
  12. baru2 ni driver dia.. kn tetak..kes apa yea..dh selesai ke ke tu..ada siapa2 yg ada info?

    BalasPadam
  13. sejarah ngorat tunang org ada tak dia ni?

    BalasPadam
  14. KIPSAS (Kolej Islam Pahang) juga akan digunakan oleh UMNO dlm masa terdekat untuk program apa entah... Ada banner besar dekat jejantas Taman Tas di kedua2 arah. koi tak sempat baca habis.

    Sekali lagi UMNO melanggar undang2 gunakan IPT untuk program politik parti. Mana tindakan pihak berkuasa? Mana?

    BalasPadam
  15. korg nie ckp mcm tak serupa bikin gak...yg tu muktamar pas pakai dewan MBSA buat apa...kalau korg kata korg sewa...samalah dgn UMNO..dorg sewa gak dewan tu...apalah bodoh korng nie..bukannya pakai free...

    BalasPadam
  16. korg nie ckp mcm tak serupa bikin gak...yg tu muktamar pas pakai dewan MBSA buat apa...kalau korg kata korg sewa...samalah dgn UMNO..dorg sewa gak dewan tu...apalah bodoh korng nie..bukannya pakai free...

    BalasPadam
  17. dulu umno sekarang pasJumaat, Jun 10, 2011 6:53:00 PTG

    apa2 pun tentukan semua rakyat malaysia, kita ajak seluruh keluarga kita, anak beranak, ipar duai, jiran2 supaya undi PR pada pru13 nanti, umno tak cukup lagi ke 54 tahun dok tipu rakyat.

    BalasPadam
  18. UMNO ingat dia kerajaan, dia boleh guna semua kemudahan... sebab dia ingat hak mak bapak umno aje... kalau PR nak buat ape pun tak boleh... Bagi permit kat PR buat perhimpunan aman baru tahu siapa berani... Tapi aku rasa puak-puak BN ni pengecut... Dia org kalau buat program mesti ada imbuhan baru org ramaio dtg ataupun kena paksa... Kalau PR buat perhimpunan org dtg dengan ikhlas itu yg Bn takut...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Belanjawan Negeri Pahang 2027 Ambil Kira Keperluan Semasa, Cabaran Ekonomi Serta Harapan Rakyat Terhadap Masa Depan Negeri

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menyasarkan hasil sebanyak RM1.507 bilion bagi tahun 2027 dengan perbelanjaan mengurus berjumlah RM1.502 bi...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.