script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Keputusan Kajian Pakar-Pakar IAEA Pasti Berpihak Kepada 'Kerajaan', Rakyat Wajar Terus Bangkit Menyatakan Bantahan Sampai Bila-Bila !

Biar pun Kerajaan Negeri Pahang dan pusat bakal bergembira dengan keputusan kajian oleh Pakar-Pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berhubung dengan tahap kesihatan dan risiko kilang memproses rare earth Lynas Corporation di Gebeng hujung bulan inu. Namun, rakyat terus bangkit dan menyatakan bantahan. Mereka boleh melakukan apa saja untuk menipu rakyat terbanyak, susulan masing-masing sudah memperolehi dan menunggu bahagian masing-masing selepas ini. Namun, mereka juga harus ingat bahawa rakyat adalah hakim negara. Suara rakyat pasti terus bergema dan gelombang kebangkitan itu pasti disemarakkan ke seluruh negara menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Sama ada disedari atau tidak ia sudah berlalu dan kerajaan tidak mungkin akan berpatah balik atau berganjak dengan keputusan yang telah ditetapkan. Kehadiran pakar IAEA yang mana sebuah agensi antarabangsa tempat adik MB Pahang sendiri bertugas itu sebenarnya hanyalah satu taktik untuk mengaburi mata rakyat. Pakatan yang dibuat antara MITI dengan Kerajaan Negeri Pahang sememangnya sudah boeh dibaca sejak dari awal lagi. Tambahan pula siasatan mendapati banyak aspek keselamatan yang gagal dijawab dan diperjelaskan kepada rakyat secara terperinci. Kelulusan pelan bangunan dan tapak oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dengan begitu cepat sekali seolah-olah mendapat arahan daripada pihak atasan. Begitu juga dengan kelulusan Laporan Kesan Alam Sekitar (IEA) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang juga dalam keadaan mencurigakan.

Kelulusan Projek Lynas Di Buat Dalam Tekanan

Pendekkata semuanya seolah-olah dibuat dalam tekanan yang melampau oleh pihak berkuasa yang mahu melihat Lynas beroperasi biar pun tahu risiko yang bakal dihadapi oleh rakyat. Akhirnya rakyat yang tidak berdosa terpalit dengan risiko yang bakal dihadapi untuk tempoh yang lama, mungkin 20 atau 30 tahun akan datang atau sampai bila-bila. Masa itu, kita mungkin sudah tidak nampak lagi "batang hidung" Menteri Besar Pahang dan barisan exconya yang ada sekarang. Malah, paling awal ialah kelibat pakar-pakar IAEA itu juga mungkin akan hilang hujung bulan ini selepas mereka mengesahkan keputusan positif pembinaan kilang Lynas itu nanti. Maka, ketika itu siapakah yang harus dipertanggungjawabkan?. Apakah tragedi hitam di Bukit Merah akan berulang kembali di Kuantan agaknya?. Rakyat sudah pasti akan terus menderita dek keputusan kerajaan yang ternyata "tidak cerdik" itu. Maka itulah, rakyat diseru terus bangkit menentang dan membuat bantahan dalam apa jua keadaan sekali pun. Kerajaan yang zalim dan tidak "mendahulukan" rakyat ini perlulah dijatuhka dalam Pilihanraya Umum akan datang. Masa sudah tiada untuk kita berkompromi dan mendengar "lawak jenaka" pemimpin mereka kononnya risiko radioaktif yang bakal dihasilkan oleh Lynas lebih rendah dari radiasi pada telefon bimbit, televisyen, matahari, bitumen track dan sebagainya. Mereka cuba memperbodohkan rakyat dengan alasan "dangkal" yang jelas tidak masuk dek akal itu. Mentaliti mereka jelas "jatuh ke tahap yang paling rendah" dek kerana terlalu seronok untuk melihat Lynas beroperasi dan menikmati hasilnya dikemudian hari.

Derita Rakyat Akan Di Buktikan Pada PRU-13 Ini

Mereka pasti gembira kerana dapat mempermainkan rakyat dengan membawa masuk projek berisiko ini ke negeri Pahang, tetapi mereka harus sedar dan ingat bahawa derita rakyat itu pasti akan dinatijahkan di atas kertas undi dalam PRU13 nanti. Inilah saja cara terbaik untuk mengajar sebuah kerajaan yang tidak mahu memikirkan masa depan rakyat. Kerajaan yang sanggup membiarkan rakyat berhadapan dengan risiko dalam kehidupan mereka, biarpun kecil namun ia tetap risiko yang akan meningkat hari demi hari. Tiada jalan lain lagi yang boleh dilakukan kini, kerana mereka punyai kuasa dan segalanya untuk memanipulasi isu ini. Omongan konon, isu Lynas sengaja dimainkan oleh parti pembangkang adalah satu kenyataan biadap yang tidak sepatutnya lahir dari mulut orang berakal seperti pemimpin UMNO BN itu sebenarnya. Bukankah mereka sendiri tahu bantahan Lynas juga disokong oleh para peguam, doktor serta banyak pertubuhan bukan kerajaan lain yang bebas dari pengaruh politik kepartian sebenarnya. Jika pun mereka mengatakan ia adalah isu pembangkang, maka apalah salahnya mereka membela rakyat di kawasan mereka yang terancam dengan risiko ini. Bukankah parlimen Kuantan dan Indera Mahkota yang paling dekat terpalit dengan risiko ini diwakilil oleh parti pembangkang. Maka, apakah salah, mereka sebagai wakil rakyat bangkit mempertahankan hak rakyat?. Jika UMNO BN lakukan maka ia dinamakan "Juara Rakyat" dan "Dahulukan Rakyat". Tetapi, masalahnhya mereka tidak berani melakukannya kerana gusar mendapat tekanan daripada pucuk pimpinan tertinggi parti itu yang secara terang-terangan mendapat manfaat besar atas kewujuda Lynas di Gebeng itu sebenarnya. Mereka lebih rela "tutup mulut" demi masa depan politik.

TPM Tolak Memorandum Bantahan MCA Di Balok

Maka apa masalah jika pembangkang yang bangkitkan isu ini, selepas rakyat melihat parti yang sepatutnya menjuarainya iaitu UMNO BN menikus dek kerana takut dengan pemimpin atasan mereka. Mereka menyokong membabi buta dengan bayaran tertentu tanpa mengetahui apakah isu yang sepatutnya diperjuangkan. Mereka juga harus ingat bahawa bantahan Lynas turut disuarakan oleh rakan-rakan dari parti komponen BN sendiri iait MCA. Malah difahamkan MCA pernah menghantar memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin ketika beliau berkunjung ke Kuantan baru-baru ini. Memorandum yang meminta kerajaan membatalkan projek Lynas demi rakyat itu telah disorok oleh pihak terbabit daripada pengetahuan media arus perdana. Malah, memeorandum itu akhirnya di"bakul sampahkan" begitu sahaja, akibat takut perkara ini terbongkar. Ini bermakna MCA juga menyokong bantahan Lynas, soalnya kenapa ia dikatakan isu pembangkang?. Kesimpulannya, rakyat memang tidak mahu kilang Lynas beroperasi dalam apa jua cara sekali pun. Malah mereka mahu kilang itu dibawa balik ke negara asalnya iaitu Australia. Jika kerajaan negara itu pun menolak kebenaran membina kilang terbabit di negara mereka dek kerana gusar dengan risiko yang bakal melanda, maka kenapa harus kerajaan kita menerimanya?. Bukankah ini membukti memang ada sesuatu yang tidak kena dalam hal ini sebenarnya. Atau mungkin juga sokongan kuat diberikan oleh IAEA ketika ahli keluarga Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob iaitu adingnya sendiri Dato' Muhammad Shahrul Ikram Yaakob memimpin agensi itu mulai tahun 2009 hingga 2010. Maknanya, beliau berada di situ ketika isu ini sudah pun menjadi begitu kontroversi sebenarnya. Apakah kita tidak boleh kaitkan ada "udang di sebalik mee" antara mereka berdua sebenarnya?. Inilah yang perlu disedari oleh rakyat Kuantan sekarang!

[Semua alasan ini tidak boleh dinafikan sebenarnya, kerana umum telah mengetahui bahawa Kerajaan Negeri Pahang memang dipimpin oleh pemimpin yang mengamalkan rasuah, korupsi dan penyelewengan selama ini. Lantaran itulah kita tidak hairan Lynas begitu mudah masuk ke ke negeri ini, selepas gagal mencari tapak lain di mana-mana lokasi di seluruh dunia. Akibat kemaruk mahu mendapatkan pelaburan bagi menaikkan ekonomi negeri maka kerajaan Negeri Pahang akhirnya rela menerima industri berisiko seperti itu tanpa memikirkan bahayanya kepada rakyat. Tergamak mereka "persetankan" rakyat hanya untuk bermain "silap mata" dibelakang kita. Sedangkan kita tahu masing-masing pasti akan mendapat habuan dan keuntungan yang berterusan buat sekian lama. Inilah yang berlaku dalam industri perlombongan bijih besi yang menjadi igauan ramai pemimpin UMNO di negeri ini. Mereka tahu sekali dapat, makan lama hingga berpuluh tahun. Malah hasilnya juga lumayan dan sungguh menakjubkan. Sebab itu kita tidak hairan Kerajaan Negeri Pahang rela mengagih-agihkan banyak kuaota lombong bijih besi kepada poksi dan ahli keluarga mereka sendiri. Hasil mahsul negeri dijadikan harta "bapak mereka" sesuka hati. Inilah yang ditentang oleh pahlawan Melayu Pahang ketika zaman penjajahan British dulu. Kini ia berulang lagi, tetapi mereka yang merompak adalah "tali barut" Brtitish yang bertopengkan perjuangan Melayu dalam parti UMNO. Rakyat juga yang tertipu akhirnya. Justeru itulah mereka perlu bangkit menyatakan bantahan jika mahu generasi akan datang dapat hidup selesa, aman dan tenteram. Lakukan perubahan dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Jom Ubah Sekarang!]
Share:

9 ulasan:

  1. Mengapa tiada comment dari Bekas PM kita. Apa pandangan bekas PM kita. Ini adalah sesuatu bahaya kepaya generasi Malaysia kita.

    BalasPadam
  2. PKR, PAS, DAP, NGOs termasuk parti Komponen BN spt MCA, MIC dan Gerakan membantah Lynas. Hanya UMPORNO yg sokong. Kenapa?

    Sebab ahli2 bawahan UMPORNO tiada fakta dan hujah, hanya dengar cakap pemimpin mrk, baca berita di media berat sebelah dan baca blog pencacai, tu sebab sokong membabi buta.

    BalasPadam
  3. anon Saturday, June 25, 2011 11:33:00 PM ni terlalu minit cerita seks.. dan jadi gila meronyan gamaknya..apa punya tajuk daa..LYNAS..diulang LYNAS bukan cerita SEKS

    BalasPadam
  4. Pendedahan Dato Johari berkaitan isu video lucah yang dikatakan mirip Anwar Ibrahim .
    Dato Johari abdul adalah saksi pertama yang menyaksikan preview filem lucah di Sri Carcosa setelah dijemput oleh Dato SK, dan RTC dan komen Dato Johari juga jelas tidak menyebelahi Dato Trio seperti yang mereka harapkan. Sila rujuk : http://anwaribrahimblog.com/ untuk dapatkan gambaran sebenar.

    Aku yakin video yang dipaparkan SK, Shuib dan RTC itu memang original dan komen pakar dari US video tersebut tulin, orait apa ? bahkan wajah pelakun sex tersebut 99.99 % mirip Anwar Ibrahim boleh diterima pakai apa adahal. Masalah nya baki .01% itu boleh di reka cipta dengan menggunakan teknologi penyamaran wajah yang boleh di dapati dengan mudah di Thailand. Kenapa tak dakwa video lelaki tersebut adalah 100% Anwar, baru nampak real. Itu yang menjadi persoalan ?.

    Dendam Dato SK pada Anwar kerana tidak membantu dalam kes saman 20 juta seperti yang didedahkan Johari Abdul serta projek baja supply untuk RISDA yang dipengerusikan oleh RTC telah menghasilkan kombinasi tenaga bersama RTC untuk menghasilkan video lucah bagi menjahanamkam Anwar Ibrahim.

    Teknologi serta perancangan yang diatur hari ini memungkinkan segalanya.
    "Dalam filem Mahatma Ghandi bukan Mahatma Ghandi sebenar yang berlakun, ia adalah pelakun British berkulit putih lagi cerah bernama Ben Kingsley. Filem ini dibuat pada tahun 1984 dengan warna penuh, bukan kabur atau hitam putih, ia dilakunkan di India.
    Terlalu payah untuk membezakan Mahatma Ghandi sebenar dengan Ben Kingsley yang membawa watak Mahatma Ghandi".

    Kalau dah dendam berkarat kuning dalam hati hukum tuhan tolak tepi, nafsu serakah kusai diri. Sumpah laknat berapa kali pun boleh bagi.
    Asal poket terus berisi. RTC target dapat balik jadi menteri.
    TAK MUSTAHIL PELAKON SEBENAR ADALAH RTC.

    BalasPadam
  5. mcmnilah PDO.aku rasa elok kita adakan dialog tentang Linoous ni antara pencacai2 umno dan pr.hang sedia tempat dan masanya.bla2 jer kome dtg.aku bla2 leh bawak surat beranak rare earth born in maran pahang n surat lulus konsesi rare earth di chang long kedah atas dasar kebersihan kerajaah wokme.jgn main2

    BalasPadam
  6. bosan betul la dgn pencacai umno nie..kita citer Lynas dia citer porno..agak nyer x idea@fakta nak pertahankan Lynas gamak nye..tolong ingat sikit ke anak cucu wey..atau pencacai umno ni xdok anak cucu..mandul blaka..kahkahkah

    BalasPadam
  7. MCA, MIC, GERAKAN, HAMPA SEMUA ELOK TINGGALKAN UMNO MASUK PAKATAN RAKYAT, UMNO MMG PARTI YANG SEMAKIN TIDAK MENDAPAT TEMPAT DIHATI RAKYAT.

    CUMA YANG MASIH MENGHARAPKAN S U B S I D I DARI KERAJAAN SAHAJA YANG MENYOKONG UMNO

    BalasPadam
  8. apakah salah ambiga yg mempertahankan perlembagaan ? jika pencacai2 umPORNO kecoh sangat tentang agama

    KENAPAKAH TIDAK DITENTANG PERLEMBAGAAN YG MEMBENARKAN SESIAPA SAHAJA BERUMUR 18TAHUN KE ATAS MENUKAR AGAMA ? SIAPAKAH YG MENGUBAL DAN MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN INI ??

    NAK TAU JAWAPANNYA ??

    jawapannya adalah UMPORNO ! ya betul,UMPORNO adalah pihak yg meluluskan undang2 membenarkan MURTAD ! kah kah kah,tetapi kenapakah mereka bising akan Ambiga padahal pihak umPORNO yg megekalkan undang2 tersebut ?

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Belanjawan Negeri Pahang 2027 Ambil Kira Keperluan Semasa, Cabaran Ekonomi Serta Harapan Rakyat Terhadap Masa Depan Negeri

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menyasarkan hasil sebanyak RM1.507 bilion bagi tahun 2027 dengan perbelanjaan mengurus berjumlah RM1.502 bi...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.