
KUANTAN, 20 Jun - Himpunan Hari Mesra Alam Bersama Keluarga bersempena dengan Hari Bapa di Taman Gelora dekat sini semalam telah berjaya menarik sokongan rakyat berbilang kaum. Ia menidakkan kenyataan beberapa kerat pemimpin UMNO BN kononnya, bantahan Lynas hanyalah melibatkan kaum Cina sahaja selama ini sebenarnya. Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi semalam diserikan dengan berbagai acara menarik seperti senamrobik dan pertandingan mewarna kanak-kanak. Sambutan sungguh menggalakkan, dan ramai yang hadir berpuas hati dengan program hari ini. Disamping aktiviti untuk kanak-kanak, peserta dewasa telah berarak mengelilingi kawasan "jogging" Taman Gelora dengan membawa bendera Malaysia. bagi menunjukkan semangat cinta kepada negara. Turut hadir beberapa orang peserta yang menunggang basikal mountaibike dan beberapa orang rakyat asing. Kesungguhan Save Malaysia menganjurkan acara hari ini jelas dapat dilihat dengan komitmen yang diberikan oleh semua petugas. Peserta juga disediakan dengan minuman dan makanan ketika acara berlangsung. Kelihatan juga jualan T'Shirt "Save Malaysia Stop Lynas" turut diadakan ketika acara berlangsung. Disamping aktiviti yang dirancang, mereka juga turut mengedarkan risalah berkaitan bahaya Lynas kepada orang ramai yang berkunjung ke lokasi terbabit. Kanak-kanak yang hadir juga turut menurunkan tandatangan di atas kain rentang "Hari Bapa" yang disediakan oleh pihak penganjur. Sementara peserta juga turut diberikan poskad khas bantah Lynas untuk ditulis nama dan kad pengenalan. Difahamkan, poskad tersebut akan dihantar kepada Perdana Menteri, sebagai membuktikan bantahan rakyat terhadap kilang memproses rare earth yang akan mula beroperasi di Gebeng pada September ini. Sekitar jam 10.30 pagi, kumpulan yang membuat perarakan bendera berkumpul beramai-ramai dan melaungkan "Stop Lynas" beramai-ramai.


Peserta berhimpun dan kibarkan bendera tanda semangat cintakan negara

Bukti, rakyat berbilang kaum hadir beri sokongan isu berkaitan Lynas


Bukti, ramai orang Melayu mula prihatin dan hadir memeriahkan acara

Pernahkan mereka fikirkan nasib dan masa depan generasi akan datang




Kumpulan berbasikal dan kumpulan muzik tradisional juga turut hadir

Bertambah meriah lagi, bila warga Jerman juga hadir berikan sokongan


Peserta berhimpun dan kibarkan bendera tanda semangat cintakan negara

Bukti, rakyat berbilang kaum hadir beri sokongan isu berkaitan Lynas


Bukti, ramai orang Melayu mula prihatin dan hadir memeriahkan acara

Pernahkan mereka fikirkan nasib dan masa depan generasi akan datang




Kumpulan berbasikal dan kumpulan muzik tradisional juga turut hadir

Bertambah meriah lagi, bila warga Jerman juga hadir berikan sokongan
[Program berakhir, sekitar jam 12.00 tengahari selepas acara simbolik menwujudkan perkataan "Stop Lynas" manusia berhampiran kawasan berkenaan. Peserta terdiri dari masyarakat kaum Melayu, Cina dan India bersama-sama terlibat sambil disaksikan oleh orang ramai. Kelihatan juga beberapa orang wartawan mengambil gambar acara simbolik itu. Mereka turut menyanyikan lagi kebangsaan "Negaraku" selepas acara itu selesai. Sebelum berakhir, peserta turut disajikan dengan persembahan muzik tradisional unplugged oleh beberapa orang anak muda. Majlis penyampaian hadiah bagi acara pertandingan mewarna turut diadakan selepas itu dan orang ramai mula bersurai sekitar jam 1.00 petang. Tiada sebarang kekecohan berlaku dalam program hari ini. Tambahan pula, pihak polis yang memantau dilihat memberikan kerjasama yang terbaik untuk memastikan program tersebut tidak menyalahi undang-undang. Syabas dan tahniah kepada pihak polis atas kerjasama yang telah mereka berikan itu].






Tahniah Save Malaysia.Get out Lynas !!!
BalasPadamMotor Elektrik Pertama Malaysia
takde angin, takde ribut anwar akan arahkan perhimpunan bersih dibatalkan jika najib memberi 'jaminan' pru ke 13 nanti adil.
BalasPadamaku rasa pelik sungguh dengan kenyataan ini.
anwar hanya mintak 'jaminan pru 13 bersih ' tanpa memperincikan segala tuntutan bersih.
aku baca isu ini dengan 2 perspektif berbeza.
pertama..
anwar sekali lagi memperbodohkan pas dengan meletakkan syarat 'jaminan' yang cukup longgar untuk membatalkan bersih. anwar tahu pas dah teruk kalah di tangan umno sejak 5 prk yang terakhir.
anwar mengoptimakan kelemahan pas ini untuk dijadikan penampan melakukan rusuhan.rusuhan bisa memberikan tekanan kepada kerajaan langsung memberikan imej negatif di mata luar.
anwar tahu pas memang pakar dalam ide merusuh. kebimbangan pas yang kalah dalam beberapa siri prk dijadikan modal anwar untuk mengumpan mereka kembali semula ke jalan raya.
sementelahan pas yang begitu bodoh senantiasa mengikut telunjuk anwar tanpa menyoal sepatah kata.
di kala protes dari 2 pihak bertentangan yang semakin panas dan hangat, anwar mencuri mikrofon pas lalu menjadi jurucakap kepada perhimpunan bersih.
ke dua.
kenapa anwar secara tiba-tiba memberi jaminan yang cukup longgar untuk mengarahkan ambiga menghentikan protes bersih..
ke mana perginya suara jantan politik sundalan maha lacur anwar yang selama ini dia laungkan ?
apakah anwar cuba memberi hint kepada ds najib dalam kes liwatnya yang bakal berlangsung selepas bersih ?
benarkah anwar mintak nyawa kat ds najib dengan mengorbankan perhimpunan bersih yang bakal berlangsung julai ini ?
politik anwar harus dibaca bukan sekadar yang tersurat, sebaliknya yang tersirat.
Panas! Ambiga "Bantai" Anwar Ibrahim
BalasPadamTinggi benar ego si Ambiga ini. Dengan Anwar Ibrahim pun berani kurang ajar. Belum lagi dapat kuasa. Kepala Anwar Ibrahim pun berani dipijaknya. Dahsyat...Inilah manusia yang disokong membabi-buta oleh ulama-ulama PAS. Tidak mampu dibayangkan, kalau orang semacam ini mendapat kuasa politik, hancur negara. Agaknya si Ambiga ni lupa, tanpa Anwar Ibrahim yang mengapi-apikan kebencian terhadap kerajaan, beliau tidak mungkin mampu mengadakan perhimpunan BERSIH seperti hari ini. Baca berita di bawah...
KUALA LUMPUR, 20 Jun — Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan Himpunan Bersih 2.0 akan diteruskan sambil menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai kuasa meminta membatalkan perhimpunan itu walaupun Putrajaya dapat memberi jaminan pilihan raya umum yang bersih dan adil. Kata Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), pihaknya menghormati hasrat Anwar, namun keputusan membatalkan Himpunan Bersih 2.0 bukan di bawah kuasa Ketua Umum Pakatan Rakyat itu. Ini kerana jelas beliau, Bersih bukan didokong oleh parti-parti politik tetapi badan bukan kerajaan (NGO) yang menuntut pilihan raya adil dan bebas. “Kami hormat (keputusan Anwar) tapi rakyat bukan hak kamu. Ini keputusan kami (mengadakan Himpunan Bersih 2.0) dan keputusan ini dibuat setelah usaha kami mahu mengadakan sesi dialog bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal bagi menuntut pilihan raya yang adil dan bebas.
org yg trlibat ngn pembunuhan kejam altantuya? org yg trlibat ngn kekejaman trhadp rakyat malaysia! org mcm ni nk bgi jaminan? poooraaaahhh,, puddikutty lh najib
BalasPadamEloklah tu...belum pegang kuasa dah mula sombong bila tengok ramai orang datang.Nanti bila perintah, minta macam2 dan akan ugut kerajaan kerana kerajaan kena ikut rakyat. Kita bincang pasal Lynas...Lain pulak isu dibangkitkan. Jurutera nuklear mana pulak yang dibawa tu... Eloklah kalau betul2 jurutera nuklear boleh bincang secara profesional pasal isu Lynas. Kita jugak nak tahu tahu, dulu dia kerja kat mana?. Berapa lama pengalaman kerja?. study kat mana dulu. Bolehlah kita jemput berdepan dengan pakar nuklear dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom dan Nuklear Malaysia.Kita pun nak tahu apakah beliau telah buat kajian secara ilmiah mengenai projek Lynas ni...Apa takut Tuan Jurutera kalau memang benar kilang Lynas ni bahaya?.Rakyat nak tahu ni...
BalasPadamKepada admin blog. Delete aje posting2 yg jenis copy-paste dan tak berkaitan dgn tajuk, buat menyemak je puak2 tak reti bahasa ni. Dekat semua tajuk dia nak paste. Manusia normal x buat kerja ni melainkan org gila atau anjing politik je.
BalasPadamKepada YB Kuantan, ramai ke orang-orang PKR yang support. Asyik tengok orang PAS dan DAP je yang semangat. Takkan nak tumpang tuah ahli parti lain je. PKR ni masih wujud dan aktif ke kat Kuantan ni?. Ke dah tinggal nama atas kertas je. Jadi moderator bincang isu Lynas baru-baru ni, ok ke?. Dengar cerita MP Pakatan pun meluat kerana Dr GP asyik tunjuk gambar dan isu ARE aje. Apa le, malu le Pakatan Rakyat. Ada MP Pakatan yang pakar dalam bidang radioaktif pun tak rujuk. Apa ni, YB Kuantan lebih pakar lagi ke?. Jangan terbakar dalam PRU 13 udah le. Muhasabah la diri tu...ahli dan cawangan PKR bertambah ke setelah isu ni YB utarakan? Skrg ni nampak sangat ustaz-ustaz PAS yang pelupor isu ni. Kekadang malu jugak dengar ceramah depa yang tak berapa logik tu...tak cukup air la dll. Pakai bantai je. Rujuk la sikit kat orang-orang yang ada pengetahuan sebelum cakap.
BalasPadamkorg nih tak sekolah ke,xtau radioaktif tuh memang berbahaya ? kerana duit poket yg dapat dari Lynas tuh,diluluskan pula kilang radioaktif yg negara maju cam Australia pun tolak..kita nih negara Malaysia je,maju sgt ke ? Persediaan bgs sgt ke ? cakap berapi2 tak guna,nak wat video canggih pun xbley..ade lagi ke cctv kaler hitam putih,kabur zaman skang nih ngn sarikata Thai ? kat malaysia je yg ada..kah kah kah
BalasPadamApa la...macam tak sekolah lak. Lain kita bincang, lain lak isu dibangkitkan. Yang tu kena bincang tajuk lain le. Tak payah hitam putih...ke warna ke...yang penting tindakan kpd orang yang tayang tu...Takkan bior gitu je setelah mengaku tayang video. Fokus le sikit kat tajuk Lynas tu...Kita minta pakar dan rujuk pakar dan minta YB rujuk MP dari Pakatan sendiri. Pasal tak rujuk?
BalasPadamwatpa nak rujuk,dah name projek umPORNO untuk dapat duit rasuah..kalo rujuk,len pl yg terjadi..xdpt la duit rasuah dari Lynas pl..kahkahkah
BalasPadamBiar la kita berbincang secara sopan. jangan jadi macam UMNO tu. Biar kita bincang secara sihat bahaya atau tidak sebab Pakatan ada MP berkelulusan nuklear. kalau tak rujuk, tiada beza la.Biar kita cakap yang betul berdasarkan fakta. Jangan ikut emosi. Kalau kita tuduh, biar ada asas dan bukti...kalau tak apa beza kita dengan mereka. Ini yang perlu kita tunjukkan. Umpama Pakatan memerintah beberapa negeri skrg, kita kena bagi tahu perbezaan yang telah dilaksanakan, baru orang ramai akan tertarik. kalau berhujah secara sihat, baru boleh dijadikan contoh.Kalau ahli parti saja yang keluar undi, belum tentu menang. sebab tu kita kena convince public. Ini tak berhujah, bercakap macam puak UMNO je...orang meluat. PDO pun kenalah profesional sikit...Asyik cakap ada bukti, ada bukti, ada fakta..tunjuk je le. Jangan jadi macam Utusan cabuk tu...hari tu, kami tengok CCMK cakap bukan main emosi...pun ada hati tawarkan diri jadi calon tak berparti...meluat juga tengok gelagatnya. Masa tak tengok dulu, respect juga baca tulisan2 dia. Lepas tu...naik menyampah. Orang2 PAS Pahang lak, jangan malukan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan guru Presiden. Cakap biar berlapik sikit. Orang ramai nilai jemaah. Kalau tuan2 nak lingkup tak apa...tapi jemaah kena jaga le. Buat ucapan dasar Pemuda berjela2 tapi jangan le syok sendiri.
BalasPadam