script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Gagal "Meyakinkan Rakyat" Terhadap Isu Lynas, Akhirnya Si MB Pahang Mahu Menyaman PDO, Blogger Cucumatkilau Dan YB Fuziah Salleh

KUANTAN, 6 Jun - Sungguh mengejutkan apabila kami mendapat maklumat terkini yang Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob dengan bangganya mengatakan mahu menyaman PDO, Blogger Cucumatkilau dan Ahli Parlimen Kuantan YB Fuziah Salleh berhubung dengan isu Lynas. Beliau berkata demikian kepada ribuan rakyat Pahang menerusi Radio Malaysia Pahang FM pagi tadi. Ucapan yang dibuat semasa Perhimpunan Pagi Ke Arah Kecemerlangan itu juga telah didengari oleh lebih 10,000 kakitangan kerajaan di seluruh negeri Pahang. Dalam kenyataan berapinya beliau mempertikaikan indentiti blogger Cucumatkilau dan kecewa dengan laporan kami tentang hubungan adik bongsu beliau iaitu Dato´ Muhammad Shahrul Ikram Yaakob yang pernah bertugas sebagai Chairman Board Of Governors Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). Adnan khabarnya begitu marah dengan laporan yang telah kami dedahkan dan secara dasarnya mengakui Kerajaan Negeri Pahang sudah tiada jalan lain lagi untuk menghalang melainkan dengan tindakan saman tersebut. beliau juga menegaskan barisan peguamnya kini sedang mengkaji berbagai aspek untuk membawa kes itu ke mahkamah. Bagi Adnan, mungkin itu sahajalah jalan terbaik untuk menghalang pihak lain mempertikaikan projek Lynas. Malah beliau juga mungkin merasakan dengan tindakan saman itu nanti maka rakyat akan berhenti membantah dan akhirnya percaya kepada Kerajaan Negeri Pahang. Begitulah dangkalnya pemikiran seorang Menteri Besar yang telah mendefisitkan bajet negeri ini sejak lebi 10 tahun lalu.

Antara kenyataan MB Pahang pasal Lynas yang pernah dibuat sebelum ini
[Persoalanya sekarang, kenapa Adnan tidak berani berhadapan secara profesional menerusi media massa yang beliau ada untuk menyakinkan rakyat supaya menyokong Lynas. Pahang Daily Online (PDO) hanya sebuah laman blog yang dilayari oleh beberapa kerat manusia sahaja, tetapi beliau ada TV, akhbar serta lain-lain senjata untuk menganyang kami jika beliau dipihak yang benar. Namun, mungkin dek kerana gusar dengan laporan panas dan meyakinkan rakyat tentang isu ini akhirnya jalan yang difikirkan paling sesuai ialah dengan membawa kes ini ke mahkamah. Apakah rakyat akan terpengaruh dengan apa yang cuba dilakukan Adnan itu agaknya. Apa yang pasti, semakin hari semakin ramai rakyat yang turun menyatakan bantahan terhadap pembinaan projek kilang memproses rare eart milik Lynas Corporation itu sebenarnya. Adnan tidak boleh berselindung di sebalik mahkamah untuk membuktikan kononnya dia berada di pihak yang benar. Rakyat lebih tahu segalanya].

Share:

17 ulasan:

  1. Nak saman bendanya. Saman fitnah? Saman malu? Saman apanya?

    Lambat laun daripada rakyat ramai yg tak tahu... habis semua tahu. Terbongkar habis pekung di dada.

    BalasPadam
  2. Pok Nan seperti cacing kepanasan agaknya sejak berita tentang adiknya didedahkan. Sabarlah Pok Nan.

    BalasPadam
  3. syor supaya ramai penduduk kuantan tamapl stiker kereta say no to lynas.. buat kempen...

    BalasPadam
  4. aku cuma nk baca komen dari puak2 umno-bn je

    BalasPadam
  5. cadangan:kempen stop Lynas perlu diperhebatkan lagi.kertas keterangan perlu diedar kemasjid2 pd hari jumaat dan banner besar2 di tempat startegik. org melayu byk buat dek je,samada tk sampai maklumat atau kalis radioaktif?

    BalasPadam
  6. salam semua. saya salah seorang anak pahang yang mengikuti isu Lynas ini dari luar..bagaimana hendak mendapat stiker dan baju anti lynas ini?? reben hitam kuning..

    BalasPadam
  7. Pemimpin UMNO Baru Adnan yaakob nak saman blogger dan wakil rakyat pakatan rakyat ?

    He...he....he... nak takutkan orang ke nak tutup ketakutan diri sendiri.?

    Benarkah projek Lynas bahayanya sedikit saja setaraf dengan radiasi talipon bimbit ?

    Hee...hee... tipu orang melayu ke ?

    Sila saman sesiapa saja sementara UMNO BARU masih ada nafas.

    BalasPadam
  8. takut tu sbb org dah bongkar rahsia dia heheh

    BalasPadam
  9. Lawak benor video Pok Nan kata Malaysia boleh wat peluru berpandu dgn Rare Earth. Hua hua hua...

    BalasPadam
  10. "Lawak benor video Pok Nan kata Malaysia boleh wat peluru berpandu dgn Rare Earth"
    CONFIRM, SAH, SAHIH, Memang Projek LYNAS proses RADIOACTIVE.
    BAHAN PEMBUNUH, Bahan yang akan akan membuat anda merana, Bahan yang akan menghasilkan zuriat beranggota bengkang bengkok cacat berkekalan, Hidup susah mati pun tak mau. Anda diam padah menunggu.

    BalasPadam
  11. cucu mat kilau.hang sendiri tulis pas tu hang komen blk. syok sendiri hang ni.

    BalasPadam
  12. saman rm63 juta balak pun tak bayar lagi, nak saman apa kebendanye.

    saman ekor je...

    BalasPadam
  13. anon 11.53

    kalau nak stiker dan baju lynas tempah je kat kedai, mureh je, dok kat luar, luar mana, luar negara ke?

    BalasPadam
  14. hi how they,,, they pay ,,, with stock... he tell esay ....

    BalasPadam
  15. anom 11.53...kawan dok luar dari pahang la...merantau di negeri lain...kawan ni nak beli kalau ada jual..kot2 la ada jual kat mana2 kedai kat kuantan tu..kalau x der jual x per lah...

    BalasPadam
  16. malaysia bakal menjadi pengeluar peluru berpandu...hahahahahahaha terror ko denan......so clever HIDUP UMNGOK

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Belanjawan Negeri Pahang 2027 Ambil Kira Keperluan Semasa, Cabaran Ekonomi Serta Harapan Rakyat Terhadap Masa Depan Negeri

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menyasarkan hasil sebanyak RM1.507 bilion bagi tahun 2027 dengan perbelanjaan mengurus berjumlah RM1.502 bi...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.