script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Awas: Isu Lynas, Terdesak Yakinkan Rakyat Maka Kerajaan Gunakan Karam Singh Walia TV3 Untuk Sokong Keputusan Pakar IAEA Hujung Bulan Ini!

KUANTAN, 28 Jun - Orang ramai digesa tidak terpedaya dan terpengaruh dengan tindakan kerajaan menggunakan wartawan terkenal TV3, Karam Singh Walia (foto) untuk memaksa mereka menerima hakikat tentang kewujudan kilang memproses rare earth yang dibina di kawasan perindustrian Gebeng dekat sini adalah selamat. Difahamkan promo tersebut telah disiarkan oleh pihak terbabit sejak beberapa hari lalu. Malah, ia dijangka akan disiarkan kepada umum ketika siaran Buletin Utama TV3 mulai hari ini 28 hingga 30 Jun 2011 ini. Persoalannya sekarang, kenapa baru sekarang TV3 mahu menjadi juara untuk memperjuangkan isu Lynas?. Sedangkan selama ini media terbabit dilihat terus membisu dan menyembunyikan fakta sebenar kepada rakyat. Langkah menggunakan Karam Singh yang cukup terkenal dengan rancangan "Aduan Rakyat" terutamanya yang berkaitan dengan alam sekitar itu adalah satu strategi terakhir kerajaan bagi memesongkan minda rakyat supaya menerima kenyataan tentang projek berkenaan. Jangkaan mereka, selepas TV3 menyiarkannya maka barulah pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang kononnya mengkaji tahap keselamatan kilang terbabit akan mengeluarkan kenyataan bahawa tahap radiasi yang dikeluarkan oleh Lynas adalah selamat. Inilah skrip "tersembunyi" yang boleh dibaca rakyat Kuantan itu sebenarnya.

[Jika benar, TV3 mahu memperjuangkan isu ini. Kenapa mereka tidak melakukanya sejak dulu lagi. Malah, wartawan mereka sendiri dilarang untuk hadir dalam mana-mana program bantahan yang diadakan oleh rakyat selama ini. Maka itulah, penggunaan Karam Singh adalah langkah terakhir untuk membolehkan rakyat percaya kononnya Lynas itu selamat. Inilah yang mahu dilakukan oleh mereka sebenarnya. Malah, mana mungkin pakar-pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) itu akan mengatakan Lynas tidak selamat sedangkan kehadiran mereka ke negara ini adalah dibiayai oleh kerajaan Malaysia yang meluluskan pembinaan projek tersebut. Rakyat perlu sedar akan taktik mereka ini. Jangan terkeliru dengan apa yang akan diperkatakan oleh Karam Singh Walia terhadap isu ini. Segalanya telah diskripkan oleh mereka bagi mengesahkan projek tersebut].
Share:

30 ulasan:

  1. Siapakah pengarang yang begitu hebat ini, semua yang lain dari kotak mindanya adalah 'bodoh' belaka...

    BalasPadam
  2. malaysia safe!!start lynas!!

    BalasPadam
  3. Yang mempunyai kepentingan dan habuan akan menyokong kewujudan Lynas...Bagi kami ANAK KUANTAN dan WARGA KUANTAN khususnya tidak mahu Lynas wujud di tanah kelahiran kami... Si Singh boleh cakap macam2 dengan botol berisi tanah sejemput dalam TV3 malam neh... Bagaimana dengan kami yang akan TERPAKSA HIDUP dikelilingi BAHAN2 MERBAHAYA selama ini (AMOCO, BASF dll yang telah tersediaada)dan akan ditambah dengan LYNAS. Warga Kuantan & anak2 kecil kami juga akan menghidup udara DARUL MAKMUR ini. Bukit Merah, Perak pun tidak mahu ada LYNAS tapi di Kuantan, Pahang hendak terima pula?..... Si Singh boleh cakap macam2 sebab dia bukan hidup dalan 80KM radius dari lokasi. Cuba rumah & keluarga nya dlm lokasi, lain pula ceritanya... kesan BAHAYA SEDIAADA yang datang dari KAWASAN INDUSTRI GEBENG boleh dilihat dengan jelas pada bagunan kediaman taman perumahan BALOK PINE, BALOK BARU, BALOK MAKMUR dan DAMANSARA KUANTAN dimana cat rumah pudar dan tahap pereputan besi adalah tinggi... TENGOK KERETA RAKAN2 dari lokasi tersebut telah jelas terbukti "FADED" walau baru pakai 1 @ 2 tahun... Sepatutnya Kerajaan Pahang perlu buat kajian samaada dapat sokongan penduduk setempat atau tidak sebelum meneruskan PROJEK LYNAS di KUANTAN. Baru lah betul 1. RAKYAT DIDAHULUKAN, 2.Pencapaian Diutamakan. Wassalam...

    BalasPadam
  4. HAHAHAHAHAHAHAHA AKU SERONOK MELIHAT RAKYAT MSIA BERGELIMPANGAN MAMPUS....ADA KUASA ADA HAK ADA KEKUATAN LETAK KAT JUBO BELAKA

    UNDILAH BN UTK KELANGSUNGAN HIDUP MAKMUR SIHAT AMAN KAYA RAYA MEWAH DAN GAJI MAHAL

    CAKAP BYK TK GUNA

    agaknya kalau semua rakyat undi pakatan rakyat blh kah SPR taik putar alam blh bg kemenangan ko BN taik...SPR kena angkut tong taik ganti peti undi utk tambah undi BN

    BalasPadam
  5. Ada orang cuba jadi pakar dan serba tahu.Nampaknya pihak yang anti Lynas ini pakar2 belaka.Semua tak betul.Katanya semua telah diskripkan .Pakar2 dari luar negara mempunyai pengelaman yang luas , mereka2 yang kuat komplain ini ilmu tak kemana pun tetapi nak tunjuk mereka hebat.....saperti pepatah mengatakan TONG KOSONG MEMANG KUAT BUNYINYA.

    BalasPadam
  6. Karam singh Walia you have done a great job and keep it up.

    BalasPadam
  7. I hope that another two series will give good conclusion and overcome the uncertainties

    BalasPadam
  8. bn memang nk karamkan org melayu...itu pasal dia pakai karam singh supaya semua melayu akan karam.

    BalasPadam
  9. Anonymous...Wednesday, June 29, 2011 1:53:00 AM.... aiya suda tukarrrr ka......

    BalasPadam
  10. Mr. PDO- Jika benar, TV3 mahu memperjuangkan isu ini. Kenapa mereka tidak melakukanya sejak dulu lagi. - saja nak tanya... rasa2 kawe la LYnas ni tahun 2007 lagi dah dicadangkan buatnya... kenapa masa tu.. YB Fuziah dan kawan2 dia tak bantah sejak dulu lagi...... tak la timbul2 macam hal hari ni...

    BalasPadam
  11. kah kah kah tv 3 suku mahu memperjuangkan isu ini ? bila dah banyak bantahan,mula la siarkan isu ini untuk memperbodohkan org2 kampung yg tak tau ape2..kah kah kah tv 3 suku dengan utusan meloya sama je


    pelik tapi benar,sepatutnya kes2 camni Lynas patut beri penerangan sebelum kilang itu dibina,ni dah nak siap dibina barula terhengeh2 nk beri perjelasan..KERANA telah ditipu oleh puak2 umPORNO yg yakin tidak akan ada bantahan dari rakyat..janji duit masyyuuukk ! kah kah kah last2 tgk rakyat bantah..padan muka ko tauke lynas,ko ngat ngn duit rasuah ko kasi kat umPORNO,rakyat akan ikut sama bodoh gak ke ?

    BalasPadam
  12. Anonymous Wednesday, June 29, 2011 8:37:00 AM - rupa2nya tertinggal keretapi.... huhu ... dah lama dah bagi penerangan .... hangpa dan yb hangpa tertidoq... apa boleh buat.... bangun2 pening, tup tup .... menyusahkan org lain... isk isk isk...cian org kontan...

    BalasPadam
  13. Pakar dari luar negara? Apa nak dihairankan... kerja dibayar cuma ikut skrip aje seperti yang dibayar... lepas tu dia org balik... org kita pulak yg sedut...

    BalasPadam
  14. takpa la.. hangpa tak mau sedut... boleh pindah dari kuantan... rumah hang tu boleh jual murah... ramai yang nak beli... boleh tolong ringankan org yang kene radiasi nanti beli ubat... mekacih...

    BalasPadam
  15. taik punya umno,....habis madu sepah dbuang,...bwt menda tk penah nk pikir pnjang,...tau janji dpt duit boley joli main placur......mabuk2....hahahahahahah

    BalasPadam
  16. yg sokong tu mmg kaparat thap anjing yg taat tuan nya,..tk taat xdpt mkn,...hidup mcm hmba abdi,..xde perjuangan hidup,...hnya tahu mgampu utk kpentingan diri sndiri....FU*K UMNO UNTIL THE LAST BREATH,....

    BalasPadam
  17. apa yang payah nyer kita roboh semua gebeng la..MTBE, BASF, Amoco, Grace, CUF, Eastman, sebab semua tu bahaya..dari duklu, sebelum lynas lagi mmg dah bahaya kawasan gebeng tu..eee..aku tak nak la duduk balok..

    BalasPadam
  18. ape yang korang anti lynas ni korang dah kaji ke?
    ke atas dasar politik je korang nk bangkang?
    pe bukti yg lynas ni bahaya?
    ke takat ikut org ckp je........
    kaji dulu seblum bckp....
    klo de ilmu kongsi...
    baru org boleh percaya....

    BalasPadam
  19. jangan jadi bodoh,bukannya pasal politik,ko cari je kat tenet,bersepah fakta pasal lynas nih..negara australia sendiri yg maju pun rakyat dorg bantah..ada otak bley pk sendiri la pasal ape dorg bantah ! yg politikkan hal nih dari pihak umPORNO,duit dah ambik xkan nak batalkan lynas pula kah kah kah

    BalasPadam
  20. Anonymous said...
    Mr. PDO- Jika benar, TV3 mahu memperjuangkan isu ini. Kenapa mereka tidak melakukanya sejak dulu lagi. - saja nak tanya... rasa2 kawe la LYnas ni tahun 2007 lagi dah dicadangkan buatnya... kenapa masa tu.. YB Fuziah dan kawan2 dia tak bantah sejak dulu lagi...... tak la timbul2 macam hal hari ni...

    Wednesday, June 29, 2011 3:51:00 AM

    Apa citer neh... YB Fauziah jadi ahli Parlimen Kuantan tahun 2008 da...

    BalasPadam
  21. IAEA declares Lynas project safe
    The International Atomic Energy Agency (IAEA) has concluded that the Lynas Corporation Ltd's rare earth plant in Gebeng, Pahang, is safe but the Australian company must undertake improvements
    in various technical areas before it can proceed to the next stage of operations.

    A report issued by the nuclear watchdog today said it did not find any instance of "any non-compliance with international radiation safety standards" in the project.

    Read more: IAEA declares Lynas project safe http://www.btimes.com.my/articles/20110630140541/Article/#ixzz1Qk5nR221

    BalasPadam
  22. Anon Thursday, June 30, 2011 1:14:00 PM - awaq 2008 sampai 2011 tak leh tanya ka... apa la guna jadi ahli parlimennnn... 4 tahun.... bro...
    senang cerita la bro... 4 tahun YB Fuziah tak ambil berat isu Lynas... so dekat je pru 13 create issue konon prihatin la nasib penduduk kuantan....

    BalasPadam
  23. salam kawan2..., sapa tau YB Fuziah asal kampung mana... bukan apa... empat (4) tahun dia buat tak tahu hal Lynas... kot2 la dia tak tau jalan nak ke Gebeng... senang nak pi ambil kat rumah dia tunjuk jalan ke lynas gebeng... sapa tau tolong habaqq...

    BalasPadam
  24. gaduh bangsa lain dapat untung......
    owh melayu....
    owh islam...
    owh org pahang...

    BalasPadam
  25. Buat YB Fuziah Saleh... diberitakan pejabat YB dilanda radiasi...pihak kami sedia memberikan perkhidmatan lori dan gurkha2nya sekali, untuk YB berpindah pejabat. Harga boleh dirunding dan sangat2 berpatutan.... Terima Kasih..

    BalasPadam
  26. Tak payah gaduh2 ssesiapa aja yg sokong lynas jom pindah kat area Gebeng senang cerita, baru kita tahu bahaya atau tidak Lynas ni

    BalasPadam
  27. aku dah tak percaya kat Karam Singh Walia tahi hidung tu lagi, perjuang kan rakyat konon, tolong lah wahai singh kami bukan nak berpolitik kami nak hidup dalam keadaan selamat aja.Lepas ni boleh la Karam singh pakai kereta hybrid hasil upah tipu rakyat pasal lynas

    BalasPadam
  28. Jom siapa yg sokong lynas kita pakat mintak kerja kat lynas, dia orang bayar gaji mahal tau, best

    BalasPadam
  29. Aku pun sama dah tak percaya Si tahi hidung Karam Singh Walia lagi. Betul2 jadi wartawan upahan dah

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.