script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Susulan 'Tidak Yakin' Dengan Hasil Kajian Pakar, Kumpulan Anti Lynas Pertimbang Dapat Perintah Injuksi Untuk Halang Kilang Itu Mulakan Operasi

KUANTAN, 12 Jun - Gara-gara tidak yakin dengan hasil kajian yang akan dikemukan oleh pakar-pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) tentang tahap keselamatan pojek Lynas di Gebeng maka NGO "Save Malaysia Stop Lynas" mempertimbangkan untuk mendapatkan perintah injunksi mahkamah untuk menghalang projek kontroversi bernilai RM700 juta itu daripada memulakan operasinya. Menurut wakil NGO terbabit, Clement Chin (foto) berkata, mereka kini bekerjasama dengan Majlis Peguam Pahang bagi meneliti kemungkinan mendapatkan perintah mahkamah terhadap Lynas Advance Material Plant (LAMP). "Kami melihat daripada segenap penjuru, (dan kami) akan buat keputusannya dalam masa sebulan," katanya dalam sidang media anjuran gabungan NGO People's Green semalam. Tindakan ini adalah jalan terakhir untuk memaksa projek itu dihentikan sebenarnya. Ini memandangkan terlalu banyak fakta yang telah diselewengkan oleh mereka sejak akhir-akhir ini. Kami amat bersetuju dengan tindakan mahkamah demi mempertahankan nasib para penduduk dan warga Kuantan yang bakal berhadapan dengan risiko seandainya operasi kilang ini dimulakan kelak.


Kumpulan Anti Lynas sempat bergambar selepas sidang media tersebut
[Difahamkan, kin sudah hampir 90% kerja-kerja berkaitan sudah disiapkan dan Lynas menjangkakan semuanya akan siap menjelang penghujung bulan Julai ini sebelum operasi dimulakan sekitar September 2011. Persoalan yang timbul, jika kerajaan benar-benar jujur mahu membuat kajian dengan menggundang pakar IAEA meninjau projek terbabit, kenapa operasinya tidak dihentikan buat sementara waktu hingga kajian pakar selesai?. Mana mungkin pakar akan memberi laporan yang jujur kerana kehadiran mereka ke negara ini juga dibayar kosnya oleh Lynas sendiri. Malah, awal-awal lagi pakar sudah mengesahkan Lynas mengikit piawaian yang ditetapkan. Sedangkan mereka belum pun melawat tapak projek itu di Gebeng. Ini bermakna, rakyat sudah tahu akan keputusan yang bakal dibuat oleh mereka hujung bulan ini. Mana mungkin pakar IAEA akan membatalkan satu projek yang sudah menunggu masa untuk beroperasi. Akhirnya rakyat akan terus dipermainkan dalam isu ini. Sudah tiba masanya tindakan mahkamah diambil bagi menyelamatkan rakyat].
Share:

19 ulasan:

  1. Japan is in the grip of a rabbit without ears, that would be born near the damaged nuclear power plant in Fukushima. The owner of the rabbit filmed the animal, and put the images online late last month. The filmmaker says that the images were shot just outside the exclusion zone around the plant.

    It is still not clear whether the mutation is linked to the radiation that was released following the tsunami of March 11, but people already feared malformations in babies.

    TEPCO, the operator of the plant, announced this weekend that the building of reactor 1 to 4000 milliSievert radiation per hour is measured. That is the highest level measured so far in the air. (Ad / sam) READ THIS ON ,,,,,,,,,,,,,http://www.hln.be/hln/nl/2661/Bedreigde Dieren/article/detail/1276670/2011/06/09/Konijn-zonder-oren-geboren-bij-centrale-Fukushima.dhtml


    USE GOOGLE CHROME TO TRANSLATE IT FRO DUTCH TO ENGLISH OR MALAYA...........SUCCESS MALAYSIAN.....

    BalasPadam
  2. A SMALL PARTS OF AUSTRALIA IS BIGGER THAT MALAYSIA

    BalasPadam
  3. Toksah buat kacau kat Pahang, pi balik.... Orang Pahang x perlukan kamu, yang perlukan kamu adalah Pahang Daily aje...

    BalasPadam
  4. lynas lum lg beroperasi, tekanan air kt tmn pandan permai dah rendah. knp? harap pahangdaily siasat

    BalasPadam
  5. Malaysia perlukan LYNAS.
    Pahang perlukan LYNAS.
    Hanya PONDAN tak genap bulu ketiak saja yang tak mahu LYNAS!

    Ada bantahan??

    BalasPadam
  6. Malaysia & Pahang x perlukan LYNAS..MB&puak2 dia je amat memerlukan LYNAS..ke GUANE..?

    BalasPadam
  7. Majoriti, diulang MAJORITI rakyat Malaysia tak perlukan PAS. Hanya kafir DAP saja yang perlukan PAS. DAP perlukan lembu-lembu BEBAL berwajah mausia dalam PAS.

    BalasPadam
  8. Pas menunggu kehancuran

    PASIR MAS 11 Jun - Pas disifatkan sebagai sebuah parti yang sedang menunggu masa untuk hancur disebabkan pembawaan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak mendapat sokongan padu daripada semua ulama serta golongan akar umbi.

    Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Abdul Hadi kini telah terpengaruh dan terpaksa mengikut kehendak golongan 'Anwarinas' bagi memastikan Pas relevan dalam pembangkang biarpun menggadai dasar perjuangan parti itu untuk menubuhkan negara Islam.

    Beliau berkata, gaya kepimpinan dan dasar perjuangan Abdul Hadi sebenarnya amat berbeza dengan golongan 'Anwarinas' yang hanya mahukan kuasa dan memperjuangkan idola mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

    "Saya percaya yang membawa isu ini adalah pemimpin Pas tetapi di bawah (keadaan) kucar-kucir, pemimpin di peringkat bawah dan ahli berasa keliru, ini bermakna Anwar berjaya mempengaruhi pemimpin Pas tetapi tidak pada akar umbi.

    "Bagi saya Pas satu parti yang sedang menunggu kehancuran. Dia boleh sorak menang tetapi kalau kampung tergadai apa gunanya, ini yang berlaku kepada Pas hari ini," katanya selepas Ceramah Perdana Berkembar Parlimen Pasir Mas di Kampung Pohon Rawa di sini malam tadi.

    Ceramah Perdana itu disertai tiga Ahli Parlimen Bebas iaitu Zahrain, Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin. Ia diadakan bagi memberikan penjelasan mengenai isu-isu semasa terutama membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Zahrain yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang berkata, kedudukan Abdul Hadi sebagai Presiden juga goyah kerana kumpulan tersebut sedang menunggu masa untuk mengambil alih kepimpinan parti itu.

    BalasPadam
  9. PKR didakwa dapat bantuan luar?

    Bagi menjamin kemenangan berpihak kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum ke-13, parti itu didakwa telah mendapatkan bantuan daripada sebuah institut antarabangsa pada penghujung bulan lalu.

    Ini termasuk menganjurkan beberapa seminar secara tertutup yang menggariskan tentang pelan tindakan bagi menghadapi pilihan raya itu.

    Difahamkan, beberapa seminar telah diadakan di Sabah, Pulau Pinang dan Selangor yang disampaikan oleh dua individu dari negara berkaitan.

    Menurut sumber, selain latihan komunikasi seminar itu turut menekankan cara menghasut rakyat supaya tampil lebih berani dalam mencabar kerajaan seterusnya memenangi pilihan raya.

    "Pengundi yang menyokong PKR akan dipilih untuk menjadi sukarelawan dan ditugaskan bagi meyakinkan pengundi atas pagar atau belum membuat keputusan supaya memilih parti mereka.

    "Mereka juga akan diberi keyakinan untuk menentang kerajaan berdasarkan kelonggaran undang-undang yang ada di negara ini

    "Selain itu organisasi berkenaan menggunakan sukarelawan untuk berkomunikasi dengan pengundi yang berpotensi supaya mengundi parti pembangkang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Tambah sumber itu, teknik hasutan tersebut didapati telah diterapkan kepada sukarelawan dalam parti di negara jiran untuk menimbulkan kekecohan sekali gus menjatuhkan kerajaan yang ada.

    Katanya, sukarelawan tersebut akan diajar bagaimana untuk mengutip maklumat pengundi dengan menggunakan kaedah 'merayu undi' melalui soal selidik kepada penduduk setempat.

    "Kaedah itu dilihat parti pembangkang sebagai sangat penting untuk menyediakan pangkalan data dan membuat rumusan agar corak pemilihan pengundi dapat diketahui.

    "Malah langkah ini berkesan di dalam menentukan calon yang dipilih untuk bertanding dapat diterima oleh pengundi atau tidak," jelasnya.

    Namun katanya, seminar yang dikatakan lebih demokrasi itu sebenarnya mengajar langkah untuk menghasut serta menimbulkan kekecohan.

    BalasPadam
  10. Terngganu menang Piala FA & Juara SUKMA. Pahang.....ada harapan menang Piala Lynas...kah,kah,kah,kah. Pahang oh Pahang (bekas negeri ku) apa lah nasib engko......

    BalasPadam
  11. Umno Perlu Wujud Unit Tempur Siber Lebih Bersistematik - Ahmad Zahid

    BENTONG: Umno perlu mewujudkan "unit tempur siber" yang lebih bersistematik dan mantap bagi menangani isu-isu yang dibangkitkan pembangkang dalam alam siber.

    Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, unit tempur siber parti ketika ini dilihat tidak memberikan perincian serta penghayatan pada sesuatu isu sehingga gagal menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasar.

    Malah, katanya, unit berkenaan juga selalu kalah dalam menjawab isu-isu yang dibangkitkan pembangkang dalam media baru itu.

    "Berbanding pembangkang, mereka (unit siber) dikumpulkan dan mengupas isu mengikut tafsiran masing-masing yang kebanyakannya menjurus ke arah membelasah kerajaan.

    "Padahal kita ada kumpulan yang lebih besar tetapi mungkin satu unit tempur siber yang bersistematik perlu diwujudkan bagi membalas segala serangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Bentong di sini, Ahad.

    Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Ketua Umno bahagian itu.

    Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, maklumat yang tepat dan jelas, penting bagi menarik masyarakat khususnya golongan muda dan pengundi atas pagar daripada terjebak dalam dakyah pembangkang.

    Terdahulu dalam ucapannya, beliau turut meminta semua anggota Umno memainkan peranan dalam memberikan penerangan mengenai dasar-dasar kerajaan dan tidak hanya berharap ia dilakukan oleh pemimpin mereka.- BERNAMA

    BalasPadam
  12. bro2 sekalaian...

    Tuan Guru Haji Hadi pun xkate pape pasal LYNAS...de suruh rujuk Pakar Nuklear and pakar itu sendiri dah menyatakan lynas selamat pada tahun lpas...ikut sngtla cina laknatullah 2...fuziah pun same...

    Sila rujuk harakah 12Jun2011 muka surat F16

    insaflah wahai penyebar fitnah...Tuan Guru Haji Hadi 2 presiden PAS...Ustaz suhaimi 2 perwakilan jer...laen kali nak tuduh2 2 buatlah rujukan dulu...jangan tunjukkan yg kite xade ilmu sngt...maen ikut je

    Takbir...Allahuakbar...

    BalasPadam
  13. jangan kacau orang pahang, orang pahang dah lama syushah, bukan kilang lynas, nak buat kilang arak, kilang taik, kilang syabu pun tak apa, janji umno masyuk duit.

    BalasPadam
  14. Seorang pengemis lebih berhak menerima puji dan hormat berbanding Anwar dan penganut PAS (Parti Angguk Saja)

    Ada Bantahan?

    BalasPadam
  15. gua masih menteng klu org pas terpijak bayang gua kompom gua samak kaki gua dgn air tanah.

    BalasPadam
  16. Abom Sunday, June 12, 2011 11:18:00 PM
    Aku rasa menda ni Umno dah buat lama dah.. tapi aku pelik.. tak boleh ker nak ambil pakar dari luar??
    Upco tu natang apa ek???... Bangang!!!!!!!

    BalasPadam
  17. Aku tak kira..aku nak sokong UMPORNO jugakkkkkkk!!!!!! AMENO /APCO lah yang bagi kain pelikat dan RM50 masa nak pilihanraya....aku nak sokong AMENO jugakkkk.................................................................................. (begitulah terjadi pada kebanyakan org Melayu haprak

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.