GEORGETOWN 7 Jun - Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memutuskan kaedah pemilihan Anggota Jawatankuasa (AJK) Kariah Masjid di seluruh negeri menggunakan sistem pengundian dalam kertas undi ala pilihan raya. Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Kassim (foto) berkata, kaedah pemilihan yang diperkenalkan itu adalah persetujuan bersama dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAI), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). "Menerusi perbincangan dan percambahan fikiran dengan pelbagai pihak, kerajaan telah bersetuju dan mahu kaedah pemilihan jawatankuasa kariah yang lebih telus, berbanding dengan tatacara pemilihan sedia ada,” katanya. Katanya, kaedah pemilihan secara undi itu bertujuan untuk mengembalikan hak anak-anak kariah untuk mencalon dan memilih pemimpin kariah masing-masing kepada MAIPP. Beliau berkata, satu tatacara pemilihan jawatankuasa kariah masjid bagi tempoh 2012-2013 bagi memberi panduan mengenai kaedah pemilihan dan borang pencalonan telah diedarkan kepada semua masjid dengan tarikh tutup pencalonan pukul 12 tengah hari nanti.
Ketua Menteri Kecewa "Utusan" Berbohong Lagi
Pembohongan terbaru Utusan Malaysia cuba mengaitkan DAP dengan cadangan mengadakan pemilihan bagi jawatankuasa masjid di Pulau Pinang. Laporan berita Utusan mendakwa kononnya pemilihan itu “dilihat bakal menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian”. Berita Utusan itu menambah, “jika dilaksanakan sepenuhnya, ‘pilihan raya masjid’ itu yang dijangka bermula pertengahan bulan ini akan menjadikan Pulau Pinang sebagai satu-satunya negeri yang pernah melaksanakan kaedah pemilihan seumpama itu”. Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Zairil Khir Johari berkata DAP tidak terlibat sama sekali dengan soal pengurusan masjid di Pulau Pinang yang berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Pulau Pinang. “DAP tidak ada wakil yang menduduki MAIPP. Jika MAIPP sendiri yang berpendapat langkah itu sesuai, ia terpulang kepada MAIPP dan umat Islam di Pulau Pinang. DAP tidak ada sebarang penglibatan dalam usaha itu,” katanya. Sebaliknya, beliau menjelaskan, kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang dipimpin oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng telah sedaya upaya mengangkat martabat Islam sebagai agama Persekutuan dengan memberi lebih peruntukan kewangan berbanding dengan pentadbiran UMNO Barisan Nasional sejak sekian lama.
Menurutnya, peruntukan bagi hal-ehwal agama Islam telah berganda dan kian meningkat setiap tahun sejak pentadbiran Pakatan Rakyat mengambil alih negeri pada tahun 2008.“Sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz juga diberi peruntukan tahunan di mana kerajaan BN dahulu tidak begitu bersungguh-sungguh melaksanakannya. Di samping itu, kerajaan negeri Pakatan juga memperuntukkan elaun tambahan sebanyak RM100,000 setahun kepada guru-guru KAFA,” tambah beliau lagi. Roketkini.
[Menurutnya, laporan Utusan itu hanya mencerminkan sikap tuan mereka UMNO yang terus mencari jalan untuk membangkitkan kemarahan orang Islam dengan mengaitkan DAP yang dituduh mereka sebagaii cauvinis Cina, mahu campur tangan dalam hal-ehwal masjid. Sebelum ini Guan Eng telah dituduh mengeluarkan nama Yang di-Pertuan Agong dari khutbah jumaat, menyembelih lembu Hari Raya Korban dan mengharamkan perarakan Maulidur Rasul. Semua tuduhan itu dibuktikan palsu. Zairil mengingatkan orang ramai terutamanya umat Islam supaya tidak mudah percaya dengan dakyah Utusan yang sanggup bermain dengan fitnah demi kepentingan politik UMNO. “Sikap bijak dan berani yang ditunjukkan oleh pemimpin dan ahli PAS yang tidak percaya kepada Utusan yang cuba campur tangan dalam pemilihan parti itu baru-baru ini patut jadi contoh kepada semua rakyat khususnya orang Melayu,” tambahnya].







Adakah dalam Malaysia ni, semua perkara nak buat kena minta kebenaran dari umno dulu ke?
BalasPadamUtusan ni hanya layak buat bungkus tahik kucing je!!!..
BalasPadamtapi kenapa di Penang masih banyk rumah urut, rumah arak dan tempat jual babi terbuka yek....duit buat apa..bayar penceramah PAS je ke..dulu RM 50 satu kuliah...sekarang dan RM 150...hebat...hebaaat...patut perlu banyak duit..boleh buat untung besar
BalasPadam