script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PAS Pahang Amat Kesal Dengan Kekecohan Serta Provokasi Yang Sengaja Telah Di Timbulkan Oleh Penyokong Kerajaan Pada Demo Lynas Di Hyatt !!

TEMERLOH, 2 Jun - PAS Pahang kesal dengan kekecohan dan provokasi yang telah sengaja ditimbulkan oleh penyokong kerajaan dan dalam himpunan 'Bantahan Lynas' di hadapan Hotel Hyatt, Teluk Chempedak, Kuantan baru-baru ini. Demonstrasi aman itu hanya satu pernyataan bantahan daripada penduduk tempatan kepada lima orang pakar dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang sedang bermesyuarat berhubung pembinaan kilang yang memproses sisa bahan radio aktif di Gebeng itu. Kekecohan sepatutnya boleh dibendung jika pihak polis bertindak profesional mengawal provokasi melampau pihak penyokong kerajaan yang terdiri dari Umno, Pakida, Perkasa, Majlis Belia, Belia 4B, GPMS dan lain-lain. Namun akibat kawalan yang sekadar ‘melepas batuk di tangga itu’ menyebabkan berlaku kekecohan sehingga Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Indera Mahkota tercedera berikutan penyokong kerajaan yang telah bertindak agresif di luar batas kemanusiaan. Tindakan tersebut sebenarnya hanya mencacat dan memburukkan negara ini daripada pandangan tetamu dan pelancong yang selama ini menganggap Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi. Puluhan ribu rakyat tempatan telah menandatangani petisyen bantahan terhadap kilang Lynas demi keselamatan anak cucu serta generasi mereka akan datang. Oleh yang demikian, rakyat berhak untuk menyatakan bantahan tersebut tanpa sebarang kepentingan lain. Sehubungan dengan itu juga PAS Pahang menyakan bantahan keras dan mengutuk tindakan provokasi daripada pihak penyokong kerajaan itu dan berharap ianya tidak akan berulang lagi.


Bukti, kereta pemimpin terbabit dikepung oleh para penyokong UMNO
dia dihalau, diherdik, ditolak dan keretanya ditendang sesuka hati

[Apa yang berlaku di Teluk Chempedak dan Hotel Hyatt baru-baru ini adalah sesuatu yang tidak masuk dek akal sebenarnya. Provokasi melampau dilakukan oleh penyokong UMNO selepas melihat mereka tertewas dengan hujjah-hujjah yang diberikan oleh aktivis bantah Lynas. Akhirnya mereka menggunakan kuasa dengan bantuan pihak polis untuk menghalau dan mengusir pihak lain, sedangkan mereka boleh mengadakan demontrasi secara aman jika mereka mahu. Malahan mereka juga telah diberi ruang berdemo di bawah pokok depan Hotel Hyatt. Soalnya kenapa ada Exco Kerajaan Negeri Pahang sendiri yang boleh mengarahkan penyokong mereka berbuat kelakuan sedemikian. Apakah dengan bertindak samseng maka UMNO rasa mereka boleh menang dalam isu Lynas ini. Mereka harus ingat bahawa majoriti rakyat menolak Lynas, hanya segelintir sahaja yang terpaksa menyokong. Itu pun mereka dibayar untuk ketika hadir ke lokasi terbabit itu sebenarnya]. selamatkanpahang
Share:

9 ulasan:

  1. UMNO kurang hajor.. Sama perangai macam rejim Zionis.

    Deme UMNO kalau sokong Lynas, pergilah buat demo sokong kat tempat lain. Tak payah kacau orang dan timbulkan kekecohan / keganasan. Tak payah nak jadi hero taik kucing.

    Kalau ketua dia bodoh, anak buah dia pun jadi bodoh jugak. malang betul Malaysia, kalau UMNO buat taik, media senyap je. kalau pembangkang agresif sikit terus kata ganas kompem masuk berita akhbar dan TV.

    BalasPadam
  2. Sabarlah semua. Insya Allah UMNO akan hilang banyak kerusi di Pahang ni. Sekarang peranan kita sebarkan pada rakyat di semua daerah tentang isu ni. Rakyat, org2 kampung, pokcik mokcik tak mendapat gambaran sebenor ttg perkara ni. Ayuh.... kita boleh tawan Pahang!

    BalasPadam
  3. Org Kuantan dan lain2 tempat, jom buat bantahan lynas besar2an... ajak umngok skali....

    BalasPadam
  4. Umngok tok sey buat bantahan. Diorang lebih rela duduk rumah nengok filem blue.

    BalasPadam
  5. Salam all,

    im a material engineering master student from iium...
    from my research,we already exposed to radiation in our daily life such as from telephone, smoking, computer, television etc..radiation in lynas only give us 2msv/year(only for workers/our maximum radiation exposed set by aelb is about 20msv/year)...

    And for those who really 'say no' to radiation...i suggest they throw away all their cellphone, TV, computer etc n for those who's smoking 1 box of ciggarates a day(for knowledge, u already exposed to 140msv/year)..

    after that, u all can continue again your protest again radiation especially LYNAS...Please do a research before say something, coz people may be laugh for us...

    BalasPadam
  6. kalau tenguk pd gmbar2 video klip tu memang sah mrk2 ni gitu sombong dan takbur seolah2 mrk lah pahlawan gagah perkasa gagah mcm mana pun mati juga, takut mrk mati dlm kesombongan kialau mrk ni faham sifat 20 dan mengamalkan nya mrk tak akan berani berkata2 mcm tu, kalau Allah awt amik sikit aje salah satu sifat2 makniNya nescaya tak guna satu sen pun kita lg jd jgn lah jd manusia yg sombong dan takbur krn semua sifat2 ni di benci Allah.

    BalasPadam
  7. Kalau UMNO kurang ajar..
    PAS/PKR/DAP kurang akal.

    BalasPadam
  8. UMNO kurang ajor, biadab, perangai cam haiwan. Tapi pencacai UMNO lagi teruk. Sanggup nafikan kebenaran kerana kejar habuan dunia, tegakkan benang basah.

    Sedarlah UMNO dan kerajaan Malaysia dikontrol oleh APCO Yahudi. Najib sendiri mengaku jadi ahli kehormat Freemason. Dah terang lagi bersuluh merekalah sebenarnya musuh Islam dan musuh kita semua.

    BalasPadam
  9. jgn marah, china kuantan dah tak sokong BN pd pru13, kita sama2 tumbangkan BN, klu PR memerintah semua polis2 yg dok sokong BN kita arahkan mereka bertaubat.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.