script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ahli Parlimen "Indera Mahkota", YB Azan Ismail Perjelaskan Peruntukkan Dana Tambahan RM13 Bilion Untuk Tampung Kos PRU-13 Sebenarnya !!

KUALA LUMPUR 23 Jun - Permohonan belanjawan tambahan berjumlah RM13 bilion oleh kerajaan UMNO BN di parlimen baru- baru ini menimbulkan kesangsian berikutan tempoh yang dianggap terlalu awal untuk kerajaan mendapatkan kewangan tambahan bagi tahun 2011. Walaupun alasan yang diberikan kerajaan berkait aspek pengurusan negara namun ahli parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail (foto) berpendapat wujud elemen lain yang cuba disembunyikan pihak tertentu memandangkan peruntukan tambahan bagi 2010 baru sahaja diluluskan Mac lalu ."Kalau dibuat perbandingan belanjawan tiga bulan lepas dengan jumlah RM13 bilion tidak mendatangkan apa-apa kesan (harga barang). Kenapa kerajaan mengulangi perbelanjaan yang sama jumlahnya untuk kali ke dua. Justeru, Azan berkata permohonan belanjawan itu menguatkan lagi spekulasi bahawa dana awam itu akan digunakan bagi menampung kos Pilihan Raya Umum tidak lama lagi. Ini kerana jelasnya, alasan untuk menampung kos subsidi adalah tidak relevan memandangkan rakyat masih terbeban dengan kenaikan tarif elektrik dan harga barang. "Maka timbul bukti bahawa ini sebenarnya belanjawan untuk mencipta momentum khas untuk PRU13 dan akan ada siri kerana setiap tahun pilihan raya memang ada jenis perbelanjaan begini dan rakyat perlu tahu sebenarnya perbelanjaan tambahan yang diminta parlimen untuk pastikan Barisan Nasional boleh bertahan," kata Azan.


[Justeru Azan mengecam peranan kerajaan pemerintah yang gagal membuat andaian tepat pengurusan kewangan sekiranya benar peruntukan tambahan itu akan disalurkan untuk kepentingan rakyat. Azan yakin sekiranya kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak menggunakan mekanisma yang sama seperti tahun lalu untuk menangani isu beban rakyat, maka pembaziran sebanyak RM13 bilion dijangka akan berlaku pada tahun ini yang ternyata tidak membawa keuntungan kepada rakyat. "Bermakna peruntukan belanjawan (tambahan) itu ditumpukan untuk subsidi yang sebenarnya tidak berjaya meringankan beban rakyat. Ini bermakna alasan subsidi itu tidak betul. Diwujudkan sahaja untuk menggunakan kewangan itu," ujar beliau lagi]. tvsnews
Share:

5 ulasan:

  1. 2 hari lepas 1 kawan, sewaktu minum pagi kat kedai kopi maklumkan dekat aku, katanya UMNO dah salur kekawasan peruntukan pilihanraya satu cawangan dapat 10,000 ringgit, beritahunya. Baguslah aku kata pada nya kalau dah masuk tapi 10,000 mana nak cukup nak beli kayu atap nak wat bilik gerakan, sekarang bukan macam dulu, dulu boleh lah barang masih dikira murah lagi... cepat2 dia potong cakap aku... ahh!! bilik gerakan tak main le nak pacak2 tiang lagi. Sewa cabin le...lagi tak cukup ? cabin tu dana lain le, habis 10,000 untuk apa ? untuk pakai le jawab nya pendek, kita bagi2 le.... nak wat kerja tak ada garam kerja apa boleh buat balasnya.

    Parlimen belum bubar lagi balas ku. 10,000 banyak mana sangat, tak sampai 10 hari kalau 1 cawangan katalah 10 orang bagi sama rata sama rasa baru dapat 1000 ringgit, 1000 ringgit hari ini belanja dapur 4 hari sekali paling koman 100 ringgit sekali belanja habis, . 20 hari habis la 1000 itu balas aku... nak pakai raya bulan 9 ini takkan boleh sampai kot.
    Itu pun tak masuk duit rokok, duit minyak motor kamu, duit henpon, seminggu cai nombor sampai 3 pintu sekali ....pernah sampai 100 ringgit sekali cai, lagi le tak cukup...bla, bla, bla....
    Pandai2 le adjust balasnya dah tahu peruntukan sikit gila ke nak bagi sampai 10 orang.... sendiri ingat le, ditemplaknya aku.

    Habis takkan takat 10,000 itu je sampai habis pilihanraya....sendiri bikin kerja le, dia orang je tahu pakai duit habis kita yang buat kerja nih suruh mati kering, sapa nak, angin dia lepas kena jolok sikit. Habis takkan tak reti2 hantar advance masa pilihanraya nanti. Sombong je nampak kawan aku itu.... ialah duit tengah banyak agaknya. Biasalah puak2 pencacai UMNO nih bergebang... cakap pun sikit TENGGI maklumlah habuan dah masuk.

    Ini cerita mulut dari orang UMNO sendiri pada aku 2 hari lepas, tapi taraf dia setiausaha pada JKKkP kampong aku, pencacai le tu. Sewaktu aku nak bayar duit air aku laju je tangannya tarik tangan aku...tak payah kau bayar aku bayar, aku bayar, pemurahnya.... maklum lah duit terpijak kalau tidak memanjang je air dia tonggak aku tukang bayarnya. Aku kenen juga sikit kat dia takkan takat bayar air je takkan tak ada apa kot hulur la sikit apa guna kawan kalau kawan tak tolong kawan, inilah masanya, sindir aku... ahhh engkor ni... kalau pasal duit laju je, reti pulak dia bilas aku, tapi apa lah nak harap kat dia kalau peruntukkan tu sendiri dia orang ekjas 3, 4 orang sesama dia aja... sendiri faham, faham le.

    Pasal inilah alasan Najib minta peruntukan tambahan segera menampung subsidi serta perbelajaan yang kerajaan dah tanggung. Anda sendiri bayangkan kalau 1 cawangan 1 bilik gerakkan x 10,000 ringgit peruntukan, 1 kawasan ada 10 cawangan UMNOBEEND, kan dah menelan 100,000 ringgit baru satu kawasan satu negeri seperti Selangor 22 kerusi parlimen x 10 = 220 x 10,000 = 2,200,000 ringgit belanja ditelan pencacai, satu negeri x 15 = 33 juta ringgit, itu baru first advanced kalau nak sampai hari mengundi berapa kali advanced plak yang sampai x kain pelikat x 50 ringgit belanja tumbuk rusuk x belanja pencacai mat rempit x upah samseng pekida x tambang indon, bangla, myanmar mengundi x makan, minum duit poket SPR x belanja putera,putri,wanita umno = BERATUS, RIBU, RIBU, JUTA, INI WANG MANA ANGKAT ?. Lepas pilihanraya utusan head line full face Rakyat Yakin kepimpinan Najib, BN... rakyat memberi mandat memerintah negara, BN...akan terus bekerja keras demi kemakmuran negara dan rakyat, BN memastikan ekonomi terus berkembang pesat, BN berada dilandasan yang betul, BN... BARANG NAIK lagi.

    BalasPadam
  2. Barang naik ok apa... anwar memang perlukan satu situasi 'kenaikan barang' untuknya melakukan 'kerja-kerja amal' kegemarannya.

    BalasPadam
  3. CELAKA UMNO SEX JUBUR.. NAJIB LIWAT ALTANTUYA NIH !!

    BalasPadam
  4. Memang gitulah budaya kerja dalam UMNO. Aku ramai member org UMNO dan aku sendiri pernah terlibat dengan program UMNO. Duit utk pencacai ni kira main 'tabur' je. Datang mana duit tu wallahu a'lam. Mungkin duit kita jugak lah tu gamoknya.

    Time musim pilihanraya, member2 aku yg UMNO ni memang pemurah gila la belanja minum teh, maklumlah masyuk. Tapi aku jarang terima, khuatir juga Allah x redha dan syubhah duit tu.

    BalasPadam
  5. Itulah bezanya UMNO dan PR. Dlm PR terutamanya PAS, ahli keluar duit sendiri dan berpenat lelah utk kerja2 parti. Dalam UMNO, kebanyakannya dgn duit baru bergerak. Tampal poster UMNO masa pilihanraya pun boleh buat kerja part time, dpt pendapatan sampingan yg agak lumayan.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.