KUANTAN, 9 Jun - Orang ramai adalah dijemput hadir ke Karnival Amal Nadikota - Rumpun 2011 yang akan diadakan di Padang MPK hadapan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I dekat sini. Program anjuran Kelab Belia Nadikota Kuantan itu adalah bertujuan untuk membiayai Dana Tabung Pembangunan Ihsan (Anak Yatim, OKU dan Ibu Tunggal). Program yang akan diadakan dari 11 hingga 12 Jun itu, diserikan lagi dengan Ceramah Agama Perdana oleh Ustaz Badlishah Alauddin (foto) dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Beliau akan menyampaikan ceramah bertajuk "Membina Ukhwah Menjana Keberkatan" pada 11 Jun, hari Sabtu jam 9.00 malam. Dalam sibuk berpolitik, ada masanya perlu ketepikan fahaman masing-masing untuk sama-sama mengimarahkan program yang bermanfaat seperti ini. Tambahan pula ia bertujuan untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat tentang betapa pentingnya mengeratkan ukhwah dan sillaturrahim semasa umat Islam dalam konteks masyarakat majmuk di negara Malaysia ini.
[Ustaz Badli Shah bin Alauddin dilahirkan di Kg. Berkat, Maran dan kini bertugas sebagai Penolong Pengarah Bhg. Dakwah di Jabatan Agama Islam Pahang. Berkelulusan B.A (Hons.) Tafsir al-Quran, University al-Azhar, Mesir dan Diploma Dakwah Islamiah, Univ. Sultan Zainal Abidin. Kini sedang menyambung pengajian di tahun akhir Sarjana Sains Universiti Malaysia Terengganu. Pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JAIP (2006) dan pingat Ahli Mahkota Pahang (2008). Secara profesional, menjadi ahli Muslim Trainers and Motivators Association of Malaysia (TAMRIN) dan AJK Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Pahang (PSMCP). Dalam dakwah, telah menjadi tetamu di televisyen sejak tahun 2002 di TV1 (Panel Forum Perdana, Al-Bayan, Ad-Deen, juri Adik-Adikku), TV3 (Panel al-Kuliyyah, Motivasi Pagi, al-Hidayah), TV9 (Panel Halaqah, juri Cari Menantu (2 musim), Muqaddimah, Tanyalah Ustaz, Keluarga di 9, Apa Khabar Orang Kampung (AKOK) dan Sua Rasa) dan TV al-Hijrah. Juga telah menjadi tetamu di radio sejak tahun 2000 menerusi Klasik Nasional, IKIM.fm, Pahang FM, Terengganu FM, Kelantan FM, Johor Best 104 dan Fuyoo FM. Umat Islam sekitar Kuantan dijemput hadir].

Bagus gak pahang daily mentengahkan hal ehwal agama. hidup PDO
BalasPadamSyukurlah..disebalik usaha pasal perkara dunia..pahang daily x lupa nak menghebahkan program terbaik yg diadakan..tepuk dada tanya selera.
BalasPadammemang la ustaz ni bakal calon PAS PRU13 akan datang..mmg la kuarkan dlm PDO...
BalasPadamsemua cawangan umno diseluruh kuantan, wajib menghantar wakil sekurang2nya 10 orang satu cawangan, eeeeeeeeeeee.....
BalasPadamBerapa umur sebenar ustaz ni sebenarnya ya?
BalasPadam