script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Aktiviti Rakyat: Ceramah Agama Perdana Bersama Ust. Badlishah Alauddin (JAIP) Sempena Program Karnival Amal Nadikota-Rumpun Pada 11 Jun Ini !

KUANTAN, 9 Jun - Orang ramai adalah dijemput hadir ke Karnival Amal Nadikota - Rumpun 2011 yang akan diadakan di Padang MPK hadapan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I dekat sini. Program anjuran Kelab Belia Nadikota Kuantan itu adalah bertujuan untuk membiayai Dana Tabung Pembangunan Ihsan (Anak Yatim, OKU dan Ibu Tunggal). Program yang akan diadakan dari 11 hingga 12 Jun itu, diserikan lagi dengan Ceramah Agama Perdana oleh Ustaz Badlishah Alauddin (foto) dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Beliau akan menyampaikan ceramah bertajuk "Membina Ukhwah Menjana Keberkatan" pada 11 Jun, hari Sabtu jam 9.00 malam. Dalam sibuk berpolitik, ada masanya perlu ketepikan fahaman masing-masing untuk sama-sama mengimarahkan program yang bermanfaat seperti ini. Tambahan pula ia bertujuan untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat tentang betapa pentingnya mengeratkan ukhwah dan sillaturrahim semasa umat Islam dalam konteks masyarakat majmuk di negara Malaysia ini.

[Ustaz Badli Shah bin Alauddin dilahirkan di Kg. Berkat, Maran dan kini bertugas sebagai Penolong Pengarah Bhg. Dakwah di Jabatan Agama Islam Pahang. Berkelulusan B.A (Hons.) Tafsir al-Quran, University al-Azhar, Mesir dan Diploma Dakwah Islamiah, Univ. Sultan Zainal Abidin. Kini sedang menyambung pengajian di tahun akhir Sarjana Sains Universiti Malaysia Terengganu. Pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JAIP (2006) dan pingat Ahli Mahkota Pahang (2008). Secara profesional, menjadi ahli Muslim Trainers and Motivators Association of Malaysia (TAMRIN) dan AJK Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Pahang (PSMCP). Dalam dakwah, telah menjadi tetamu di televisyen sejak tahun 2002 di TV1 (Panel Forum Perdana, Al-Bayan, Ad-Deen, juri Adik-Adikku), TV3 (Panel al-Kuliyyah, Motivasi Pagi, al-Hidayah), TV9 (Panel Halaqah, juri Cari Menantu (2 musim), Muqaddimah, Tanyalah Ustaz, Keluarga di 9, Apa Khabar Orang Kampung (AKOK) dan Sua Rasa) dan TV al-Hijrah. Juga telah menjadi tetamu di radio sejak tahun 2000 menerusi Klasik Nasional, IKIM.fm, Pahang FM, Terengganu FM, Kelantan FM, Johor Best 104 dan Fuyoo FM. Umat Islam sekitar Kuantan dijemput hadir].

Share:

5 ulasan:

  1. Bagus gak pahang daily mentengahkan hal ehwal agama. hidup PDO

    BalasPadam
  2. Syukurlah..disebalik usaha pasal perkara dunia..pahang daily x lupa nak menghebahkan program terbaik yg diadakan..tepuk dada tanya selera.

    BalasPadam
  3. memang la ustaz ni bakal calon PAS PRU13 akan datang..mmg la kuarkan dlm PDO...

    BalasPadam
  4. semua cawangan umno diseluruh kuantan, wajib menghantar wakil sekurang2nya 10 orang satu cawangan, eeeeeeeeeeee.....

    BalasPadam
  5. Berapa umur sebenar ustaz ni sebenarnya ya?

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Belanjawan Negeri Pahang 2027 Ambil Kira Keperluan Semasa, Cabaran Ekonomi Serta Harapan Rakyat Terhadap Masa Depan Negeri

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menyasarkan hasil sebanyak RM1.507 bilion bagi tahun 2027 dengan perbelanjaan mengurus berjumlah RM1.502 bi...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.