ROMPIN, 24 Jun - Kejadian ribut "puting beliung" yang disertai oleh hujan lebat yang melanda tapak karnival 1Malaysia di Tanjung Gemuk dekat sini dua hari lalu jelas sekali meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada para peniaga yang terlibat. Berdasarkan kepada laporan Sinar Harian semalam, dalam kejadian tersebut berpuluh-puluh peniaga terpaksa lari bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing ketika kejadian. Dalam kejadian jam 5 petang itu, angin kencang berwarna hitam membentuk corong berputar yang dikatakan dari Sungai Anak Endau itu sekelip mata meranapkan sebahagian besar kanopi di kawasan itu. Sebanyak 10 kanopi rosak teruk dan sebahagiannya runtuh, manakala 24 kanopi lagi di kawasan sama turut terkena tempias angin kencang mengakibatkan barang-barang perniagaan bertaburan di merata-rata tempat. Dianggarkan semua peniaga mengalami kerugian sebanyak RM500,000 setelah barangan perniagaan mereka musnah dan rosak teruk dalam kejadian paling dahsyat pernah berlaku itu.[Soalnya sekarang, apakah semua yang terjadi ini adalah satu bala dan peringatan daripada Allah SWT terhadap hambanya?. Apakah para peniaga dan penganjur yang terbabit dapat menerima kenyataan yang acara tersebut dipenuhi dengan unsur-unsur hiburan maksiat yang bertentangan dengan agama Islam. Lantaran itulah kita tidak hairan ribut sedasyat itu melanda kawasan terbabit sebenarnya. Pengajaran dan ikhtibar yang harus diambil oleh semua pihak ialah, tidak sewenang-wenangnya mengadakan karnival jualan yang diselitkan dengan berbagai unsur maksiat yang jelas menghina kesucian agama Islam itu sendiri. Semoga semua yang berlaku ini dapat dijadikan ikhtibar oleh semua pihak agar lebih berhati-hati selepas ini. Semoga mereka tabah menghadapi segalanya. Apa yang penting, tidak ada nyawa yang terkorban dalam kejadian ini. Jika tidak sudah pasti sesuatu yang lebih besar bakal terjadi].






Peringatan dari Allah. Perkara yg sama pernah berlaku di Kuantan ketika Najib dtg.
BalasPadamPeringatan peringatan peringatan apa pun bagi muslim msia nothing
BalasPadamPeringatan peringatan peringatan setiap hari melawat kematian kuburan tiada rasa gerun takut pada Allah
Tsunami Tsunami Tsunami setiap bulan no hal kami tk gentar kata rakyat msia...betapa hebatnya rakyat msia berbanding kuasa tuhan
Perhatikan sekeliling anda
MUSLIM DALAM NEGARA MSIA NEGARA ISLAM HADURI
Setiap hari menonton kematian umpama menonton slot drama minggu ini....Liatnya utk dirikan solat wajib ... Liatnya utk buat kebaikan ........
Guru aku dulu pernah cakap, tanda2 kita ahli neraka ialah apabila berlaku sesuatu musibah / bencana kita tak rasa itu sebagai peringatan / bala daripada Allah.
BalasPadamBetul tu. Sama halnya dengan Brother Anwar Bin Ibrahim, sekian banyak rentetan musibah yang menimpa dirinya, sebaliknya dia dengan angkuh mencanangkan dirinya sebagai 'insan istimewa anugerah tuhan'
BalasPadamUlama silam yang berusaha menegakan danmemartabatkan Islam sbg agama Alah terus terusan diuji. Malah lebih teruk lagi daripada apa yg dialami oleh DSAI. Seorang yang cekal dan tabah sperti DSAI umpama sebutir bintang di langit yg akan terus menerus menyinar. Langkah ke Putrajaya semakin hampir.
BalasPadamxde kena mengena ngan najib datang pun. bala yang Allah turunkn x babitkan politik pn. kalau ye pn fanatik ngan politik jgn suma kejadian Allah di jadikn sebab utk hentam org.. cermin diri kita dulu sblum cerca org... kalau benar diri awk 2 beriman ingat lah pe yg tok guru awk ajar... ape sunbangan diri awk pada negara...
BalasPadamberi sumbangan dulu pd agama bangsa negara baru war2 kn pd org... kalau stkat mkan pn susah xyah cite la..... penah ke dsai bg makan kalau xde wit....
BalasPadam