script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Memalukan: MB Pahang, Si 'Adnan Yaakob' Wajar Cermin 'Diri Sendiri' Dulu Sebelum Ingin Sifatkan Orang Lain Tidak Cerdik Kerana Anjurkan Bersih!

Menteri Besar Pahang, Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob (foto) tidak wajar mengeluarkan pandangan yang menyifatkan penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sebagai "tidak cerdik". Kenyataan yang dibuat itu jelas sekali melambangkan betapa dangkalnya mentaliti Menteri Besar Pahang yang tidak mahu menerima kebenaran dan mahu terus biarkan penyelewengan, penipuan, rasuah dan kepincangan terus berlaku dalam pilihanraya di negara ini biar pun dia sendiri tahu memang UMNO melakukan taktik itu untuk menang selama ini. Sepatutnya sebagai seorang "guru", Adnan harus mengajar anak muridnya supaya menjadi orang yang baik dan mengamalkan sikap mulia kepada masyarakat. Bukankah Adnan sendiri tahu, sejak 50 tahun yang lalu, pilihanraya yang berlaku di negara ini dicemari dengan unsur-unsur "kotor" yang perlu "dibersihkan". Makanya, segala tuntutan yang mahu dibuat oleh rakyat untuk memulihkan kembali pilihanraya harus diterima dengan perasaan tenang dan tidak melatah seperti ini. Apakah Adnan fikir selama ini pilihanraya yang dilaluinya itu bersih?. Jika bersih kenapa BN terus menggunakan kaedah penipuan, rasuah dan ugutan kepada rakyat supaya terus mengundi mereka. Di Pahang misalnya, kenapa setiap kali pilihanraya, wang ringgit ditaburkan sesuka hati kepada rakyat tanpa sedikit pun merasa "bersalah". Sebagai pemimpin Melayu Islam yang juga merupakan exco agama di Pahang, Adnan sepatutnya menilai diri dan senantiasa bermuhasabah ke arah kebaikan. Bukannya terus melihat kebokrokan itu sebagai sesuatu yang bersih buat selamanya. Apakah bersih namanya jika setiap kali pilihanraya UMNO Pahang merasuah para peneroka felda ribuan ringgit dan mengugut mereka supaya mengundi BN?. Apakah bersih namanya jika setiap kali pilihanraya UMNO Pahang memunggah berlori-lori arak dan bersewang selama tiga hari tiga malam ke kawasan perkampungan orang asli supaya mereka terus mengundi BN?.


Adnan memang "tidak cerdik" bila biarkan penyokong UMNO sendiri
serang Pemuda MCA (komponen BN) sendiri yang bantah Lynas

Apakah bersih namanya, jika SPR memasukkan kem tentera Batu 10 yang jelas berada di kawasan parlimen Paya Besar dalam daerah Kuantan ke Parlimen Pekan untuk memastikan kemenangan Najib Razak di sana?. Apakah bersih namanya jika saban hari semakin ramai rakyat Myanmar dan Kemboja diberikan kad pengenalan dan dipunggah masuk ke kawasan Parlimen Pekan untuk memenangkan Najib?. Apakah bersih namanya bila ramai orang Kedah dan Perlis yang tinggal dipersisiran pantai dipunggah untuk mendiami tanah-tanah di kawasan Parlimen Pekan bagu tujuan mengundi Najib?. Apakah bersih namanya bila mana mereka pungga warga asing dibawa ke satu kawasan kem di Cherating untuk ditarbiyah dan diberikan kad pengenalan supaya mengundi BN dalam pilihanraya umum akan datang?. Apakah bersih namanya semua perbuatan-perbuatan khianat ini dirahsiakan kepada rakyat agar mereka terus percaya hanya UMNO BN sahaja yang boleh memerintah negara ini buat selama-lamanya?.

[Adnan harus sedar, jika dia menganggap penganjur Bersih tidak cerdik kerana mengadakan perhimpunan untuk menutut keadilan dalam pilihanraya, maka apakah Adnan cerdik bila mengarahkan penyokong UMNO buat demontrasi dan menyerang rakyat yang membantah Lynas di Teluk Chempedak pada hujung bulan Mei yang lalu?. Sebenarnya, Adnan lebih tidak cerdik bila tergamak membawa masuk satu pelaburan berisiko yang ditentang oleh rakyat ke negeri ini. Malah, Adnan juga tidak cerdik bila tergamak memperbodohkan rakyat kononnya radiasi yang dikeluarkan oleh matahari, TV, telefon bimbit itu lebih tinggi radioaktifnya daripada yang akan dihasilkan oleh kilang memproses rare earth Lynas Corporation itu nanti. Adnan lebih tidak cerdik bila gagal membangunkan negeri Pahang selepas lebih 11 tahun memerintah negeri ini, malah senantiasa menyajikan "Bajet Defisit" setiap kali ia dibentangkan. Sebagai bekas guru, Adnan tidak cerdik apabila secara terang-terangan meluluskan banyak kawasan perlombongan bijih besi, pembalakan, emas dan sebagainya kepada ahli keluarga termasuk proksi-proksi beliau selama memerintah negeri ini. Adnan juga tidak cerdik apabila tidak terfikir semua rahsia penyelewengannya itu akan didedahlan oleh rakyat satu hari nanti selepas mereka yang rapat dengannya mula benci serta jemu melihat apa yang telah beliau lakukan!]
Share:

6 ulasan:

  1. HANYA PERASUAH YANG TAK SUKAKAN BERSIH

    BalasPadam
  2. memang MB Pahang kurang cerdik...tapi rakyat Pahang lah bodoh sebenarnya...pi lantik dia buat apa...tak gitu?

    BalasPadam
  3. Dalam berita TV1 beberapa hari lepas, dia kata geng BERSIH tolol. Rasanya MB yg kata telefon bimbit lebih bahaya daripada kilang Lynas tu lebih tolol. MB mana? Entah, koi pun tak tahu.

    BalasPadam
  4. Apakah kita jadi tidak cedik hanya kerana menentang BERSIH?Jawapannya tidak.Kekadang mereka yg terlalu ghairah menyokong sesuatu yg mereka sangka baik juga akan menjadi 'tidak cerdik' pada satu hari nanti,bila ternyata apa yg di sokong secara membabi buta tersebut akhirnya merosakan diri dan kehidupan sendiri.

    Sebagai orang Melayu di harap kita ceminlah diri sendiri terlebih dahulu.Tanyalah sama ada kita mampu terus seiring dgn orang lain andainya pucuk pimpinan negara bertukar tangan nanti?.Kalau mampu jawapannya ,ok teruskan lah sokongan kita kepada pihak yg lagi satu itu,kalau tidak,lebih baik kita berundur sementara dan berfikir mengatur plan B.Berhati-hati jangan sampai yg di kejar tak dapat yg di kendong berciciran.

    Saya penyokong PKR tapi saya tidak nampak bagaimana orang Melayu boleh mencapai kedudukan yg lebih baik melalui PKR.Dalam pilihanraya 2008,Anwar mewarwarkan Agenda Ekonomi baru,namun sehingga kehari ini saya gagal menemui hasil dari agenda tersebut malahan perjalanan agenda tersebut pun gagal dikesani,khususnya di Selangor.Sekarang Buku Jingga pula di warwarkan,apa hasilnya nanti?.Kita tunggu.

    Saya sendiri tidak kesah siapa yg bakal menjadi pemerentah,kerana saya sudah boleh besaing dengan siapa saja dan dimana saja bagi mencari kehidupan dunia dan akhirat.Tapi yg saya khuatirkan adalah umat mMelayu yg 'ghairah'mahukan perubahan tapi diri sendiri belum berubah.

    BalasPadam
  5. Melayu kena cermin diri dan terima hakikat bahawa UMNO yg lebih 50 tahun memerintah adalah dalang kepada terhakisnya pelbagai hak istimewa orang Melayu. Cakap je besar konon parti pembela Melayu, tapi hakikatnya penjahanam Melayu.

    Siapa yg hapus tulisan jawi... UMNO jugak. Sapa yg banyak gadai tanah Melayu.... UMNO jugak. Sapa yg menyusahkan rakyat bawahan Melayu.... UMNO jugak.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.