script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Sukan: Lin Dan Tersingkir Badminton Super Siri Terbuka Indonesia, Lee Chong Wei Pula Mara

JAKARTA, 24 Jun - Juara bertahan Datuk Lee Chong Wei (foto) mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Super Siri Terbuka Indonesia selepas mengalahkan pemain Hong Kong, Wong Wing Ki, pada pusingan kedua di sini Khamis. Chong Wei, pemain nombor satu dunia, hanya mengambil masa kurang dari 30 minit untuk menundukkan lawannya 21-7, 21-12 untuk berdepan dengan pemain Vietnam Nguyen Tien Minh pada saingan suku akhir Jumaat. Chong Wei diramal akan mara ke final Ahad ini selepas musuh ketatnya, juara Olimpik, Lin Dan, tersingkir pada pusingan kedua di tangan pemain Jepun Sho Sasaki. "Tidak ada perbezaan...sudah tentu Lin Dan menjadi pilihan untuk menentang saya di final tetapi saya belum lagi layak ke final. "Saya masih mempunyai beberapa pemain yang handal yang perlu ditempuhi dalam saingan di sini. Saya perlu fokus sehingga mencapai sasaran mempertahankan gelaran saya," kata Chong Wei. Dalam pada itu, beregu utama negara Tan Boon Heong dan Koo Kien Keat turut mara ke suku akhir bersama beregu wanita negara Chin Ee Hui dan Wong Pei Tty. Tan dan Koo tumpaskan beregu Jepun Naoki Kawamae/Shoji Sato 20-22, 21-19, 21-18 untuk menentang beregu Indonesia Mohammad Ahsan/Bona Septano pada saingan suku akhir. Wong dan Chin mengalahkan beregu Kanada, Charmaine Reid/Nicole Grether 17-21, 21-8, 21-13. Kejohanan itu tawarkan hadiah wang tunai keseluruhan US$600,000 (RM1.815 juta).

[Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei yang terus gah dipersada dunia. Beliau masih berada dalam kelas yang tersendiri dan sehingga kini masih sukar untuk digugat oleh mana-mana pemain terkenal yang lain. Apapun, kekalahan Lin Dan sedikit mencurigakan dan menghampakan peminat badminton dunia. Ini kerana perlawanan antara beliau dengan Datuk Lee Chong Wei adalah sesuatu yang amat dinantikan dalam mana-mana kejohanan dunia sebenarnya. Semoga beliau akan muncul sebagai juara].
Share:

1 ulasan:

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.