GOMBAK 5 Jun - Pakatan Rakyat perlu mengambil tindakan undang-undang termasuk perintah injunksi sementara terhadap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menggantung pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing, yang dikaitkan pembangkang sebagai komplot Umno-BN menjelang pilihan raya umum ke-13. Gesaan itu terkandung dalam usul berkaitan pemalsuan kad pengenalan dibawa Dewan Ulama pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Ke-57 hari ini. Pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing, sekali gus didakwa membolehkan mereka mendaftar sebagai pengundi menjadi isu yang dibawa oleh pembangkang sejak tahun lalu. Usul itu menekankan bahawa sejak dua tahun kebelakangan ini sedang berlangsung satu projek sulit mengeluarkan kad-kad pengenalan terutama kepada warga asing dengan tujuan untuk didaftarkan sebagai pengundi. Malah usul itu juga berkata, pengeluaran kad-kad pengenalan bukan satu rahsia bagi dan perancangan yang sama pernah dilaksanakan di Sabah melalui “projek IC” pada 1980 dan 1990 bagi menumbangkan kerajaan Sabah yang diterajui oleh Parti Bersatu Sabah ketika itu. “Menyedari bahawa komplot dan perancangan sulit ini tidak lain tidak bukan adalah hasil ‘unholly alliance’ antara Umno-BN dengan JPN, yang menjadi merelakan diri mereka untuk dijadikan perkakas dan pada masa yang sama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membiarkan perkara ini berleluasa,” kata usul itu.Usul itu juga mendakwa sudah lebih puluhan ribu warga asing diberikan kad pengenalan dan kebanyakannya telah didaftarkan sebagai pengundi di negeri-negeri dikuasai oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kelantan dan Kedah. Usul itu juga mendakwa kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat seolah-olah tidak mengambil perhatian serius untuk menangani perkara tersebut. Sehubungan itu, usul tersebut mendesak supaya satu suruhanjaya diraja siasatan diadakan bagi menyiasat pengeluaran kad pengenalan kepada ramai warga asing.
[Usul itu juga mendesak supaya Kementerian Dalam Negeri dan juga JPN khususnya mendedahkan secara terperinci statistik jumlah taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan yang telah dikeluarkan kepada warga asing dan penduduk tetap terutamanya sejak 10 tahun kebelakangan ini mengikut negeri. “Mendesak supaya jentera PAS dan Pakatan Rakyat di negeri-negeri dan kawasan-kawasan memantau secara rapi pergerakan komplot mengeluarkan kad pengenalan dan membuat tangkapan awam terhadap mereka jika didapati berlaku,” katanya lagi. Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS pusat menuntut agar sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang kini dilihat berleluasa. Sebenarnya di Pahang, isu yang sama juga dilihat semakin rancak dijalankan. Ramai warga Kemboja dan Mynamar mendapat kad pengenalan dan dihantar ke kawasan parlimen kritikal sebagai pengundi. Malah, isu ini sememangnya sudah diketahui banyak terlibat di kawasan Parlimen Pekan yang diwakili oleh PM Najib itu sendiri]. tvsnew

Betul, w.pun agak terlewat,sekurang kurang nya ada usaha utk menghalang,membendung nya.
BalasPadamJika di biarkan, Bukan sahaja kita kehilangan kuasa Poltik,malah anak cucu kita akan meludah memijak kubur kita,kerana marah Negeri Negara kita tergadai.
Cukup lh yg sudah sudah dan kita patut belajar dari Sejarah.
Klu ikut kata Hang Tuah Melayu x Hilang di Dunia, tapi Melayu di mana?
mereka yang menjalankan projek ni taraf nya ialah " petualang negara "..harus diambil tindakan sekeras kerasnya...jika negara dalam keadaan dharurat mereka ni halal " ditembak "
BalasPadamUMNO BN perosak negara.
BalasPadamRakyat Malaysia seluruhnya perlu tahu tindakan jahat kerajaan dalam hal ni. Dengan kuasa Allah, mudah-mudahan UMNO BN akan kalah dalam pilihanraya umum akan datang atau setidak-tidaknya satu dua negeri lagi akan berjaya ditawan PR.
BalasPadamPENGKHIANAT BANGSA DAN NEGARA! Makin jijik aku tengok UMNO BN ni. Otak pemimpin mereka dah dipenuhi najis agaknya.
BalasPadamKalau mereka gunakan taktik kotor ni dan menang, maka setiap sen duit gaji / elaun wakil rakyat BN berkenaan tidak halal hukumnya dari segi syarak dan jadilah darah daging yg layak dibakar api neraka sahaja.
BalasPadamUstaz Zaharuddin pernah kata, gaji wakil rakyat yg menang dgn menipu termasuk dgn menggunakan pengundi hantu adalah HARAM di sisi Islam. Nauzubillah.
Ya kita hapuskan BN petualang ini!!! Mereka dah terdesak untuk menang..
BalasPadammenatang umngok ni faham ke erti halal haram..apa ke jadah.... haramjadah itu lah kerja umngok dulu kini selamonya.... dlm kubur demo demo tkleh nk haramjadah lg umngok weh...mu keno reti tuh jgn dok bengong sapa liang lahat
BalasPadam